Tolong Tulis Tololnya Beli Lebuh Raya Tol


Rosli Khan, Free Malaysia TodayKelmarin, kawan saya yang agak rapat menghantar satu pesanan SMS dengan tajuk yang tersebut di atas. Dia agak marah dan kecewa kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) seolah-olah “‘menangguk di air keruh” dalam menangani isu lebuh raya tol
Hanya kerana manifesto PH berkata jika mereka menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), mereka akan hapuskan tol, bukan bererti mereka mesti membeli semula lebuh raya bertol
Katanya lagi, manifesto itu sebenarnya adalah satu janji kosong sahaja yang dari awalnya dianggap oleh pihak lawan sebagai manifesto yang agak “tolol”. Penulis manifesto itu sebenarnya menjangka PH tidak akan menang dalam PRU14
Lalu mereka menjanjikan perkara yang tidak munasabah dari segi pengurusan ekonomi negara hanya untuk memancing undi. Ini telah banyak diwartakan dan ramai pembaca faham
Sememangnya, PH atau mana-mana kerajaan pun tidak akan kesampaian untuk mengotakan janji ini. Tetapi pada penghujung kekabutan menangani permintaan manifesto selepas 1 tahun memerintah, ditambah gejala kekecewaan pada beberapa pilihan raya kecil, isu-isu yang berlegar sekarang banyak berubah
Dengan kegagalan demi kegagalan yang mungkin boleh dianggap lebih meruncing dan serius, isu tol ini hampir sudah tidak relevan dan agak terpinggir
Misalnya, isu “leadership transition” atau peralihan kuasa perdana menteri jauh lebih penting. Tanpa jangka masa peralihan PM yang konkrit, negara tidak begitu diyakini pelabur asing untuk melabur di negara kita, tegas seorang lagi kawan yang sealiran
Peralihan kuasa yang berubah dari 2 tahun kepada 3 tahun, juga amat mengelirukan dan membuahkan ketidakstabilan politik PH. Berita ini banyak memenuhi ruang media dalam dan luar negara
Ditengah-tengah percanggahan dalaman antara parti komponen PH, isu Zakir Naik yang belum diredakan, masaalah Orang Asli yang telah lama diabai dan tiada rangka pembangunan yang jelas, timbul pula skandal video 2 lelaki yang jijik dan memalukan negara
Dalam situasi yang merudum ini, ada pula pihak yang mengambil kesempatan untuk “menangguk di air keruh”
Sementara kekabutan politik masih berterusan, mereka ini mengambil kesempatan dan membuka peluang untuk “membeli” kembali konsesi tol yang pada asal dan awalnya diswastakan pada zaman Barisan Nasional (BN) dulu
Kenapa mahu diambil alih konsesi yang sudah hampir tamat? Lebuhraya Kesas akan tamat pada Ogos 2023
LDP akan tamat pada tahun 2030 dan kadar tol tidak lagi boleh dinaikkan berpandu kepada arahan kerajaan pada Ogos 2017. Pada jangkaan saya, waktunya sangat tidak tepat, tulis beliau lagi
Dana awamPM sekarang yang bertanggung jawab menswastakan lebuh raya melalui skim tol yang bermula pada tahun 1986 dahulu, pastinya tidak bersetuju polisi ini dirombak semula atau lebih tepat, lebuh raya di “nationalise” atau dimiliknegarakan kembali dengan menggunakan dana awam
Ini amatlah berlawanan dengan polisi penswastaan itu sendiri, yang menyaksikan skim penswastaan atau sekarang ini dipanggil PFI (private funding initiative) dirangka untuk tidak menggunakan dana awam bagi pembangunan lebuh raya
Apakah pembelian ini begitu kritikal dan amat penting sehingga kerajaan sanggup membelanjakan lebih RM6.2 bilion, sedangkan katanya kerajaan kekurangan wang
Mengikut teman saya lagi, mengambil alih konsesi 4 lebuh raya di sekitar Kuala Lumpur tidak termaktub dalam manifesto PH
Jadi, kenapa keputusan begini diambil
“Pembelian” ini katanya, amat sekali meragukan banyak pihak. Lagaknya seperti telah ada “mainan dalaman” antara ahli politik di kementerian berkenaan dan pihak pemilik konsesi
Apa yang dicadangkan oleh pihak Kementerian Kewangan ini sangatlah bertentangan dengan pemikiran ekonomi Dr M, yang jauh lebih ke depan
Langkah kementerian ini juga dianggap sebagai tidak telus atau tidak “transparent”, “off-budget” dan amat tergesa-gesa dari segi pelaksanaan
Di manakah letaknya kepimpinan PH sekiranya cadangan perniagaan sebegini daripada Kementerian Kewangan lebih diutamakan sedangkan polisi fiskal dan pemulihan ekonomi sebenar masih belum dikenal pasti
Kenapakah pihak yang terlibat tidak menunjukkan laporan kajian kenapa 4 konsesi ini, yang dimiliki oleh pemegang saham yang hampir sama, dipilih untuk dibeli semula
Ada banyak lagi konsesi lebuh raya di Lembah Kelang dan di seluruh negara – kenapa tidak ambil-alih
Bagaimanakah pembelian ini, yang melibatkan dana awam dengan begitu banyak, dapat membantu kerajaan dan rakyat dari segi pelaksanaan dan penjimatan ekonomi pengguna
Lebuhraya Utara-SelatanAda juga teman yang bertanya: Alangkah peliknya kerajaan PH sekarang apabila mereka dapat berunding semula dengan gergasi dari Tanah Besar China tentang mahalnya ECRL dan berjaya menurunkan harganya sebanyak mungkin, maka kenapa tidak perkara sama dilakukan dengan syarikat Malaysia
Masalah lebuh raya tol dan masalah kadar tol yang terus meningkat ini pastinya boleh juga dibawa ke meja rundingan untuk dirunding semula
Sedangkan pemegang saham lebuh raya terbesar, iaitu Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dan beberapa lebuh raya utama yang lain, adalah Khazanah dan KWSP, 2 badan kerajaan yang dimiliki dan diselia oleh pihak Kementerian Kewangan itu sendiri
Di manakah logiknya pengurusan dan kawal selia ke atas syarikat kerajaan yang dimiliki MoF Inc ini sekiranya rundingan tidak boleh dilakukan
Sepatutnya inilah masa terbaik untuk pihak PH berunding dengan pihak Khazanah dan KWSP untuk menilai semula perjanjian yang ditandatangani dengan Plus
Sekiranya perlu rakyat harus tahu berapa lama lagi perjanjian kutipan tol ini
Berapakah kadar kenaikan tol setiap tahun
Berapakah jumlah kutipan harian, bulanan dan tahunan
Berapakah jumlah keuntungan mereka
Siapakah lagi pemilik saham lain yang mendapat faedah keuntungan daripada “penindasan” ke atas rakyat sekelian
Keterbukaan ini akan memberi kefahaman kepada semua lapisan rakyat. Dengan itu kerajaan boleh berterus-terang dan tidak perlu berselindung atau syak wasangka yang bukan-bukan mengenai pembelian lebuh raya tol tersebut
Mengikut interpretasi seorang kenalan yang berasal dari Kelantan, yang sehingga kini belum ada kemudahan lebuh raya ke sana walaupun jumlah trafik banyak meningkat
Beliau secara sinis berkata: Jumlah wang sebanyak RM6.2 billion sekiranya dibelanjakan untuk membina lebuh raya baru antara Bentong ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu, yang sangat-sangat diperlukan rakyat, akan memberi lebih banyak faedah
Ia akan dapat menjana ekonomi tempatan, memberi peluang kepada konsultan, kontraktor dan membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat. Ini caranya menggalakkan ekonomi, bukan dengan membeli apa yang sudah ada
Tambahnya lagi, sekiranya penulis agenda penghapusan tol dalam manifesto PH dikira sebagai perbuatan “Si Tolol”, apakah kiasan yang sesuai bagi mereka yang terlibat dalam pembelian 4 jalan lebuh raya itu
Sebelum saya sempat menjawab; dia telah menjawab terlebih dahulu. “Si Bahalol”..katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/06/tolong-tulis-tololnya-beli-lebuh-raya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambil Alih 4 Lebuh Raya Tidak Melibatkan Sebarang Kos Kerajaan

Ambil Alih 4 Lebuh Raya Tidak Melibatkan Sebarang Kos Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 392 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Ayah Tolong Simpan Duit Raya Along Ni Ye Jangan Tipu Anak Jadi Pemegang Amanah Terbaik Buat Anak

Ayah Tolong Simpan Duit Raya Along Ni Ye Jangan Tipu Anak Jadi Pemegang Amanah Terbaik Buat Anak

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 887 hits
Tidak dinafikan selepas sahaja berhari raya ada ibu bapa yang terpaksa berbelanja menggunakan duit raya anak Bukan mengambilnya tetapi meminjam terlebih dahulu daripada anak sementara tiba hari gaji Tak salah jika nak pinjam tetapi perlulah...
Pengambilalihan Lebuh Raya Keputusan Akan Diumum Beberapa Minggu Lagi

Pengambilalihan Lebuh Raya Keputusan Akan Diumum Beberapa Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 272 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Dua Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Plus

Dua Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Plus

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 243 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA 02 Julai 2019 5 08 PM ALOR GAJAH Aktiviti bermotosikal dua beradik berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemala
Pengambilalihan Lebuh Raya Dijangka Dibincang Dalam Tempoh Terdekat

Pengambilalihan Lebuh Raya Dijangka Dibincang Dalam Tempoh Terdekat

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 249 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Kajian Kementerian Kerja Raya Tolak Ambil Alih Konsesi Tol

Kajian Kementerian Kerja Raya Tolak Ambil Alih Konsesi Tol

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 304 hits
Kajian Kementerian Kerja Raya tolak ambil alih konsesi tol Posted By on June 26 2019Kertas kajian mengenai lebuh raya tol di seluruh Malaysia yang disiapkan oleh Kementerian Kerja Raya tidak selari dengan tawaran Kementerian Kewangan untuk ...
Cadangan Ambil Alih Lebuh Raya Selepas Laporan Kepada Kabinet

Cadangan Ambil Alih Lebuh Raya Selepas Laporan Kepada Kabinet

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 327 hits
Cadangan pengambilalihan mana mana lebuh raya hanya akan diputuskan selepas laporan kajian dibentangkan kepada kabinet bulan depan JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TEL...
Tahukah Anda Maksud Sebenar Lebuh Raya

Tahukah Anda Maksud Sebenar Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 556 hits
Maksud sebenar istilah lebuh raya adalah berbeza mengikut negara kerana di negara yang mempunyai rangkaian jalan raya yang baik istilah lebuh raya merujuk kepada lebuh raya capaian terkawal ataupun lebuh raya ekspres seperti expressway lebu...
Kerajaan Ambil Alih 4 Konsesi Lebuh Raya Mulai 1 Januari Ini

Kerajaan Ambil Alih 4 Konsesi Lebuh Raya Mulai 1 Januari Ini

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 221 hits
PUTRAJAYA Pengambilalihan empat konsesi lebuh raya bertol di negara ini dijangka bermula 1 Januari 2020 dengan harga yang ditawarkan kerajaan sebanyak RM6 2 bilion bagi keempat empat lebuh raya terbabit Lebuh raya itu Lebuhraya Damansara Pu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching