Top Sumbang Pek Prihatin Untuk Menaikkan Semangat Petugas Kesihatan Barisan Hadapan Dan Menggalakkan Vaksinasi Remaja


Salam gais 


Rasanya semua di kalangan kita sudah sedia maklum yang Malaysia kini berada pada fasa pemulihan dengan kadar vaksinasi dewasa melebihi 90% dan jangkitan baharu semakin Berkurangan. Manakala golongan remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun kini sedang menerima vaksin. Sektor perniagaan, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi juga akan mula dibuka semula. Di samping itu, pengembaraan domestik semakin rancak dengan lebih banyak destinasi percutian dibuka kepada orang ramai. Harapan untuk pulih tidak pernah pudar; namun masih banyak yang perlu dilakukan oleh petugas barisan hadapan Covid-19 Kementerian Kesihatan sungguhpun berhadapan dengan risiko jangkitan.

TOP antara jenama detergen di Malaysia telah berhasrat untuk mewujudkan satu kitaran murni untuk menaikkan semangat dan memberi sokongan kepada semua yang terlibat dalam usaha-usaha menentang penularan Covid-19, khususnya kepada petugas barisan hadapan KKM yang merawat pesakit, pemvaksin dan kakitangan NGO, pada masa sama turut memberi motivasi kepada masyarakat umum untuk mendaftar dan menerima vaksin.





Sehubungan itu, baru -baru ini TOP telah menyumbang Pek Prihatin sebanyak 17,000 bahan pencuci pakaian Advanced Micro-Clean Tech kepada petugas barisan hadapan KKM yang merawat pesakit COVID-19, pemvaksin di 17 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) dan kakitangan di enam Anjung Singgah iaitu pusat intervensi sosial untuk gelandangan

Kira-kira 96,000 pek bahan pencuci pakaian TOP telah dan akan disumbangkan kepada individu yang telah divaksin, termasuk 6,000 pek yang diperuntukkan kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang akan menerima dos pertama vaksin dengan nilai keseluruhan sumbangan melebihi RM424,000




“Kejayaan vaksinasi, khasnya di Lembah Klang, telah memperlihatkan penyusutan kadar pesakit kritikal di hospital, mengurangkan tekanan kepada petugas kesihatan. Kita perlu membentuk tabiat dan amalan-amalan yang bertanggungjawab untuk hidup bersama virus Covid-19. Jadikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai sebahagian daripada gaya hidup anda bagi melindungi komuniti sekeliling dan memberikan kelapangan kepada petugas barisan hadapan setelah penat berjuang dari segi fizikal, mental dan emosi selama 19 bulan. Saya menyeru orang ramai untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri dengan lebih kerap terutamanya jika anda sering beriteraksi dengan orang ramai secara fizikal. Kami amat berbesar hati menerima sumbangan daripada Southern Lion dan TOP yang dilihat bertepatan pada masanya ini,” kata Menteri Kesihatan, Khairy


TOP, jenama pencuci pakaian No 1 di Malaysia, dikilangkan oleh Southern Lion Sdn Bhd bagi pihak Lion Corporation of Japan.



Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, Kazuo Mabuchi berkata, “Kami menghargai segala pengorbanan dan keberanian yang ditunjukkan oleh petugas-petugas barisan hadapan, dan ingin menyampaikan rasa penghargaan tersebut menerusi hadiah berfungsi ini kerana TOP prihatin kepada anda. Pek prihatin bahan pencuci pakaian anti-virus TOP Advanced Micro-Clean Tech boleh bertahan selama lebih sebulan bagi sebuah keluarga dengan empat orang isi rumah. Kami telah bekerjasama dengan KPJ Healthcare untuk mengagihkan serbuk bahan pencuci TOP kepada individu yang telah divaksinasi. Ini merupakan cara yang positif untuk menghargai mereka yang mengambil langkah bertanggungjawab bagi melindungi diri dan semua. Kami juga akan menjalin usaha sama dengan JKJAV untuk menghargai remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang menerima vaksin mereka. Ini merupakan satu langkah yang besar bagi kami, namun syarikat kami percaya ia mampu membantu mereka yang menerimanya.”




“Kami sedang bekerjasama dengan KPJ Healthcare dalam menyumbang serbuk pencuci TOP kepada individu yang hadir bagi mendapatkan vaksin mereka. Ia merupakan cara positif dalam menghargai mereka yang mengambil langkah untuk melindungi diri dan juga orang lain. Usaha ini merupakan satu inisiatif besar kepada kami, namun syarikat percaya bahawa ia amat bermanfaat,” jelas En Mabuchi dari Southern Lion.




Kakitangan di enam pusat transit bagi orang gelandangan, Anjung Singgah, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sarawak juga merupakan golongan yang berisiko yang terdedah dengan virus COVID-19 kerana mereka juga merupakan barisan hadapan yang menyediakan khidmat kepada pelbagai golongan yang memerlukan.


“Kakitangan di pusat kami sentiasa berhubungan dengan mereka yang didapati positif COVID-19. Malah ada di antara mereka mengenali individu yang telah tewas melawan penyakit ini. Kami berdepan dengan risiko setiap hari, dan hanya dilindungi menerusi vaksin dan kepatuhan ketat SOP yang telah ditetapkan. Namun, kami tidak berhenti berkhidmat. Kami berasa amat gembira kerana TOP melihat, mengiktiraf serta menghargai usaha kami. Keberkesanan pencuci TOP menyingkirkan 99.9% virus, yang turut merangkumi virus COVID-19 dan Influenza A, adalah amat penting buat kami,” kata En Amir Rudin Abdul Rahman, Pegawai Operasi, Anjung Singgah, Yayasan Kebajikan Negara.




Mabuchi menambah, “Kami berbangga kerana diberi peluang untuk memperkasakan rakyat Malaysia daripada peringkat komuniti untuk lebih peka dan prihatin menerusi inovasi TOP. Setiap kita memainkan peranan penting untuk mengambil langkah bagi mengekang penularan Covid-19 termasuk mendapatkan vaksinasi dan dos penggalak, memakai pelitup muka, menyahkumah tangan dan mencuci pakaian menggunakan bahan pencuci yang terbukti menyingkirkan virus Covid-19. Dalam semangat #KitaJagaKita, kami bersama-sama anda dalam mendepani keadaan semasa yang mencabar.”


TOP telah memperkenalkan Bebas Melangkah sebuah video muzik penghargaan yang menyerlahkan peranan dan sumbangan barisan hadapan, kakitangan pemvaksinan dan individu yang memilih untuk mendapatkan vaksin agar mereka kekal teguh dalam mendepani COVID-19 dan sentiasa positif dalam sama-sama berusaha mengatasi pandemik ini.



Lagu Ini telah ditulis dan digubah oleh Amy Bong, dan dinyanyikan oleh Amira Othman dan Irfan Harris. Tontoni video muzik tersebut di YouTube dan kongsikan sebagai tanda sokongan anda kepada petugas barisan hadapan kita.
Sedikit info mengenai TOP untuk makluman uolls ;

Mengenai Pencuci Pakaian TOPTOP yang merupakan Jenama Pencuci Pakaian No 1 di Malaysia merupakan jenama yang inovatif, memberi tumpuan kepada pengguna oleh Lion Corporation Japan, yang telah menaikkan taraf cara kita mencuci pakaian di Malaysia melalui penyelidikan berterusan, menghasilkan inovasi termaju untuk berkhidmat dan memperbaikkan kehidupan pengguna. 
TOP boleh didapati di seluruh negara melalui pasar raya besar, pasar raya, kedai cucian dan laman atas talian yang dipercayai, TOP boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz paket, bersesuaian dengan keperluan cucian yang berlainan. Untuk maklumat lanjut: layari http://www.southernlion.com.my
Mengenai Southern Lion Sdn BhdSouthern Lion Sdn. Bhd. adalah syarikat usahasama 50/50 antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia meningkatkan kualiti kehidupan pengguna Malaysia secara berterusan dengan menawarkan produk rumahtangga berkonsep inovatif dari penjagaan fabrik, penjagaan rumah dan kecantikan serta penjagaan gigi dengan harga yang berpatutan. Southern Lion adalah pengeluar pencuci pakaian pertama yang diperakui ISO 9001



