Tommy Thomas Majlis Peguam Enggan Beri Kerjasama Dalam Siasatan Pasukan Petugas Khas





Kuala Lumpur, 22 Oktober 2022 - Bekas eguam negara Tan Sri Tommy Thomas dan Majlis Peguam enggan memberi kerjasama dalam siasatan terhadap dakwaan kandungan buku Memoir My Story : Justice In The Wilderness, demikian menurut laporan dokumen rahsia yang telah diubah statusnya, baru-baru ini.
Laporan yang disediakan Pasukan Petugas Khas (PPK) bagi menyiasat 19 dakwaan yang terkandung dalam memoir itu turut mendedahkan bahawa Thomas menerusi surat bertarikh 5 jan lepas yang dihantar kepada pengerusi PPK menyatakan dengan tegas bahawa beliau tidak akan memberi kerjasama atau mengambil bahagian dalam prosiding pasukan tersebut.
PPK memaklumkan Thomas turut mempersoalkan mengenai penubuhan dan kesahihan pasukan berkenaan.
Surat beliau adalah berdasarkan tanggapan sendiri bahawa PPK dibentuk untuk menyiasat tindakan beliau menggunakan budi bicaranya sebagai Pendakwa Raya, di bawah perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan prosiding yang bersifat jenayah, menurut ppk dalam laporan itu.
Buku yang diterbitkan pada atau sekitar 30 Januari lepas telah menimbulkan kekecohan pelbagai pihak mengakibatkan kira-kira 244 laporan dibuat oleh individu mahupun kumpulan terhadap thomas dan buku itu.
PPK ditubuhkan sebagai badan siasatan pencarian fakta untuk menjalankan semakan dan analisis mendalam terhadap keseluruhan kandungan buku dan telah mengadakan tidak kurang 37 sesi perbincangan, antara lain untuk meneliti sama ada penerbitan buku itu telah menyalahi atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang terpakai kepada pejabat Peguam Negara (AG).
Pasukan itu juga akan menentukan sama ada buku tersebuttelah mendedahkan potensi penyalahgunaan kuasa oleh pengarang, pelanggaran etika profesional, atau kelakuan oleh pengarang.
Menjelaskan lanjut, PPK berkata pandangan Thomas adalah tidak berasas dan beliau nampaknya telah salah faham tentang peranan dan tugas PPK.
"Pertama sekali, dalam apa jua keadaan sekalipun, PPK akan bertindak sebagai pengganti kepada penyiasatan jenayah yang sewajarnya oleh polis atau suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia. kuasa siasatan telah dan akan sentiasa terletak di bawah agensi penguatkuasaan mengikut undang-undang yang berkaitan.agensi penguatkuasaan mungkin merujuk kepada laporan kami sebagai asas untuk memulakan arahan khusus dalam penyiasatan mereka namun mereka sepenuhnya boleh bertindak atas budi bicara mereka.
"Kedua, kami tidak menyiasat TSTT (Tan Sri Tommy Thomas). kami sedang menyiasat kandungan buku seperti yang didedahkan oleh beliau dan menyiasat sama ada pendedahan beliau itu telah membuktikan prima facie atau sebarang pelanggaran undang-undang," menurut laporan itu.
Mengenai Majlis Peguam, PPK menyatakan bahawa badan bebas itu dijemput untuk memberikan perspektif mereka tentang beberapa perkara yang didedahkan dalam buku itu, khususnya berkaitan pelantikan hakim, dakwaan ketidakcekapan undang-undang komersial di mahkamah rayuan, dan profesional.
Bagaimanapun, kami kesal kerana majlis peguam malaysia, melalui setiausahanya, menyatakan bahawa mereka tidak berminat untuk mengambil bahagian, kerana mereka tidak dapat mengesahkan atau mengulas mengenai dakwaan yang dibuat oleh tstt dalam buku itu," katanya.
Perkara ini merupakan antara butiran dalam dalam laporan setebal lebih 200 muka surat itu.
Penerbitan laporan yang kini boleh diakses di laman web bahagian hal ehwal undang-undang jabatan perdana menteri itu disiapkan kira-kira seminggu selepas perdana menteri datuk seri ismail sabri yaakob dilaporkan mengarahkan ia didedahkan kepada umum.
Sebelum ini, Ismail Sabri juga dilaporkan meminta agar bekas peguam negara itu disiasat atas kesalahan menghasut dan pelbagai kesalahan lain seperti yang disyorkan dalam laporan ppk.
Sumber : BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2022/10/tommy-thomas-majlis-peguam-enggan-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Peguam Sokong Tommy Thomas Dan Menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob

Majlis Peguam Sokong Tommy Thomas Dan Menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 148 hits
Majlis Peguam sokong Tommy Thomas dan menghentam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Jelas bahawa Majlis Peguam adalah ahli komponen gabungan Pakatan Harapan
Hasil Buah Tangan Mahathir Ph Enggan Ulas Pendedahan Bekas Ag Dap Kata Tommy Thomas Bukan Ahli

Hasil Buah Tangan Mahathir Ph Enggan Ulas Pendedahan Bekas Ag Dap Kata Tommy Thomas Bukan Ahli

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 225 hits
Pakatan Harapan enggan mengeluarkan sebarang ulasan berhubung pendedahan yang dibuat Pasukan Petugas Khas terhadap buku memoir Tan Sri Tommy Thomas Walaupun bekas Peguam Negara itu dilantik semasa kerajaan PH berkuasa sebelum ini Setiausaha...
Selepas Pergunakan Tommy Thomas Mahathir Dan Dap Cuci Tangan Enggan Kena Mengena

Selepas Pergunakan Tommy Thomas Mahathir Dan Dap Cuci Tangan Enggan Kena Mengena

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 151 hits
Oleh Adam Malik Tommy Thomas terpaksa bersendirian dalam menghadapi kes nya terhasil dari pendedahan dalam buku tulisan sendiri Memoir atau autobiograpi Tommy Thomas Justice in the wilderness yang mendedah salah laku Mahathir dan juga secar...
Awani Ringkas Tommy Thomas Jeyakumar Akan Dipanggil Polis

Awani Ringkas Tommy Thomas Jeyakumar Akan Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 168 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Anwar Tawar Hati Enggan Layan Tawaran Dr M Kerjasama Pru15

Anwar Tawar Hati Enggan Layan Tawaran Dr M Kerjasama Pru15

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 177 hits
freemalaysiatoday com October 13 2022 12 30 PMDr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata GTA terbuka untuk bekerjasama dengan mana mana parti yang menentang Umno termasuk PKR yang diterajui Anwar Ibrahim PETALING JAYA Presiden PKR Anwar Ibrahi...
Tommy Thomas Trying To Play The Victim

Tommy Thomas Trying To Play The Victim

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 96 hits
Former Attorney General Tommy Thomas is suing the government plus members of what he declared as an illegal task force set up to investigate what he had written in his memoirs My Story Justice in the Wilderness Tommy Thomas cited violations...
Bn Sasar Menang 10 Kerusi Parlimen Di Kedah Tubuh Pasukan Petugas Zahid

Bn Sasar Menang 10 Kerusi Parlimen Di Kedah Tubuh Pasukan Petugas Zahid

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 123 hits
BANDAR BAHARU Barisan Nasional menyasarkan untuk menang sekurang kurangnya 10 daripda 15 kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke 15 ini kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata BN akan mewujudkan pasukan ...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke