Tong Bahan Kimia Di Ladang Sawit Di Pindah Untuk Pelupusan



KUANTAN - Kesemua 15 tong berisi bahan kimia natrium sianida yang ditemui di ladang kelapa sawit di Karak, Bentong dekat sini, pada Khamis, telah dipindahkan ke lokasi selamat, sebelum dilupuskan mengikut cara yang betul.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata operasi pemindahan dilakukan Ahad lalu, oleh kontraktor yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

Proses pemindahan itu, menurut Mohd Sharkar diselia rapi Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan wakil Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Bentong, bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

"Tiada sebarang kejadian tumpahan atau kebocoran berlaku semasa aktiviti pemindahan dijalankan. Semua 15 tong bahan itu juga sentiasa berada dalam keadaan tertutup dengan kemas, sejak ditemui sehingga dipindahkan.

"Selepas proses pemindahan dilaksanakan, Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Bomba dan Penyelamat Gebeng, Kuantan, telah mengambil bacaan udara di ladang kelapa sawit itu dan mengesahkan tiada bacaan hidrogen sianida," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Sharkar berkata pihak berwajib termasuk PDT Bentong, Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dan Jabatan Pengairan dan Saliran daerah juga telah melakukan serbuan ke lombong emas di Bentong, yang disyaki berkemungkinan menggunakan bahan kimia tersebut.

Natrium sianida sering digunakan dalam perlombongan emas, iaitu bagi mencuci bahan galian tersebut.

"Bagaimanapun, siasatan mendapati premis lombong emas itu tidak menggunakan bahan kimia yang ditemui, dan kita sedang menggiatkan usaha untuk mencari dan mengenal pasti dalang kes tersebut," katanya.

Mengulas mengenai laporan lapan anggota polis yang menerima rawatan perubatan kerana mengadu tidak sihat selepas melakukan pemeriksaan awal di lokasi kejadian, Mohd Sharkar berkata semua mereka berada dalam keadaan stabil.

Katanya, semua anggota termasuk empat yang dimasukkan ke wad Hospital Bentong adalah sebagai langkah berwaspada oleh pihak kesihatan walaupun ujian yang dilakukan bagi melihat sama ada mereka terjejas dengan bahan kimia itu adalah negatif. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/08/tong-bahan-kimia-di-ladang-sawit-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Tong Hitam Berisi Bahan Kimia Di Temui Di Ladang Sawit

15 Tong Hitam Berisi Bahan Kimia Di Temui Di Ladang Sawit

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 313 hits
KUANTAN Lima belas buah tong hitam yang dipercayai mengandungi bahan kimia sodium sianida dalam bentuk pepejal ditemui di ladang kelapa sawit di Karak Bentong dekat sini Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Alam Sekitar Perladangan dan Biotek...
Kkm Keluar Senarai 7 Produk Kosmetik Tempatan Import Dikesan Mengandungi Bahan Kimia Beracun

Kkm Keluar Senarai 7 Produk Kosmetik Tempatan Import Dikesan Mengandungi Bahan Kimia Beracun

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 349 hits
Produk kosmetik yang beracun seringkali menjanjikan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat Walaupun ianya terbukti dapat membuatkan kulit lebih cerah dengan cepat ia mempunyai kesan jangka masa panjang ke atas kesihatan pengguna Terbar...
Semua Anggota Polis Terhidu Bahan Kimia Di Benarkan Keluar

Semua Anggota Polis Terhidu Bahan Kimia Di Benarkan Keluar

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 374 hits
KUANTAN Kesemua empat anggota polis yang dimasukkan ke hospital selepas membuat pemeriksaan terhadap 15 tong bahan kimia di ladang kelapa sawit di Karak Bentong dekat sini sudah dibenarkan pulang Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan be...
Lapan Polis Yang Periksa Tong Kimia Di Karak Terima Rawatan

Lapan Polis Yang Periksa Tong Kimia Di Karak Terima Rawatan

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 283 hits
TEMERLOH Lapan anggota polis disahkan menerima rawatan kerana mengadu tidak sihat selepas terlibat dalam pemeriksaan di kawasan penemuan 15 tong dipercayai berisi bahan kimia sodium sianida di Karak Bentong dekat sini Menteri Kesihatan Datu...
Nak Kuih Cantik Bebas Bahan Kimia Guna Je Pewarna Dari Bunga Telang

Nak Kuih Cantik Bebas Bahan Kimia Guna Je Pewarna Dari Bunga Telang

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 564 hits
Inginkan kelainan dalam menyajikan hidangan menu minum petang tanpa mengubah rasa Apa lagi korang boleh cuba idea dengan memanfaatkan bunya telang yang cantik warnanya tu ke dalam makanan sebagai pewarna dan tarikan pada kuih ye Sesekali be...
Hebat Anak Muda Penang Kita Berjaya Cipta Mi Segera Organik Bebas Bahan Kimia Pertama Di Malaysia

Hebat Anak Muda Penang Kita Berjaya Cipta Mi Segera Organik Bebas Bahan Kimia Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 739 hits
Semua orang pasti tahu bahawa mi segera merupakan antara makanan yang kesukaan orang ramai di negara ini Walaupun acapkali dimaklumkan bahawa ramuan yang terkandung didalamnya bakal mendatangkan mudarat ianya tetap menjadi pilihan disebabka...
Terminal Keberangkatan Bandara Adi Soemarmo Segera Pindah Ke Lokasi Baru

Terminal Keberangkatan Bandara Adi Soemarmo Segera Pindah Ke Lokasi Baru

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 226 hits
Bandara Internasional Adi Soemarmo Solo akan mengoperasikan terminal baru pada Selasa pekan depan Seluruh aktivitas di bandara lama akan dipindahkan ke terminal baru yang terletak di sebelah barat Terminal baru tersebut akan difungsikan seb...
Tunjangan Tinggi Buat Pns Kemenkeu Ogah Pindah Instansi

Tunjangan Tinggi Buat Pns Kemenkeu Ogah Pindah Instansi

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 150 hits
Kementerian Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi menyoroti adanya Pegawai Negeri Sipil di Kementerian Keuangan yang tak mau dipindahkan ke instansi lain lantaran faktor perbedaan tunjangan
Salmafina Sunan Tegaskan Pindah Keyakinan Bukan Karena Ini

Salmafina Sunan Tegaskan Pindah Keyakinan Bukan Karena Ini

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 217 hits
Salmafina Sunan memutuskan untuk pindah keyakinan Atas keputusannya itu ada banyak warganet yang penasaran Salma pun menjawab beberapa rasa penasaran warganet
How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Gdm Diabetes Amalan Selepas Bersalin

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Munif Hijjaz Feat Fareast Asma Dzatun Nithaqain Chord

Doa Haji Mabrur Tanda Tanda Haji Mabrur

Beijing Brawler Mandrill S Triumph Bonneville T120 Street Tracker

Tanah Masjid Jamek Ar Ridzuan Kutipan Dana Capai Sasaran Urusan Jual Beli Segera Dilakukan Maipk

Makan Makan Uncle Bubu Chicken Chop Di Hari Jadi Cik Ani

Japanese Cutting Techniques Tips