Toleransi Tinggi Ke Arah Keharmonian Kaum



1. Malaysia terdiri dari masyarakat berbilang agama dan budaya yang pada asasnya hidup secara aman dan damai. Malaysia juga kaya dengan kumpulan etnik yang mempunyai pelbagai dialek dan budaya. Mengambil contoh di negeri Sabah, terdapat sebanyak 32 kumpulan etnik. Komposisi antara kaum ini jelas dapat dilihat melalui maklumat dari Jabatan Perangkaan Malaysia.
2. Justeru, keamanan dalam kemajmukan ini menjadikan Malaysia negara yang sering dicontohi masyarakat antarabangsa. Namun, negara turut berdepan isu-isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian. Isu ini selalunya menyentuh soal perbezaan kefahaman mengenai agama, budaya dan kaum masing-masing.
3. Kepelbagaian agama yang wujud dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang boleh mencetuskan konflik, antaranya ialah perbezaan pegangan ajaran agama, sikap penganut agama bertindak di luar batasan yang digariskan agama dan undang-undang negara serta salah faham antara agama atau dalam kalangan agama yang sama.
4. Konflik ini turut dikembangkan dengan wujudnya golongan ekstremisme dan fanatisme terhadap agama yang mengakibatkan usaha memupuk toleransi antara agama dan budaya di negara ini bertambah sukar. Saya berpendapat toleransi dan perpaduan akan dapat dikukuhkan melalui beberapa cara antaranya memberi ruang kepada dialog yang sihat untuk meredakan prasangka dan memupuk semangat perpaduan serta kebersamaan dikalangan rakyat.
5. Dialog ini boleh dilakukan melalui pelbagai medium seperti ceramah keagamaan, wacana akademik atau seminar serta penganjuran dialog muhibah antara agama. Dialog seperti ini amatlah penting bagi memberikan penjelasan mengenai prinsip kepelbagaian agama dan budaya kepada masyarakat dan memberi kefahaman lebih baik bahawa pentingnya memastikan perpaduan dan kehidupan yang harmoni agar dapat diwariskan kepada generasi masa hadapan.
6. Dalam bidang pendidikan pula, subjek umum seperti kursus tamadun Islam dan tamadun Asia serta kursus hubungan etnik boleh menjadi kursus wajib kepada pelajar universiti awam dan swasta di Malaysia. Ini satu pendekatan yang wajar kerana memberi pendedahan pelajar mengenai perbezaan tamadun dan agama yang wujud serta menjelaskan dialog antara tamadun bagi mengelakkan konflik.
7. Ikhlas dari pandangan saya, sikap toleransi yang tinggi adalah kekuatan sebenar untuk kehidupan yang harmoni terutama ketika negara sedang menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang melibatkan kaum dan agama. Toleransi bukan sahaja akan membawa kepada kekuatan dalam hubungan antara kaum, agama dan latar belakang sosial, tetapi juga dapat mempromosikan kehidupan yang harmoni di Malaysia.
8. Kesinambungan harmoni ini jelas kelihatan dalam gaya hidup masyarakat Malaysia, walaupun mereka berasal dari latar belakang sosial, agama dan etnik yang berbeza, namun mereka dapat bersama-sama dan benar-benar menikmati cara hidup Malaysia.
Sumber : Salleh Said Keruak
Tiga jalan perpaduan nasional

The post Toleransi Tinggi Ke Arah Keharmonian Kaum appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/18/toleransi-tinggi-ke-arah-keharmonian-kaum/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hakim Mahkamah Tinggi Tersalah Arah

Hakim Mahkamah Tinggi Tersalah Arah

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 247 hits
PUTRAJAYA Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Rayuan di sini hari ini berlaku salah arah yang jelas dan serius oleh Hakim Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana SRC Int...
Warung Kasih Kisah Toleransi Umat Katolik Jember Mendukung Ibadah Puasa Kaum Muslim

Warung Kasih Kisah Toleransi Umat Katolik Jember Mendukung Ibadah Puasa Kaum Muslim

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 317 hits
Bulan Ramadan tidak sekedar ramai diisi dengan ibadah tetapi juga praktik toleransi keberagaman Seperti yang dilakukan umat Katolik yang ada di Jember dengan membagikan menu berbuka gratis bagi umat Islam dari kelompok menengah ke bawah
Kadar Hutang Isi Rumah Tinggi Mengapa Bank Negara Masih Membuat Unjuran Positif

Kadar Hutang Isi Rumah Tinggi Mengapa Bank Negara Masih Membuat Unjuran Positif

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 222 hits
posted by AMIR WRLRUnjuran positif tinjauan fiskal Bank Negara Malaysia dan nisbah pendapatan isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahap yang sangat tinggi baru baru ini merupakan sesuatu yang kontradik dalam ekonomi negara Men...
Pasangan Mata Wang Usd Chf Bersedia Untuk Meningkat Lebih Tinggi

Pasangan Mata Wang Usd Chf Bersedia Untuk Meningkat Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 221 hits
Pasangan mata wang USD CHF diniagakan pada tahap 0 9429 dan cenderung untuk meneruskan aliran menaik Anda sudah tahu dari analisis saya sebelumnya bahawa kecenderungan tetap menaik oleh itu pasangan mata wang ini menghampiri dan mencapai ta...
Kekerasan Aparat Terhadap Sipil Di Papua Tinggi

Kekerasan Aparat Terhadap Sipil Di Papua Tinggi

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 286 hits
VOA Sebuah laporan yang disusun Perkumpulan Advokat HAM Papua dan KontraS Papua menunjukkan tren kekerasan tetap tinggi pada tahun 2020 Konsentrasi aparat keamanan dan pendekatan persoalan yang diterapkan diduga menjadi faktor Laporan berju...
Mahkamah Arah Fahmi Reza Dibebas 5 Petang Ini

Mahkamah Arah Fahmi Reza Dibebas 5 Petang Ini

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 244 hits
April 24 2021 Fahmi Reza baru baru ini menghasilkan beberapa senarai playlist Spotify yang seolah olah mengejek Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berhubung komen di akaun Instagram peribadinya PETALING JAYA Mahk...
Langkah Ke Arah Penglihatan Yang Lebih Baik

Langkah Ke Arah Penglihatan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 377 hits
Teknologi baru dalam kanta progresif menyediakan fungsi optik dan ketahanan yang tiada tandingan untuk visi yang sempurnaPeranti digital telah menakluki dunia pada kadar yang amat cepat sejak beberapa tahun kebelakangan ini seterusnya membe...
Lirik Arah Jalanmu Nagita Slavina Feat Melati

Lirik Arah Jalanmu Nagita Slavina Feat Melati

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 373 hits
Dosa dosa yang tlah terjadiHitam dalam nuraniKumemohon pengampunanmuAtas semua kesalahankuDalam kalbu aku padamuSembah sujudku untukmuBeri aku petunjuk arahmuTak lepas slalu di jalanmuDosa dosa yang
Mengapa Indonesia Memiliki Keanekaragaman Hayati Yang Sangat Tinggi

Mengapa Indonesia Memiliki Keanekaragaman Hayati Yang Sangat Tinggi

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 231 hits
Mungkin kamu pernah bertanya tanya mengapa Indonesia memiliki keanekaragaman hayati yang tinggi Kalau bahasa kerennya itu biodiversity Pasalnya Indonesia dipenuhi oleh berbagai jenis flora dan fauna Jika kamu menemukan pertanyaan seperti it...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa