Tolong Uruskan Satu Rangka Manusia Nota Misteri Bongkar Penemuan Mayat Dalam Rumah Kosong


TANJONG KARANG – Jemaah Surau Batu 11 di sini gempar dengan penemuan nota misteri yang membongkar penemuan mayat disyaki seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak di sini petang semalam.

Loading… Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, jemaah yang baru sahaja menunaikan solat Zohor terkejut menemui nota misteri diletakkan di peti surat surau itu yang meminta penduduk menguruskan jenazah di sebuah rumah tidak berpenghuni.
Pengerusi Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Melaka, Mohd Jamil Baharom berkata, dia dimaklumkan kejadian itu apabila dihubungi seorang penduduk.
“Saya tiba di tempat kejadian jam 5 petang dan ketika itu kelihatan polis dan penduduk sudah berada di lokasi kejadian.
“Sejurus itu, saya masuk ke dalam rumah terbabit dan terkejut apabila jasad manusia tidak bernyawa dalam keadaan terlentang,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Mohd Jamil berkata, jenazah terbabit dipercayai seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 60 tahun yang dikenali penduduk setempat.
“Mayat kemudiannya dibawa polis ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat pada jam 6 petang,” katanya.
Mohd Jamil berkata, rumah terbabit sebelum ini dimiliki seorang guru yang menetap bersama isteri dan anak-anaknya, namun setelah lelaki itu meninggal dunia kediaman terbabit dijual kepada pembeli lain sekitar tahun 90-an.
“Arwah sebelum ini mengambil upah membersihkan persekitaran rumah terbabit, namun sudah lama tidak kelihatan sejak setahun lalu dan saya difahamkan arwah mungkin datang semula ke kampung ini,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, penduduk berasa pelik memandangkan jenazah itu dalam keadaan sempurna dan tidak berbau busuk.
“Walaupun keadaan mayat reput, kami tidak menghidu bau mayat ketika memasuki rumah terbabit dan ini mungkin petunjuk kepada kebesaran ALLAH.
“Arwah semasa hayatnya disifatkan seorang yang baik hati, tidak banyak bercakap dan sering menunaikan solat lima waktu di surau.
Seorang peniaga gerai makanan, Zainab Dimin, 63, berkata, dia yang baharu pulang dari pasar terkejut apabila melihat polis dan penduduk berkumpul di rumah terbabit.
Katanya, gerainya yang terletak berhadapan rumah itu dengan jarak kira-kira 120 meter tidak pernah menghidu bau mencurigakan.
“Saya terkejut apabila pelanggan yang singgah ke gerai memaklumkan ada mayat dalam rumah terbabit.
“Sepanjang gerai ini beroperasi tak pernah pula saya dan pekerja hidu bau pelik, malah jiran sebelah rumah terbabit juga terkejut apabila dimaklumkan penemuan mayat tersebut,” katanya. – Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/01/tolong-uruskan-satu-rangka-manusia-nota-misteri-bongkar-penemuan-mayat-dalam-rumah-kosong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngeri Mayat Ditinggal Dalam Rumah Terbiar Tinggalkan Nota Untuk Uruskan Mayat

Ngeri Mayat Ditinggal Dalam Rumah Terbiar Tinggalkan Nota Untuk Uruskan Mayat

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1177 hits
Ohmedia agak terkejut bila tengok gambar yang tular di media sosial baru baru ini Mana taknya ada mayat gais dalam rumah terbiar dan tidak berpenghuni yang terletak di Batu 10 Tanjung Karang tu Siap ada orang tinggalkan nota minta uruskan m...
Misteri Bau Busuk Rupanya Rangka Manusia Ditemui Dalam Tong Sampah

Misteri Bau Busuk Rupanya Rangka Manusia Ditemui Dalam Tong Sampah

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 398 hits
GEORGE TOWN 29 Jan Misteri bau yang teramat busuk daripada sebuah tong sampah yang ditinggalkan berhampiran lereng bukit di tepi jalan Paya Terubong dekat sini sejak semalam membawa kepada penemuan rangka manusia hampir reput yang disembuny...
Satu Rumah Dia Merangkak Waktu Ini Bayi Explore Semua Benda Di Sekitarnya

Satu Rumah Dia Merangkak Waktu Ini Bayi Explore Semua Benda Di Sekitarnya

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 299 hits
Merangkak melibatkan seluruh badan bayi Apabila bayi merangkak dia perlu menggunakan tangan dan kakinya untuk mengangkat dirinya dari lantai serta bergerak Terdapat banyak kebaikan merangkak diperolehi bayi seperti kekuatan fizikal keseimba...
Tidur Lagi Munir Ya Allah Pelajar Lambat Masuk Kelas Pensyarah Datang Rumah Tolong Kejutkan

Tidur Lagi Munir Ya Allah Pelajar Lambat Masuk Kelas Pensyarah Datang Rumah Tolong Kejutkan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 815 hits
Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar pengajian tinggi datang lewat ke kelas dengan alasan lapuk terlewat bangun untuk ke kelas sudah terlalu biasa bagi golongan para pendidik Kerana banyak penglibatan dalam aktiviti kokurikulum tugasan luar...
Bangun Rumah Sakit Khusus Penyakit Menular Pemerintah Masih Cari Pulau Kosong

Bangun Rumah Sakit Khusus Penyakit Menular Pemerintah Masih Cari Pulau Kosong

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 310 hits
Pemerintah akan membangun rumah sakit khusus untuk menangani wabah penyakit menular Rencananya rumah sakit itu akan dibangun di satu pulau yang kini tengah disiapkan pemerintah
Intip Rumah Stand Up Comedy Juara Satu Suca 2 Aci Resti Yang Sederhana

Intip Rumah Stand Up Comedy Juara Satu Suca 2 Aci Resti Yang Sederhana

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 300 hits
Untuk para penikmat Stand Up Comedy mungkin tidak asing dengan nama Aci Resti juara satu SUCA 2
Niat Nak Test Pinjam Rm1 000 Lelaki Ini Tak Sangka Sahabat Lama Itu Satu Satunya Manusia Yang Sudi Hulur Bantuan

Niat Nak Test Pinjam Rm1 000 Lelaki Ini Tak Sangka Sahabat Lama Itu Satu Satunya Manusia Yang Sudi Hulur Bantuan

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 316 hits
Allahu perbualan dua sahabat ini benar benar meninggalkan kesan Melalui status dan gambar yang dimuat naik oleh Reza Shahrill Mahadi ini benar benar menunjukkan siapa sebenarnya sahabat yang sudi tampil membantu ketika dirinya dilanda kesus...
Jawatan Kosong Pembangunan Sumber Manusia Berhad

Jawatan Kosong Pembangunan Sumber Manusia Berhad

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 345 hits
Jawatan Kosong Pembangunan Sumber Manusia Portal kerja kosong terkini membuka peluang pekerjaan di Pembangunan Sumber Manusia yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kek...
Tiga Rumah Warga Di Lebak Terbakar Satu Orang Mengalami Luka Bakar

Tiga Rumah Warga Di Lebak Terbakar Satu Orang Mengalami Luka Bakar

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 243 hits
Kerugian akibat kebakaran rumah dan isinya diperkirakan mencapai Rp400 juta
Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Breakfast Di Ruang Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel

Why Is A Non Muslim Dap Rep Be Allowed To Poke His Nose In The Running Of Islamic Affairs

Isu Hibah Takaful Rm1 Juta Dicabar Kenapa Isteri Hanya Dapat 1 8 Berapa Jumlah

Kurma Muda

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Cara Simpan Daun Bawang Dan Ketumbar Sebulan Pun Segar Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempah Makanan Di Pondok Mama

Kelantan 2 Pemandu Jentolak Maut Jatuh Cerun Gaung

Tengku Zafrul Keluar Umno Zahid Tuntut Kuota Menteri Dikembalikan Umno Layak Mohon Satu Kerusi

Bukan Wakil Rakyat Tengku Zafrul Tak Perlu Bayar Pampasan Rm100 Juta Tok Mat

Anwar Warns Against New Geopolitical Orthodoxy Reaffirms Asean Centrality

Has Malaysia Ever Seen Ministers Resign When They Lose Support