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yanty.my/2021/12/top-sumbang-pek-prihatin-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bitcoin Menghampiri Paras As 28 2k Apakah Yang Dijangkakan Menjelang Di Hadapan

Bitcoin Menghampiri Paras As 28 2k Apakah Yang Dijangkakan Menjelang Di Hadapan

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 250 hits
Bitcoin memulakan minggu dagangan baharu pada tahap kenaikan harga Harga mata wang kripto mencapai tahap AS 27 5k pada satu ketika tetapi ia gagal untuk mengukuh di atas paras ini Selepas itu penurunan harga mengambil alih dan BTC kembali k...
Biar Saya Berehat Suga Bts Kongsi Pelan Untuk Bersara Pada Masa Hadapan

Biar Saya Berehat Suga Bts Kongsi Pelan Untuk Bersara Pada Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 199 hits
Sudah hampir 10 tahun debut sebagai ahli BTS Suga pastinya ada terfikir tentang berapa lama dia ingin teruskan kerjayanya sebagai penyanyi ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 21 Mei Suga telah mengadakan acara pertemuan peminat kecil Agust D D D...
Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 Terima Sambutan Menggalakkan

Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 Terima Sambutan Menggalakkan

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 313 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTIKET MASUK SUPER EARLY BIRD KE FESTIVAL DURIAN MAKAN SEPUAS HATI 2023 HABIS DIJUAL PEMINAT DURIAN AKAN DIBERIKAN GANJARAN SELANJUTNYA Dalam usaha membawa rakyat Malaysia bersama sama dengan pelbagai komun...
Ingin Hidup Bebas Remaja 19 Tahun Reka Cerita Diculik Tuntut Wang Sehingga Rm100 000

Ingin Hidup Bebas Remaja 19 Tahun Reka Cerita Diculik Tuntut Wang Sehingga Rm100 000

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 245 hits
REKA cerita dirinya diculik dengan menaip sendiri mesej meminta wang tebusan RM100 000 daripada keluarganya Itu helah dilakukan remaja perempuan yang enggan dikongkong dan mahu hidup bebas sehingga sanggup menipu ahli keluarga kononnya dia ...
Video Barisan Purnawirawan Tni Polri Dipanggil Jokowi Bahas Presiden 2024

Video Barisan Purnawirawan Tni Polri Dipanggil Jokowi Bahas Presiden 2024

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 150 hits
Presiden Joko Widodo memanggil para purnawirawan TNI Polri Pertemuan dilakukan di Istana Negara Jakarta Pada kesempatan tersebut mereka membahas berbagai macam hal Mulai uang pensiun hingga kondisi bangsa terkini termasuk tentang Presiden 2...
Pelajar Ditarik Dari Barisan Kerana Membawa Hadiah Kecil Untuk Guru

Pelajar Ditarik Dari Barisan Kerana Membawa Hadiah Kecil Untuk Guru

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 175 hits
Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun bagi menghargai pengorbanan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa Sekarang ini telah menjadi satu trend guru guru diberi pelbagai hadiah oleh para pelajar sempena sambutan Hari Guru N...
Kata Kata Motivasi Buat Yang Diuji Dengan Masalah Kesihatan Mental

Kata Kata Motivasi Buat Yang Diuji Dengan Masalah Kesihatan Mental

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 294 hits
3 tahun kebelakangan ini sejak pandemik Covid 19 melanda perasan tak isu kesihatan mental semakin diberi perhatian Jika perasan info tentang isu kesihatan mental menjadi semakin meluas Jika di media sosial seperti Tiktok contohnya kita akan...
Cara Tempah Janji Temu Klinik Kesihatan Kkm Di Mysejahtera

Cara Tempah Janji Temu Klinik Kesihatan Kkm Di Mysejahtera

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 228 hits
SISTEM JANJI TEMU KLINIK KESIHATAN KKM DI PORTAL KERAJAAN MALAYSIA MYSEJAHTERA Bermula 1 Januari 2023 kesemua perkhidmatan klinik kesihatan di bawah KKM boleh ditempah sebagai janji temu melalui aplikasi MySejahtera KKM sentiasa komited dal...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa