Tony Fernandes Dan Kamarudin Terima Gaji Lebih Rm14j Tahun Lalu
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun – dua bos Capital A (dulu dikenali sebagai AirAsia Group) – masing-masing menerima gaji lebih 14 juta tahun lalu walaupun Capital A terpalit dengan kecaman isu pampasan duit tiket dari pelanggan.
Memetik MalaysiaNow, Laporan Tahunan Capital A turut menunjukkan peningkatan mendadak gaji yang diterima Fernandes dan Kamarudin berbanding tahun 2020.
Fernandes dilaporkan menerima bayaran RM14,947,213 ditambah dengan elaun mesyuarat, perjalanan dan lain-lain sebanyak RM124,781, manakala Kamarudin yang merupakan pengerusi eksekutif Capital A pula menerima RM14,051,429. Jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding RM4.8 juta yang diterima kedua individu tahun lalu.
Sebelum ini, kedua individu ini telah berjanji untuk tidak menerima gaji pada April 2020 bagi membantu syarikat yang terpalit dengan prestasi kewangan yang tidak menentu akibat COVID-19. Manakala pekerja AirAsia pula bersetuju untuk menerima potongan gaji sebanyak 75% pada masa itu.
Sebelum ini, Capital A turut menerima tempias daripada isu bayaran balik yang dihadapi AirAsia. AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) dalam kenyataan media pada Mac 2022 berkata bahawa syarikat telah menyelesaikan lebih 99% isu berkenaan permintaan bayaran balik yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.
Penyelesaian isu penerbangan yang dibatalkan dibuat dengan memberikan kembalian dalam bentuk akaun kredit, bayaran balik tunai ataupun penukaran penerbangan. Bagi permintaan bayaran balik tunai, difahamkan lebih 99% daripadanya telah berjaya diselesaikan dan selebihnya masih dalam proses pembayaran dan ianya dijagka selesai dalam beberapa bulan sahaja lagi. Vc
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
Baca Artikel Menarik:
Sekarang paling sesuai buat PRU, bukan pemilihan Umno – Tok Mat
Kerajaan Pulau Pinang jangan syok sendiri
Pengharaman skuter elektrik: MCA tayang video ‘bukti’
PU Syed Sokong Usaha Janna Nick Bina Pusat Tahfiz Sambil Tegur Netizen [VIDEO]
Bos Eskayvie setuju RichWorks skim cepat kaya
PAS perlu akui peranannya dalam kegagalan MN – Khairuddin
PAS tak sedia ‘putus’ dengan Umno – Mursyidul Am
Covid-19: `Saya tak ingat siapa isteri saya’
Pengundi hantu PKR: Najib cadang Rafizi buat Himpunan Blackout
Syahredzan wakil DAP bertanding di Bangi?
Penunggang GPX GR200 maut ‘tercium’ belakang lori Scania
Jiran selamba sidai pakaian basah dalam laman rumah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/05/11/tony-fernandes-dan-kamarudin-terima-gaji-lebih-rm14j-tahun-lalu/