Kajian Kementerian Kerja Raya Tolak Ambil Alih Konsesi Tol



Kajian Kementerian Kerja Raya tolak ambil alih konsesi tol?Posted By: Pentadbiron: June 26, 2019 Print EmailKertas kajian mengenai lebuh raya tol di seluruh Malaysia yang disiapkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) tidak selari dengan tawaran Kementerian Kewangan untuk kerajaan mengambil alih empat konsesi lebuh raya yang dimiliki kepentingannya oleh Gamuda Berhad, kata sumber di Putrajaya.Sumber memberitahu, laporan KKR mengenai masa depan lebuh raya tol di seluruh Malaysia itu tidak mencadangkan supaya kerajaan mengambil alih mana-mana konsesi lebuh raya bertol.Ia sebaliknya mengusulkan mekanisme lain untuk mengurangkan beban tol ke atas pengguna lebuh raya, kata sumber yang maklum tentang kertas kajian.“Laporan KKR tidak mencadangkan begitu,” kata sumber kepada The Malaysian Insight, namun enggan mendedahkan butiran laporan berkenaan.The Malaysian Insight difahamkan laporan kajian itu diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri pada 13 Jun baru-baru ini.Semalam, Menteri Kerja Raya Baru Bian dipetik berkata laporan kajian cadangan pengambilalihan mana-mana lebuh raya sudah diserahkan kepada Jemaah Menteri untuk tindakan lanjut.“Detail kajian itu kita biar dikeluarkan Kabinet,” katanya, seperti dipetik Bernama.Beliau juga dipetik berkata keputusan hasil kajian oleh perunding bebas bertauliah itu akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi.Jemaah Menteri pada Disember lepas memberi mandat kepada KKR untuk mencadangkan pilihan yang munasabah kepada semua pihak berkepentingan iaitu kerajaan, syarikat konsesi dan pengguna, sebagai penyelesaian muktamad atas isu tol yang membebankan rakyat.Pada Sabtu lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan pihaknya membuat tawaran untuk mengambil alih empat lebuh raya tol milik Gamuda Bhd dengan kos RM6.2 bilion.Empat lebuh raya itu ialah Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) dan Terowong Smart.Menurut Lim, pengambilalihan itu akan menjimatkan kerajaan RM5.3 bilion sebagai pampasan tidak menaikkan tol sekiranya konsesi berkenaan kekal kepada Gamuda.Lim merujuk kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada 23 Februari lalu mengumumkan Putrajaya melalui Kementerian Kewangan sudah memulakan rundingan dengan Gamuda untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang dipegang majoritinya oleh syarikat itu.The Malaysian Insight difahamkan Kementerian Kewangan membuat tawaran kepada Gamuda atas saranan sebuah bank pelaburan yang dilantik sebagai penasihat kementerian.Laporan bank pelaburan itu disiapkan minggu lalu antara 17 hingga 21 Jun, yang salinannya dilihat oleh The Malaysian Insight.The Malaysian Insight difahamkan Kementerian Kewangan memberi arahan kepada bank pelaburan itu supaya menyegerakan laporannya, selepas laporan KKR siap dan diserahkan kepada perdana menteri pada 13 Jun lalu.Pada 21 Jun iaitu Jumaat lalu, Gamuda dan Lingkaran Trans Kota Holdings (Litrak) memaklumkan Bursa Malaysia bahawa Syarikat Milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) atau MoF Inc sudah membuat tawaran mengambil alih empat konsesi lebuh raya milik mereka.Sehari selepas itu, Lim memperincikan tawaran tersebut dalam satu kenyataan media. Beliau juga berkata tawaran itu tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri selain penelitian wajar (due diligence) serta sokongan pemegang saham dan pemiutang syarikat konsesi.Baru dalam reaksi segera terhadap kenyataan Lim berkata sebarang cadangan pengambilalihan lebuh raya hanya akan diputuskan oleh Jemaah Menteri selepas mengambil kira hasil kajian dan syor daripada kementeriannya.Semalam, Senator Khairul Azwan Harun mempertikaian tujuan Kementerian Kewangan mahu mengambil alih empat lebuh raya bertol yang katanya seolah-olah nampak lebih menguntungkan Gamuda.Wartawan veteran A Kadir Jasin juga semalam menggesa kerajaan menyemak semula tawaran Kementerian Kewangan mahu membeli empat lebuh raya bertol milik Gamuda itu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/kajian-kementerian-kerja-raya-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambil Alih Konsesi Tol Gamuda Terima Cadangan Mof Inc

Ambil Alih Konsesi Tol Gamuda Terima Cadangan Mof Inc

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 273 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kerajaan Ambil Alih 4 Konsesi Lebuh Raya Mulai 1 Januari Ini

Kerajaan Ambil Alih 4 Konsesi Lebuh Raya Mulai 1 Januari Ini

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 226 hits
PUTRAJAYA Pengambilalihan empat konsesi lebuh raya bertol di negara ini dijangka bermula 1 Januari 2020 dengan harga yang ditawarkan kerajaan sebanyak RM6 2 bilion bagi keempat empat lebuh raya terbabit Lebuh raya itu Lebuhraya Damansara Pu...
Lelaki Yang Rajin Buat Kerja Rumah Ada Akal Yang Lebih Bijak Kajian

Lelaki Yang Rajin Buat Kerja Rumah Ada Akal Yang Lebih Bijak Kajian

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 451 hits
Lelaki Yang Rajin Buat Kerja Rumah Ada Akal Yang Lebih Bijak Kajian Jika anda seorang lelaki yang rajin mengemas rumah ini adalah satu berita baik untuk anda Menurut kajian oleh Dr Huang Wei Li daripada Taiwan lelaki yang rajin melakukan ke...
Ambil Alih Konsesei Tol Bukti Ph Tunai Janji

Ambil Alih Konsesei Tol Bukti Ph Tunai Janji

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 301 hits
Ambil alih konsesei tol bukti PH tunai janjiPosted By on June 28 2019Cadangan pengambilalihan empat konsesi tol membuktikan kerajaan Pakatan Harapan mampu menunaikan janji Sekali gus menutup mulut pembangkang yang melancarkan kempen kencing...
Cadangan Ambil Alih Lebuh Raya Selepas Laporan Kepada Kabinet

Cadangan Ambil Alih Lebuh Raya Selepas Laporan Kepada Kabinet

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 333 hits
Cadangan pengambilalihan mana mana lebuh raya hanya akan diputuskan selepas laporan kajian dibentangkan kepada kabinet bulan depan JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TEL...
Ambil Alih 4 Lebuh Raya Tidak Melibatkan Sebarang Kos Kerajaan

Ambil Alih 4 Lebuh Raya Tidak Melibatkan Sebarang Kos Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 409 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Tol Gamuda Terima Cadangan Kementerian Kewangan

Tol Gamuda Terima Cadangan Kementerian Kewangan

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 259 hits
Tol Gamuda terima cadangan Kementerian KewanganPosted By on June 28 2019GAMUDA Bhd telah menerima cadangan yang dikemukakan oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan membabitkan pengambilalihan kesemua kepentingan ekuiti kumpulan dalam empat ...
Siapa Punya Kerja Tu Pengalaman Seram Semasa Malam Raya Di Sarawak

Siapa Punya Kerja Tu Pengalaman Seram Semasa Malam Raya Di Sarawak

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 653 hits
Kampung mak saya terletak di salah sebuah daerah di Sarawak dan majoriti penduduk di kampung ini adalah dari kaum Melanau Sejak 4 tahun kebelakangan ini keluarga saya menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung mak Jika sebelum ini kami sekel...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement