Tourism Selangor Zahirkan Sokongan Terhadap Inisiatif Earth Hour 2022


Tourism Selangor Zahirkan Sokongan terhadap“Earth Hour 2022”sebagai Mengangkat Usaha Konservasi Alam Sekitar di Negeri Selangor!





Pihak Tourism Selangor menzahirkan sokongan terhadap inisiatif global, Earth Hour 2022 yang meliputi saranan untuk menutup lampu selama satu jam pada 26 Mac 2022, jam 8.30 sehingga 9.30 malam. Inisiatif ini adalah bagi menunjukkan sokongan dalam memerangi isu perubahan iklim dan komitmen dalam memelihara Bumi. Bukan itu sahaja, Earth Hour juga adalah tentang menyebarkan kesedaran mengenai isu alam sekitar dalam komuniti global dan tempatan. Inisiatif antarabangsa ini menggalakkan individu, komuniti, korporat dan  isi rumah untuk sama-sama mengambil bahagian dalam pemeliharaan alam semula jadi bagi mengekalkannya untuk generasi akan datang. Justeru, pihak Tourism Selangor menyenaraikan tempat-tempat menarik di Negeri Selangor yang mengangkat usaha preservasi dan konservasi alam sekitar, serta flora dan fauna seperti berikut.

1. Paya Indah Discovery Wetlands
Paya Indah Wetlands ialah destinasi  pemuliharaan pelancongan eko yang terletak di Dengkil, Kuala Langat. Paya Indah Discovery Wetlands dibahagikan kepada dua zon: pendidikan dan rekreasi. Taman tanah lembap terbuka yang luas ini mempunyai banyak tasik dan kolam, termasuk kolam kuda nil, kolam buaya, kolam ekologi, kolam teratai dan kolam memancing. Ia juga merupakan destinasi terbaik bagi aktiviti memerhati burung, dengan lebih 210 spesis burung direkodkan. Taman ini juga menawarkan penginapan dalam bentuk chalet, asrama, dan tapak perkhemahan. Tambahan pula, kemasukan adalah percuma tetapi anda perlu mendaftar di pintu masuk utamanya terlebih dahulu.
Alamat : JKM 4, Jalan Dengkil, Banting, 43800 Dengkil, Selangor..


2. Taman Botani Negara Shah Alam

 

Taman Botani Negara Shah Alam dibangunkan bag itujuan Pusat Pendidikan Saintifik Kebangsaan serta pusat pemuliharaan sumbe rasli untuk pembangunan botani, florikultur dan pertanian. Taman Botani Negara Shah Alam juga berfungsi sebagai pusat kesedaran masyarakat yang bertujuan untuk mewujudkan keterujaan dan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menghargai keindahan dan faedah varieti tumbuhan tempatan, yang merupakan warisan negara kita. Bayaran masuk ialah RM3 bagi seorang dewasa (12 tahun keatas) dan RM1 bagi seorang kanak-kanak (4 hingga 11 tahun).
Alamat : 40000, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor.

3. Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

Objektif Forest Research Institute Malaysia (FRIM) adalah untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan, dan menyelesaikan isu-isu perindustrian secara  saintifik bagi memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan perhutanan tropika. Ia juga menjana pengetahuan saintifik untuk pemahaman, pengurusan, pemuliharaan, dan pemanfaatan sumber hutan. FRIM juga meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan alam sekitar dan pemuliharaan bio-diversiti hutan. Bayaran kemasukan untuk warganegara dewasa dan kanak-kanak/pelajar (berumur 13 tahun keatas) ialah RM1.00. Manakala untuk Bukan Warganegara ialah RM5.00 untuk seorang dewasa  dan RM1.00 bagi kanak-kanak/pelajar(tanpa pakaian sekolah), dan masuk adalah percuma bagi kanak-kanak/pelajar (beruniform sekolah) serta golongan OKU bagi Warganegara dan Bukan Warganegara.
Alamat : Jalan Frim, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 52109 Kuala Lumpur,       Selangor.




4. Sungai Dusun Wildlife Reserve
Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Sungai Dusun, juga dikenali sebagai Pusat Pemuliharaan Tapir Melayu (MTCC), merupakan kemudahan pembiakan ex-situ untuk spesis hidupan liar seperti tapir dan landak. Ia terletak di Daerah Hulu Selangor. Pusat Pemuliharaan seluas 4500 hektar yang dikhaskan untuk perlindungan dan pemuliharaan badak sumbu Sumatera ini melihatkan beberapa daripadanya pernah berkeliaran bebas di Semenanjung Malaysia sebelum dimusnahkan oleh aktiviti perladangan yang menceroboh kawasan ini, atau dibunuh secara tragis oleh pemburu haram. Pusat ini dilengkapi dengan kemudahan di mana penyelidik dan pelajar boleh mengkaji mengenai haiwan, manakala para pengunjung pula boleh mendekati untuk memahami keunikan haiwan-haiwan ini. Apa yang lebih menarik, kemasukan adalah percuma!
Alamat : Rezab Jabatan Hidupan Liar, Sungai Dusun, Selangor, Malaysia.

 


5. Taman Alam Kuala Selangor
Taman Alam Kuala Selangor adalah tempat pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna. Selain itu, rizab Kuala Selangor Nature mempunyai lebih 290 hektar tanah pantai, dengan sebahagian besar daripadanya adalah paya bakau yang dibahagikan kepada dua kawasan utama; Hutan Hujan Tropika seluas 201 hektar dan selebihnya adalah Hutan Paya. Malaysian Nature Society (MNS) bertanggungjawab ke atas taman ini. Di bawah pengurusan MNS, keindahan semulajadi taman ini dapat dipelihara tanpa sebarang kerosakan habitat. Bayaran masuk ialah RM4 untuk dewasa, RM1 untuk kanak-kanak atau pelajar (7–16 tahun), RM2 untukwargaemas (60 tahunkeatas) dan untukahli MNS. Manakala, bagi kanak-kanak di bawah 6 tahun, kemasukan adalah percuma.
     Alamat: Jalan Klinik, Taman Alam, 45000 Kuala Selangor, Selangor.
Selain daripada tempat-tempat yang dinyatakan di atas, Negeri Selangor mempunyai banyak lagi tempat yang menampilkan keindahan alam sekitar dan keunikan pelancongan eko. Usaha bagi mengekalkan keindahan alam sekitar di Negeri Selangor adalah amat penting bagi menjamin kelangsungan aktiviti pelanconga neko dan semula-jadi, serta dapat dikekalkan untuk dinikmati oleh generasi akan datang. Justeru, sokongan pihak Tourism Selangor terhadap inisiatif Earth Hour 2022 adalah bertepatan dengan visi yang dinyatakan. "Pusing Selangor Dulu" secara berhemah dengan mementingkan kebersihan alam sekitar, agar keindahan ini akan dapat dipelihara dan dipulihara dengan sebaik-baiknya.
Namun, bagi mengekalkan kesejahteraan ramai, pelancong diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam mematuhi Pelan Pemulihan Negara, seperti memastika npenjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa di khalayak ramai, dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.

Anda juga boleh layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan andake Negeri Selangor, atau terus ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk mengikuti sebarang kemas-kini. #PusingSelangorDulu.
Untuk informasi lanjut,layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Baca juga : Raikan Hari Wanita Sedunia Di Negeri Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2022/04/tourism-selangor-zahirkan-sokongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sacc Mall Kompleks Pkns Shah Alam Dan Kompleks Pkns Bangi Bakal Meriah Dengan Festival Ramadan Selangor 2022

Sacc Mall Kompleks Pkns Shah Alam Dan Kompleks Pkns Bangi Bakal Meriah Dengan Festival Ramadan Selangor 2022

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 263 hits
Tema Cahaya FESTIRA menjadi pilihan festival Ramadan Selangor 2022 merangkumi SACC Mall Kompleks PKNS Shah Alam Kompleks PKNS Bangi Memandangkan ketiga tiganya tidak dapat dipisahkan dengan Festival Ramadan Selangor sehingga menjadikannya p...
Buffet Berbuka Puasa 2022 Di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

Buffet Berbuka Puasa 2022 Di De Palma Eco Resort Kuala Selangor

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 328 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Bagaimana dengan Ramadhan anda kali ini Alhamdulillah ramadhan aku kali ini disambut dengan suasana sederhana tetapi masih meriah Walaupun berbuka puasa jauh dar...
Terkini I Biaya Inisiatif Terbaharu Pembiayaan Perumahan Malaysia Tahun 2022

Terkini I Biaya Inisiatif Terbaharu Pembiayaan Perumahan Malaysia Tahun 2022

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 281 hits
Terkini i Biaya Inisiatif Terbaharu Pembiayaan Perumahan Malaysia Tahun 2022 Rakyat Malaysia akan dapat menikmati inisiatif terbaharu pembiayaan perumahan di Malaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di ba...
10 Bazar Ramadan Terbaik Sekitar Negeri Selangor Tahun 2022

10 Bazar Ramadan Terbaik Sekitar Negeri Selangor Tahun 2022

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 186 hits
Berbuka Puasa dengan Seleksi Makanan Terbaik di Bazar Ramadan Sekitar Negeri Selangor Tentunya kedatangan bulan Ramadan yang mulia kali ini disambut meriah oleh seluruh umat Islam Selain dari memperbanyak amal dan ibadah bulan Ramadan juga ...
Down To Earth Permaisuri Selangor Pakai Tudung Jenama Fazura Berharga Rm27 00 Undang Pujian Warganet

Down To Earth Permaisuri Selangor Pakai Tudung Jenama Fazura Berharga Rm27 00 Undang Pujian Warganet

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 132 hits
Assalamualaikum semuaBaru baru ini menjadi bualan warganet tentang sifat rendah diri Permaisuri Selangor Tuanku Permaisuri Norasyikin yang bersahaja mengenalan tudung keluaran Fazura yang hanya berharga RM27 00 itu Ramai yang tahu bahawa hu...
Buffet Ramadan Hotel Terkenal Di Negeri Selangor 2022

Buffet Ramadan Hotel Terkenal Di Negeri Selangor 2022

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 253 hits
Adalah tidak dinafikan bulan Ramadan yang mulia memberi peluang kepada umat Islam untuk mengeratkan hubungan mereka dengan Yang Maha Esa Namun seiring dengan elemen kerohanian aktiviti berbuka puasa secara bufet di restoran restoran dan hot...
Bengkel Pmu Negeri Selangor 2022

Bengkel Pmu Negeri Selangor 2022

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 151 hits
SalamAlhamdulilah berkesempatan selama 2 hari berbengkel berkongsi ilmu dan pengalaman dengan asatizah Perkasa Murabbi Ummah Negeri Selangor 2022 Syukran Khaira Jaza kepada pihak SPI JPN Selangor dan semua team Jurulatih ADNI dan Jurulatih ...
Ppim Gesa Pemerikasaan Mental Terhadap Guru Sekolah Dilakukan Malakat Tribune 05 04 2022

Ppim Gesa Pemerikasaan Mental Terhadap Guru Sekolah Dilakukan Malakat Tribune 05 04 2022

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 241 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan dan semua jabatan agama negeri yang mengendalikan sekolah agama menjalankan pemeriksaan mental terhadap guru dan kakitangan sekolah bagi mengelakkan berulangnya kes...
Kempen Ramadan Tourism Selangor Yang Ditunggu Tunggukini Kembali

Kempen Ramadan Tourism Selangor Yang Ditunggu Tunggukini Kembali

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 168 hits
Kempen Ramadan 2022 di Laman Media Sosial Tourism Selangor Tawar Hadia hPelbagai Baucar Bufet Ramadan Bulan Ramadan yang penuh keberkatan menjelang tiba dan Kempen Ramadan oleh pihak Tourism Selangor yang dinanti nantikan kini kembali kali ...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Buat Apa Jika Terseliuh



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Secret To Effortless Living Collaboration With Ashdown Studio

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Alhamdulillah Hujan Turun Lebat

Wajibkan Fasih Bm Untuk Dapat Warganegara Pemuda Umno