Topeng Muka Jenama Sharp Boleh Tapis 99 Virus Terima Permintaan Tinggi
Topeng muka antara pelindung diri yang sangat diperlukan saat ini. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini memberitahu topeng muka N95 dan tiga lapisan boleh menghalang virus terbabit tersebar melalui pengudaraan jika individu terkena titisan cecair dari hidung atau mulut yang dijangkiti COVID-19.
Terbaru, Sharp Corporation yang merupakan syarikat multinasional Jepun terkenal menghasilkan produk elektronik kini dikatakan menceburi bidang penjualan topeng muka dalam talian di pertengahan krisis wabak koronavirus.
Menurut perkongsian Zunita Ramli di laman Facebook, SHARP dikatakan telah membuat suatu kelainan mengenai produk terbarunya sehingga mendapat permintaan yang tinggi.
Syarikat pembuatan barangan elektronik Jepun, SHARP telah membuat keputusan untuk menghasilkan produk baru — yang lain dari produk-produknya yang sedia ada — iaitu Face Mask.
SHARP telah mengeluarkan topeng wajah diatas jenamanya sendiri bagi menampung kekurangan Face Mask di pasaran Jepun ketika ini. Face Mask jenama SHARP ini dibuat di kilangnya di Kameyama, di wilayah Mie di mana kilang itu sebelum ini dikhaskan untuk membuat panel LCD dan televisyen.
Antara faktor yang menyebabkan kilang SHARP di Kameyama ini dipilih berbanding lokasi lain adalah kerana kualiti kebersihan fasiliti yang tertinggi, dan mempunyai bilik “dust free clean room”, jadi ianya amat sesuai untuk dijadikan kilang bagi menghasilkan Face Mask yang bersih dan berkualiti tinggi.
Antara “product feature” Face Mask dari SHARP ini termasuk:
Dapat menapis sekurang-kurangnya 99% titisan virus dan partikel (disahkan melalui ujian VFE dan PFE).
Menggunakan “99% cut filter” untuk menghalang PM2.5 dan penembusan partikel pollen.
Mempunyai nose filter, yang dapat mengurangkan jarak antara mask dengan hidung dan mengelakkan cermin mata menjadi kabus.
Bersaiz 95mm x 175mm, face Mask ini dijual dengan harga 3,278 yen, iaitu sekitar RM133 untuk kotak yang berisi 50 helai mask, atau berharga sekitar RM2.66 sehelai.
Ada yang mengatakan harganya amat mahal memandangkan sebelum ini Face Mask boleh didapati dengan harga kurang RM20 untuk kotak yang berisi 50 helai mask (jenama lain, dibuat di China). Tetapi pandangan lain juga mengatakan, untuk syarikat yang tidak pernah membuat Face Mask dan tiada fasiliti untuk itu, menghasilkannya untuk pertama kali semestinya akan menelan kos yang amat tinggi.
Walaupun ianya dikritik agak mahal, tetapi penjualannya dapat sambutan diluar jangkaan. Laman sesawang SHARP “crash” kerana tidak dapat menampung jumlah pelayar yang terlampau ramai menjadikan penjualan mask ini menggunakan sistem cabutan bertuah.
Sehingga semalam, lebih 4 juta pembeli berdaftar yang ingin membeli face mask ini, tetapi hanya ada 40,000 kotak face mask saja akan dibekalkan buat masa ini. Untuk yang bertuah, mereka akan dimaklumkan melalui notifikasi e-mail.
Jadi, apa kata anda?
Berbaloi ke beli face mask ni?
Bagi Kak Nita, better mask ni dari mask Alep Cekeri tu
PS: Feel free to SHARE!
#CatatanZunitaDiJepun
#Covid19
Sumber: Zunita Ramli
The post Topeng Muka Jenama SHARP Boleh Tapis 99% Virus Terima Permintaan Tinggi appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/04/28/topeng-muka-jenama-sharp-boleh-tapis-99-virus-terima-permintaan-tinggi/