Tolonglah Raisha Belum Cukup Rm160 000 Perlu Segera Ke India Untuk Pemindahan Hati



Pesakit hati kronik atau Biliary Atresia (BA), Tuan Nur Raisha Mikayla Tuan Muhammad Shahrul Azlan yang berusia tujuh bulan dijangka berlepas ke India untuk menjalani pembedahan pemindahan hati pada 20 atau selewat-lewatnya 27 Februari ini

Pembedahan itu sepatutnya dijalankan pada April ini tetapi dipercepatkan berikutan keadaan Tuan Nur Raisha atau lebih mesra dengan panggilan Raisha yang kritikal


Bapanya, Tuan Muhammad Shahrul, 27 berkata, dia dan isteri, Siti Nur Amira Ibrahim, 27, diberitahu doktor mengenai perkara itu, petang 7 Februari

Dana belum cukup untuk pembedahan

Menurut Tuan Muhammad Shahrul, berita itu merisaukannya mereka kerana dana diperlukan untuk membiayai kos pembedahan belum mencukupi


“Memang terkejut selepas dimaklumkan doktor mengenai perkara itu dan rasa seperti cepat sangat kerana ikutkan, Raisha sepatutnya dibedah sebelum April depan di sini (Pusat Perubatan Universiti Malaya) atau China

“Namun, berlaku perubahan tarikh dan juga tempat atas nasihat doktor memandangkan agak berisiko untuk ke China dalam tempoh terdekat berikutan wabak koronavirus baharu

“Saya dan isteri tiada masalah, cuma buat masa ini, sumbangan diterima daripada orang ramai baru mencecah RM11,000 sedangkan jumlah diperlukan adalah RM160,000,” katanya


Tuan Muhammad Shahrul berkata, selain tiket penerbangan, dia juga perlu mencari wang bagi mendapatkan visa dan pasport serta perbelanjaan sepanjang dua bulan berada di India

Bagaimanapun, tiada persiapan dibuat setakat ini kerana masalah kewangan dihadapinya

“Kami dijangka berada di India selama dua bulan dan adik ipar, Siti Nur Asyikin, 18, turut serta bagi membantu saya serta isteri


Nampak keceriaan di wajah Raisha ketika diperingkat awal dulu berbanding sekarang ini yang semakin lemah
“Tarikh semakin suntuk tetapi tiada persiapan dibuat setakat ini termasuk urusan permohonan pasport dan visa yang membabitkan kos RM370 untuk setiap seorang

“Itu belum termasuk kos tiket penerbangan yang dianggarkan berjumlah RM8,000 untuk kami berempat. Jadi, saya mohon jasa baik orang ramai untuk membantu kami,” katanya

Berkongsi perkembangan terkini Raisha, Tuan Muhammad Shahrul berkata, anaknya masih mendapatkan rawatan di wad Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak (KWKK) PPUM

“Keadaannya masih sama iaitu minum susu menggunakan tiub tetapi nampak dia seperti tidak berselera,” katanya

Pada 30 Januari lalu,  kisah Raisha yang kritikal dan perlu menjalani pembedahan segera pernah disiarkan


Tenungan mata Raisha yang cukup sayu
Pembedahan di Hospital Max Healthcare, New Delhi, India itu disyorkan doktor selepas melihat keadaan Raisha yang kronik dan ibunya akan menjadi penderma hati

Orang ramai yang berhasrat membantu Raisha boleh menghulurkan sumbangan kepada Tabung Media Prima-NSTP Humanitarian Fund (Metro Prihatin) menerusi akaun Affin Islamic Bank di 1052 8000 4378, Maybank di 5142 7165 5386 atau hubungi Tuan Muhammad Shahrul di talian 014-3999306

Sumber: Metro via majalahpama.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sehinggit.blogspot.com/2020/02/tolonglah-raisha-belum-cukup-rm160000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemerintah Diminta Segera Serahkan Draf Ruu Pemindahan Ibu Kota Ke Dpr

Pemerintah Diminta Segera Serahkan Draf Ruu Pemindahan Ibu Kota Ke Dpr

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 283 hits
Pemerintah telah memutuskan untuk memindahkan Ibu Kota Negara ke Kalimantan Timur Presiden Joko Widodo menuturkan draf Rancangan Undang Undang tentang pemindahan Ibu Kota Baru sedang disiapkan Sedangkan peletakan batu pertama pembangunan di...
62 000 Ton Bawang Putih Asal China Segera Masuk Indonesia

62 000 Ton Bawang Putih Asal China Segera Masuk Indonesia

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 221 hits
Kementan memang telah mengajukan RIPH sebanyak 103 000 ton untuk bawang putih Namun pihaknya baru bisa memberikan surat perizinan impor untuk bawang putih sebesar 62 000 ton sementara sisanya masih harus memenuhi persyaratan
Bayi Hidap Penyakit Hati Kronik Kritikal Perlukan Sumbangan Orang Ramai Untuk Percepatkan Proses Pembedahan Di India

Bayi Hidap Penyakit Hati Kronik Kritikal Perlukan Sumbangan Orang Ramai Untuk Percepatkan Proses Pembedahan Di India

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 341 hits
Pesakit hati kronik atau Biliary Atresia Tuan Nur Raisha Mikayla Tuan Muhammad Shahrul Azlan yang berusia tujuh bulan dijangka berlepas ke India untuk menjalani pembedahan pemindahan hati pada 20 atau selewat lewatnya 27 Februari ini Pembed...
Rasa Cinta Sahaja Tidak Cukup Kalau Nak Kahwin Pesanan Buat Yang Belum Kahwin

Rasa Cinta Sahaja Tidak Cukup Kalau Nak Kahwin Pesanan Buat Yang Belum Kahwin

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 548 hits
Gambar HiasanKita hanya akan benar benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya tidur sebantal makan sepinggan duduk sebumbung Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush baru tahu cepat ...
Mehmed Durakovic Perak Masih Belum Cukup Sempurna

Mehmed Durakovic Perak Masih Belum Cukup Sempurna

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 305 hits
Dikatakan ketika Jelajah Pra Musim di Singapura baru baru ini pengendali Perak Mehmed Durakovic sudah menemui barisan terbaiknya untuk saingan Liga Super 2020 yang akan bermula tidak lama lagi Gandingan Shahrel Fikri dan penyerang import Gu...
Komplot Jijik Mahathir Perlu Segera Diundurkan

Komplot Jijik Mahathir Perlu Segera Diundurkan

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 389 hits
Pendedahan demi pendedahan yang berlaku beberapa hari ini hanya membuktikan satu hakikat Tun Dr Mahathir Mohamad kembali bermain muslihat politik kotor seorang diktator yang mahu terus berkuasa dengan apa cara sekalipun 2 Politik usang ala ...
Drainase Pollux Habibie Batam Segera Terkoneksi Ke Saluran Kota

Drainase Pollux Habibie Batam Segera Terkoneksi Ke Saluran Kota

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 192 hits
Nantinya akan dilakukan perhitungan dan redesain ulang untuk bangunan pagar dan saluran di dalam lahan proyek maupun di luar proyek Termasuk juga akan dibuat dua buah sumur resapan yang berada di lokasi perumahan Citra sesuai desain konsult...
Cashier Operations Assistant Aeon Maxvalu Prime The Sphere Bangsar South Diperlukan Segera

Cashier Operations Assistant Aeon Maxvalu Prime The Sphere Bangsar South Diperlukan Segera

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 325 hits
Providing good service and friendly service to customers Ensure each payment in accordance with the procedures set Responsible for the cash received by customers until the end of shift Ensure the counters are kept clean and tidy Pleasant di...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi

Navigate The World Of Online Business