Tolak Ruu Pembaharuan Semula Bandar Atau Urban Renewal Act Pemuda Pas Rancang Himpunan 14 Jun




KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menolak cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar atau Urban Renewal Act (URA) yang dikatakan boleh mengancam demografi orang Melayu di bandar.
Ketuanya, Afnan Hamimi Taib Azamuddin, berkata RUU itu berisiko mempercepatkan proses gentrifikasi yang boleh menyebabkan penduduk asal, terutama keluarga B40, terpaksa berpindah akibat peningkatan kos sara hidup dan harga rumah yang tinggi.
“RUU ini akan turut memperuntukkan kuasa yang luas kepada badan eksekutif di peringkat Persekutuan dan negeri untuk menentukan kawasan pembangunan semula tanpa jaminan mekanisme pampasan yang jelas dan adil kepada pemilik asal,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Ahli Parlimen Alor Setar itu berkata, pelaksanaan RUU itu juga berpotensi bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak rakyat terhadap harta.
“Jika tidak ditangani, secara telus dan saksama, kesan jangka panjangnya boleh menyumbang kepada polarisasi kaum di mana kawasan-kawasan elit hanya didiami oleh satu kelompok etnik manakala kaum lain tersisih akibat tekanan ekonomi dan gentrifikasi bandar,” katanya.
Menurutnya, akta berkenaan turut menurunkan nilai ambang persetujuan penghuni kepada 80 peratus bagi bangunan melebihi 30 tahun; 75 peratus bagi bangunan melebihi 30 tahun tetapi rosak; dan 51 peratus bagi bangunan rosak, strukturnya tidak selamat atau terbengkalai.
“Ini semua boleh membuka ruang kepada eksploitasi oleh para pemaju. Di mana suara minoriti dan penduduk yang tak bersetuju dengan pembangunan secara end blok boleh diketepikan.
“Sedangkan sebelum ini memerlukan persetujuan seratus-peratus untuk pembangunan semula di sesebuah tempat,” jelasnya.
Afnan berkata, Pemuda PAS tidak menolak prinsip pembangunan semula bandar yang berdaya maju dan inklusif, namun menegaskan pelaksanaan RUU itu mesti adil, telus dan tidak mengorbankan hak penduduk asal demi keuntungan sesetengah pihak.
“Pembangunan yang sebenar tidak boleh menjadi alat untuk meminggirkan atau menindas terhadap rakyat yang marhaen, khususnya golongan yang lebih lemah dan terdedah kepada risiko kehilangan tempat tinggal dan komuniti asal mereka,” terangnya.
Sehubungan itu, beliau mengumumkan Pemuda PAS Malaysia merancang akan menganjurkan satu himpunan aman besar-besaran pada 14 Jun 2025 (Sabtu petang) di Lembah Klang bagi membantah cadangan RUU berkenaan.
“Kenapa kita umumkan awal tarikh ini? Supaya seluruh rakyat Malaysia dan jentera-jentera pemuda, anak-anak muda Malaysia ini dapat membuat persediaan dan himpunan himpunan yang kecil ataupun program-program penerangan dapat dijalankan sebelum tibanya tarikh himpunan besar yang kita cadangkan pada 14 Jun 2025 itu,” katanya.
Katanya, Pemuda PAS akan berada di barisan hadapan membela nasib rakyat yang semakin ditekan dasar-dasar yang dilihat meminggirkan.
“Kami menyeru semua pihak NGO mahasiswa anak muda, orang-orang perseorangan, mana-mana badan untuk terus bersama-sama menyatakan pendirian tegas menolak rang undang-undang ini demi menjamin keadilan perbandaran dan melindungi masa depan komuniti asal di kota-kota besar negara,” katanya.
Dalam masa sama, beliau mengarahkan semua Dewan Pemuda PAS kawasan di seluruh negara menyerahkan memorandum bantahan terhadap RUU itu kepada semua Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.
“Kami berharap Ahli Parlimen, baik dari pihak pembangkang mahupun kerajaan, menerima memorandum ini dan membawa suara bantahan ke Parlimen untuk dipertimbangkan sebelum RUU ini dibentangkan,” katanya. #Harakahdaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/05/tolak-ruu-pembaharuan-semula-bandar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Bukti Pas Munafik Akta Pembahruan Semula Bandar Zaman Pas Dan Bersatu Sejak 2021 Lagi

Ini Bukti Pas Munafik Akta Pembahruan Semula Bandar Zaman Pas Dan Bersatu Sejak 2021 Lagi

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 138 hits
HarapandailyMay 8 2025 Oleh ZAIDI YUSOFF Penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar dikatakan menghalau miskin dari bandar Betulkah Mari kita dengar apa kata Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini Akta tersebut adalah p...
Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar Tanah Warisan Ini Akan Senasib Palestin

Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar Tanah Warisan Ini Akan Senasib Palestin

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 168 hits
KUANTAN Bibi Sunita Sakandar Khan menggesa seluruh rakyat khususnya umat Islam dan wanita untuk bersatu menentang Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar demi mempertahankan hak milik tanah warisan bangsa Beliau berkata himpunan bantah...
Pemuda Pas Fitnah Psb Rampas Hak Milik Rakyat Dicabar Debat Terbuka

Pemuda Pas Fitnah Psb Rampas Hak Milik Rakyat Dicabar Debat Terbuka

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 160 hits
HarapandailyPemuda Pas masih cuba membawa naratif salah dan fitnah jahat yang menanam ketakutan dalam masyarakat kononnya Pembaharuan Semula Bandar akan merampas hak milik rakyat Exco Pemuda AMANAH Nasional Fadhli Umar Aminolhuda menyifatka...
Umno Dakwa Kerjasama Politik Antara Pemuda Pas Pahang Dan Terengganu Cubaan Gugat Kestabilan Negeri

Umno Dakwa Kerjasama Politik Antara Pemuda Pas Pahang Dan Terengganu Cubaan Gugat Kestabilan Negeri

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 122 hits
KUANTAN UMNO Pahang mendakwa kerjasama politik antara Pemuda PAS Pahang dan Terengganu sebagai cubaan menggugat kestabilan pentadbiran negeri yang kini diterajui kerajaan sah dipilih rakyat Ketua UMNO Bahagian Lipis Datuk Seri Abdul Rahman ...
Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia Dakwa Jati Diri Bangsa Melayu Sedang Dilemahkan Dan Dimalukan

Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia Dakwa Jati Diri Bangsa Melayu Sedang Dilemahkan Dan Dimalukan

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 145 hits
KUANTAN Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata wujudnya satu gerakan kuat melibatkan pihak berpengaruh berkedudukan dan berjawatan yang berusaha menarik keluar jati diri seorang Melayu dalam negara ini Belia...
Pas Pun Teringin Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Ketua Pemuda Pas

Pas Pun Teringin Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Ketua Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 180 hits
PAS juga sedia kerjasama dengan Umno kata AfnanShakira BuangJika Bersatu terbuka untuk bekerjasama dengan Umno PAS juga nampaknya tiada masalah untuk turut serta selagi dasar parti itu tidak bercanggah dengannya Menyuarakan perkara itu Ketu...
Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 180 hits
Kalah di Ayer Kuning Bersatu atau Pas tinggalkan PN dulu HarapandailyAHMAD MURSISelepas Pas kalah teruk di Ayer Kuning dengan tiga peti undi kalah kepada PSM Hanya satu dari 22 peti undi Pas menang tipis PN nampaknya gelabah Dengan muka ket...
Pas Nak Tanam Kebencian Pada Polis Soal Pemuda Amanah Kepada Adun Pas

Pas Nak Tanam Kebencian Pada Polis Soal Pemuda Amanah Kepada Adun Pas

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 89 hits
Pemuda Amanah soal Adun PAS nak tanam kebencian pada polis N Faizal GhazaliPemuda Amanah Kelantan mempersoalkan kewajaran Adun Melor Wan Rohimi Wan Daud menuduh ketua polis Kelantan dan timbalan ketua polis negara mempunyai agenda politik m...
Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam Di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Nasihat Buat Rafizi Dan Nik Nazmi

Choosing The Right Oem Company In Malaysia For Your Brand S Growth

Supermono Supreme Xtr Pepo Customizes The Royal Enfield Guerrilla 450

Follow Up Di Kpj Seremban

Bts We Are Back

Tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 2025

Mof Justifies Sst On Imported Fruits Cites Sufficient Local Alternatives


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

The Ayatollahs Bluffing Is Falling Apart

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam