Tommy Thomas Wajar Disiasat Sehabis Mungkin



Peguam, Haniff Khatri Abdulla menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan siasat terhadap Tommy Thomas, walaupun bekas Peguam Negara itu telah membuat penafian menerima rasuah.
Tommy pada Sabtu menafikan beliau menerima suapan semasa mengendalikan kes penyalahgunaan dadah membabitkan anak lelaki taikun terkenal, Tan Sri Vincent Tan.
Haniff berkata, biarpun beliau memuji tindakan Tommy yang cepat mengeluarkan kenyataan bagi menafikan dakwaan portal berita berkenaan namun ia tidak bermakna kes terbabit wajar ditutup susulan pendedahan mengejutkan berkenaan.
“Secara ringkas portal berkenaan mendakwa Tommy telah menggugurkan satu pertuduhan jenayah narkotik yang berat dikenakan terhadap anak seorang taikun terkenal di negara ini.
“Sama ada perkara itu betul atau tidak memandangkan ada satu dakwaan dan sangkalan dibuat Tommy maka kes berkenaan wajar disiasat.
“Saya memang memuji sangkalan awal dibuat oleh Tommy, namun ia tidak bermakna fail berkenaan akan ditutup dengan penafian terbabit. Ini kerana mengikut prinsip keluhuran undang-undang semua aduan atau dakwaan dibuat wajib disiasat oleh pihak berkuasa terutamanya apabila membabitkan pihak pelaksana undang-undang seperti berlaku kebelakangan ini,” katanya kepada wartawan Sinar Premium.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan dibuat Twitter Edisi Khas yang mendakwa salah seorang anak lelaki taikun terkenal ditahan atas kesalahan dadah pada 2019 tetapi didakwa mereka sudah dilepaskan oleh Tommy.
Berikutan itu, Haniff berkata, tiga pihak yang wajib disiasat oleh pihak berkuasa terutama SPRM termasuklah pasukan siasatan dan pendakwaan mengenai perlindungan patut diberikan pihak berkuasa kepada pemberi maklumat.
Haniff berkata, perkara itu tertakluk di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) tertakluk kepada keadaan di mana pihak berkenaan telah menyampaikan informasi berkenaan kepada pihak berkuasa.
Justeru, tambah Haniff, wujud persoalan mengenai sama ada pemberi maklumat yang mendedahkan portal Edisi Khas yang bukannya pihak berkuasa telah melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa.
“Dakwaan dibawa kepada Tommy adalah satu konsep terjerumus kononnya sudah melakukan salah guna kuasa seperti termaktub di bawah Akta SPRM. Persoalannya ada tak pihak pemberi maklumat atau portal Edisi Khas membawanya kepada pengetahuan SPRM.
“Jika tiada maka pemberi maklumat atau Edisi Khas menganggap mereka layak dan wajib diberikan perlindungan kerana Akta 711 mempunyai proses dan prosedur yang perlu dipatuhi oleh kesemua rakyat biasa untuk memberikan maklumat jenayah kepada pihak berkuasa.
“Jika perkara itu tidak dipatuhi dan pendedahan awam dibuat tanpa dirujuk kepada pihak berkuasa maka tidak semestinya mereka diberikan secara automatik seperti kes Lalitha Kunaratnam yang membuat dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, baru-baru ini,” katanya.
PASUKAN KHAS
Dalam pada itu, Haniff Khatri berkata, proses penyiasatan secara amnya mestilah dilakukan selepas satu pasukan khas dibentuk bagi menyiasat pelbagai pihak termasuk pemberi maklumat, portal Edisi Khas dan pihak berkaitan bagi mengetahui butiran terperinci kes berkenaan.
Beliau berkata, kedua pihak berkuasa juga wajar menyiasat pasukan narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengetahui bagaimana maklumat dalam fail kes jenayah anak taikun terkenal terbabit boleh bocor kepada pihak ketiga.
“Pihak ketiga wajar disiasat SPRM adalah pasukan pendakwaan yang membuat sebarang keputusan berhubung kertas siasatan membabitkan anak taikun berkenaan.
“Siasatan terperinci wajar dijalankan kerana mana-mana aduan sama ada dibuat secara rasmi atau ditampilkan oleh pihak awam kepada pihak berkuasa tidak boleh ditutup begitu sahaja tanpa disiasat,” katanya.
KEMUKA REPRESENTASI
Terdahulu, Tommy pada Sabtu tampil menepis dakwaan bahawa beliau bersikap korup semasa mengendalikan kes jenayah ke atas anak lelaki ahli perniagaan terkenal.
Tommy dalam satu kenyataan, pada Sabtu berkata, bahawa selepas anak lelaki Tan didakwa, peguam tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AG).
Mengulas lanjut, Tommy menerima permohonan bertulis untuk mempertimbang semula pertuduhan adalah “kejadian biasa” di Pejabat Peguam Negara.
“Surat-surat ini dibawa ke pengetahuan saya untuk diputuskan.
“Setelah mengkaji representasi dan kertas penyiasatan, menyemak semula peruntukan undang-undang berkaitan dan berbincang dengan pegawai kes (semua timbalan pendakwa raya), saya ingat yang saya mengurangkan pertuduhan,” katanya.
Tommy juga menegaskan beliau tidak mempunyai akses kepada sebarang dokumen dan fail yang diselia oleh pihak yang menyediakan kertas siasatan dan dia tidak lagi berupaya mengemukakan sebarang perincian lanjut.
Tommy juga berkata, beliau tidak pun mengenali ahli perniagaan berkenaan sebelum menjadi peguam negara, mahupun mewakilinya atau kepentingan perniagaannya.
Tommy Thomas wajar disiasat sehabis mungkin
Baca Artikel Menarik:
Najib bidas PH dan PN, pengurusan ekonomi ke laut, hanya tahu ‘gali lubang tutup lubang’ Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin Bila Mahathir 2.0 Buka Mulut Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil Tuduhan melampau – Ebit Lew Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO] Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ? Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

The post Tommy Thomas wajar disiasat sehabis mungkin appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/20/tommy-thomas-wajar-disiasat-sehabis-mungkin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tommy Thomas Says He Reduced Vincent Tan S Son S Drug Charges No Bribe Involved

Tommy Thomas Says He Reduced Vincent Tan S Son S Drug Charges No Bribe Involved

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 237 hits
Tommy Thomas said throughout his professional career and in his personal life he had never paid a bribe or received one PETALING JAYA Former Attorney General Tommy Thomas has slammed allegations that he acted in a corrupt manner in handling...
The Reason Tommy Thomas Freed Vincent Tan S Son

The Reason Tommy Thomas Freed Vincent Tan S Son

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 280 hits
Yes one criminal charge even if it attracts the death penalty is worth RM10 million in Malaysia Of course if you are very rich the price can go up to RM20 million or RM30 million depending on how rich you are If you are merely a drug mule t...
Tommy Thomas Under Siege On Corruption Allegations

Tommy Thomas Under Siege On Corruption Allegations

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 199 hits
Lawyer Tommy Thomas today denied acting improperly while serving as Malaysia s attorney general from 2018 to 2020 The 70 year old was responding to an allegation that he had dropped criminal charges against a tycoon s son and that corruptio...
Pengunduran Emas Mungkin Berakhir Tidak Lama Lagi

Pengunduran Emas Mungkin Berakhir Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 150 hits
Harga Emas telah didagangkan pada 1 853 pada masa penulisan Dalam jangka pendek kecenderungan kekal menurun tetapi jangan lupa bahawa pengunduran mungkin hanya sementara XAU USD berada dalam fasa pembetulan selepas mencatatkan tahap kukuh y...
Kemenangan Umno Di Johor Mungkin Buka Laluan Kepada Pru 15 Adakah Ismail Sabri Bersedia

Kemenangan Umno Di Johor Mungkin Buka Laluan Kepada Pru 15 Adakah Ismail Sabri Bersedia

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 174 hits
agendaily com15 2 202215 Ahli Parlimen UMNO mengumumkan menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyddin Yassin sebelum ini Risiko lebih besar bakal dihadapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya UMNO bakal meraih satu lagi kemenangan besar pa...
Haidar Berhenti Berkomunikasi Mungkin Letih Terperangkap Dalam Lubang 10 Meter

Haidar Berhenti Berkomunikasi Mungkin Letih Terperangkap Dalam Lubang 10 Meter

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 103 hits
Usaha tanpa henti untuk mengeluarkan seorang kanak kanak lelaki berusia 9 tahun yang terjatuh ke dalam lubang perigi sedalam 10 meter di wilayah Zabul selatan Afghanistan kini dah masuk fasa akhir Terkini kanak kanak tersebut dilaporkan tid...
Hiburan Saya Dah Behave Sebaik Mungkin Apa Lagi Salah Saya Dsv Penat Dikecam Netizen

Hiburan Saya Dah Behave Sebaik Mungkin Apa Lagi Salah Saya Dsv Penat Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 147 hits
Usahawan kosmetik sensasi yang juga dikenali sebagai Presiden Netizen di dalam program Big Stage 2022 iaitu Datuk Seri Vida terus menerus dikecam oleh netizen Sebab dirinya dikecam adalah kerana keterbukaannya memberi komen serta pandangan ...
Tanam Pokok Tapi Asyik Mati Saja Ini Mungkin Sebabnya

Tanam Pokok Tapi Asyik Mati Saja Ini Mungkin Sebabnya

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 160 hits
Teringin nak tanam pokok sayur tapi dah beberapa kali cuba asyik tak menjadi Lepas anak benih tumbuh dan alih tak sempat besar pokok dah mati Tak sempat merasa hasil
Bawa La Ramai Lagi Warga Asing Ke Malaysia

Doa Ketika Terlilit Hutang Insya Allah Segera Lunas

Creative Com Domain Name Ideas

Bahaya Bahan Pewarna Kimia Dalam Kehidupan Seharian

Pmx Didesak Saman Bloomberg Jika Kenyataan Salah

Trip Mengejut Ke Guangzhou China

Kuetiaw Goreng

Madrasah Terapung 6 Hari Bergambar Gisbh Seleweng


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Lembayung 2024 Adaptasi Kisah Benar Lakonan Pelakon Malaysia Anna Jobling


Russians Destroy Five F16s On The Ground In Ukraine

Saturday Jokes 231

Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

Obesiti Atau Kegemukan Di Malaysia

Syarikat Berkaitan Gisbh Berisiko Di Batalkan