Tragedi 2018 Gugurnya Lapan Pewira Bomba Ketika Menjalankan Tugas
Tragedi 2018, Gugurnya Lapan Pewira Bomba Ketika Menjalankan Tugas. Kita dikejutkan dengan perginya seorang wira, Mohammad Adib Mohd Kassim setelah sekian lama bertarung nyawa selepas menjadi mangsa pukul dalam insiden rusuhan di sebuah kuil bulan lepas.
Menjelang penghujung tahun 2018, sebenarnya terdapat tiga kes kematian anggota Bomba ketika bertugas yang dilaporkan secara meluas oleh media. Mari kita imbas kembali tragedi-tragedi yang menimpa para pewira kita ini ketika bertugas.
1. Abu Zarin Husin (16 Mac)
Abu Zarin, 33, yang juga mendapat jolokkan sebagai Raja Ular merupakan seorang anggota Bomba yang mengetuai skuad Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang bertanggungjawab melatih anggota Bomba untuk menangkap haiwan berbisa.
Selain itu, Allahyarham juga menyumbang bakti dengan menyampai ceramah-ceramah mengenai bahaya haiwan berbisa dan langkah-langkah yang perlu diambil ketika berhadapan dengan haiwan tersebut, terutamanyan ular.
Menurut laporan media, Allahyarham dilaporkan telah dipatuk ular tedung yang ditangkap olehnya di Betong selepas menerima panggilan meminta bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Karak pada 12 Mac.
Sebelum ini, pada tahun 2015, Allahyarham juga dilaporkan pernah dipatuk sehingga pernah koma selema dua hari dan hampir meragut nyawanya.
2. Enam Anggota Bomba Lemas ( 3 Oktober)
Mohd Fatah Hashim, 34, Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omar Baki, 25, Yahya Ali, 24, Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, terkorban selepas terperangkap dalam pusaran air ketika dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.
Mohd Fatah, Izzatul Akma, Mazlan Omar dan Yahya Ali merupakan anggota Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang manakala Adnan Othman dan Mauhammad Hifdzul merupakan anggota Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.
Ketika kejadian, semua mangsa bergantung antara satu sama lain dengan tali penyelamat dilaporkan ditarik masuk dalam pusaran air kuat yang datang secara tiba-tiba.
Mereka bagaimanapun kemudian berjaya dinaikkan ke darat namun disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kecemasan yang tiba di lokasi kejadian. Berita terkorbannya enam anggota Bomba ini secara serentak telah mengejutkan tanah air dan diratapi oleh semua.
3. Muhammad Adib Mohd Kassim ( 17 Disember)
Kejadian yang menimpa Allahyarham Adib, 24, adalah kejadian terbaru melibatkan anggota Bomba yang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum.
Setelah bertarung nyawa hampir tiga minggu selain berada dalam keadaan kritikal di Institut Jantung Negara (IJN), mangsa pukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, bulan lepas ini akhirnya pergi meninggalkan semua.
Lebih menyedihkan, Allahyarham dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama-sama dengan gadis yang dicintai hujung minggu ini.
Terbaru, pihak polis sudahpun memberi klafikasi semula terhadap siasatan kes membabitkan Muhammad Adib kepada kes bunuh susulan berita perginya wira ini.
Kisah lapan wira di atas yang terkorban ketika menjalankan tugas demi menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia daripada bahaya seharusnya menjadi peringatan kepada kita semua bahawa ada insan-insan berhati mulia di luar sana bersedia untuk melakukan apa sahaja demi kesejahteraan kita semua.
Tidak kira siapapun mereka dan warna uniform yang disarung di badan, anda wira kami. Terima Kasih!
Semoga kesemua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan salam takziah untuk keluarga-keluarga mangsa. Al-Fatihah.
Sumber: Siakap Keli
The post Tragedi 2018, Gugurnya Lapan Pewira Bomba Ketika Menjalankan Tugas appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/tragedi-2018-gugurnya-lapan-pewira-bomba-ketika-menjalankan-tugas/