Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia Dakwa Jati Diri Bangsa Melayu Sedang Dilemahkan Dan Dimalukan




KUANTAN: Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, wujudnya satu gerakan kuat melibatkan pihak berpengaruh, berkedudukan dan berjawatan yang berusaha menarik keluar jati diri seorang Melayu dalam negara ini.
Beliau berkata, semua pihak kini boleh merasai keadaan itu yang disifatkan sebagai cukup ketara, termasuk melalui kenyataan-kenyataan terbuka yang memperlekeh identiti Melayu dalam pelbagai platform.
“Hari ini kita dapat rasakan. Saya sangat yakin, semua orang dapat rasakan. Seperti ada satu gerakan yang cukup kuat dalam kalangan mereka yang berpengaruh, berkedudukan dan berjawatan untuk menarik keluar jati diri sebagai seorang Melayu dalam negara kita.
“Apa kaitannya dengan Palestin? Kita kena sedar, hari ini semua orang sesuka hati boleh bercakap tentang malu menjadi Melayu. Di pentas-pentas ceramah, di hadapan masyarakat penjawat awam, secara nyata mereka menyatakan begini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Himpunan Penyatuan Ummah Pahang & Solidariti Palestin di Padang Cenderawasih, di sini malam tadi.
Menurutnya, pemimpin-pemimpin tertentu dilihat mengulang kenyataan memperkecil Melayu dan Islam seperti menyebut ‘sikit-sikit Melayu’, ‘cakap pasal Islam’, ‘cakap pasal orang berserban, berkopiah’, yang menurutnya bertujuan menjadikan orang Melayu malu dengan identiti sendiri.
Katanya, persepsi bahawa Melayu malas, penerima subsidi paling banyak, lemah dan tidak layak dalam akademik juga sedang ditanam dalam fikiran masyarakat dan anak muda Melayu.
“Apa kesannya? Kesannya, anak muda kita hilang jati diri sebagai seorang yang berbangsa Melayu. Malah menjauhi adat resam orang Melayu. Yang lebih menakutkan, apabila negara kita ini sangat sinonim menjadi termaktub dalam Perlembagaan – bila sebut Melayu, orang itu mesti Islam.
“Tapi apabila jati diri mereka dimalukan, ditarik sebagai seorang yang patut berbangga berbangsa Melayu, mereka mula menjauhi adat resam, dan yang menakutkan mereka menjauhi agama,” katanya.
Khairul Nadzir berkata, jika perkara itu tidak dicegah dan ditegah, anak muda Melayu akhirnya tidak akan lagi bercakap pasal Melayu atau mempertahankan hak mereka di tanah air sendiri.
“Kita akan melihat satu masa nanti, kalau ianya tidak dicegah dan ditegah, tidak dilawan, kita akan melihat anak muda Melayu tidak akan bercakap pasal Melayu, tidak akan mempertahankan tanah Melayu, tidak akan mempertahankan apa yang menjadi hak mereka di Tanah Melayu.
“Kerana apa? Kerana ia telah ditanam untuk malu menjadi Melayu. Kita melihat nanti perlahan-lahan anak muda menjauhkan diri daripada agama. Agama itu hanyalah berada di masjid, agama itu hanyalah berada pada bulan Ramadan, pada Hari Raya. Tapi hidup mereka tidak berteras kepada agama,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar kesedaran mempertahankan jiwa Melayu disemarakkan dalam kalangan anak muda bagi memastikan mereka terus memimpin dan menjunjung Perlembagaan yang diperjuangkan nenek moyang.
“Maka di sinilah kesedaran yang perlu ada di padang yang cukup megah ini. Kesedaran mempertahankan jiwa Melayu di kalangan anak muda supaya kita tahu mereka akan memimpin dan akan memastikan Perlembagaan yang termaktub, yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita sebelum ini untuk memastikan tanah air Melayu ini megah dengan bangsanya.
“Adakah kita menolak bangsa-bangsa lain? Tidak. Tapi kita kena sedar, bangsa Melayu ini sekarang ini sedang satu persatu dimalukan,” katanya. #Harakahdaiy
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/05/ketua-penerangan-pemuda-pas-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Tau Punya Celaka Dia Ni Jadi Ketua Penerangan Pas Jenis Main Tala Ja Ikut Suka Dia

Nak Tau Punya Celaka Dia Ni Jadi Ketua Penerangan Pas Jenis Main Tala Ja Ikut Suka Dia

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 154 hits
Ish Ish Ish Tergelak aku tengok tajuk ni budak mentah berhingus yang selalu mengarut ni desak Sebab Aku dah tengok video tu Tak ada salah apanya pun Dia bertiktok seorang diri je pun Bukannya dengan Di sorang diri je masa tu Sebab buat vide...
Pas Pun Teringin Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Ketua Pemuda Pas

Pas Pun Teringin Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Ketua Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 182 hits
PAS juga sedia kerjasama dengan Umno kata AfnanShakira BuangJika Bersatu terbuka untuk bekerjasama dengan Umno PAS juga nampaknya tiada masalah untuk turut serta selagi dasar parti itu tidak bercanggah dengannya Menyuarakan perkara itu Ketu...
Umno Dakwa Kerjasama Politik Antara Pemuda Pas Pahang Dan Terengganu Cubaan Gugat Kestabilan Negeri

Umno Dakwa Kerjasama Politik Antara Pemuda Pas Pahang Dan Terengganu Cubaan Gugat Kestabilan Negeri

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 122 hits
KUANTAN UMNO Pahang mendakwa kerjasama politik antara Pemuda PAS Pahang dan Terengganu sebagai cubaan menggugat kestabilan pentadbiran negeri yang kini diterajui kerajaan sah dipilih rakyat Ketua UMNO Bahagian Lipis Datuk Seri Abdul Rahman ...
Singapore Melayu Boleh To Pas Keep Your Dirty Fingers Away We Can Manage On Our Own

Singapore Melayu Boleh To Pas Keep Your Dirty Fingers Away We Can Manage On Our Own

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 155 hits
ONE of the losers in the recently concluded general election in Singapore is a foreign political party which tried and failed miserably to influence voters to cast their ballots along religious and racial lines The Islamist party PAS could ...
Undi Teras Pn Teguh Sokongan Tak Terjejas Kata Pemuda Pas

Undi Teras Pn Teguh Sokongan Tak Terjejas Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 105 hits
Pemuda PAS kata undi teras PN kekal sekitar 5 000 hingga 6 000 pengundi PN kali ini meraih 6 059 undi berbanding 6 812 undi yang diperoleh pada PRU 2022 PETALING JAYA Pemuda PAS menyambut keputusan PRK Ayer Kuning dengan berkata sokongan ak...
Pemuda Pas Fitnah Psb Rampas Hak Milik Rakyat Dicabar Debat Terbuka

Pemuda Pas Fitnah Psb Rampas Hak Milik Rakyat Dicabar Debat Terbuka

papar berkaitan - pada 5/5/2025 - jumlah : 160 hits
HarapandailyPemuda Pas masih cuba membawa naratif salah dan fitnah jahat yang menanam ketakutan dalam masyarakat kononnya Pembaharuan Semula Bandar akan merampas hak milik rakyat Exco Pemuda AMANAH Nasional Fadhli Umar Aminolhuda menyifatka...
Tolak Ruu Pembaharuan Semula Bandar Atau Urban Renewal Act Pemuda Pas Rancang Himpunan 14 Jun

Tolak Ruu Pembaharuan Semula Bandar Atau Urban Renewal Act Pemuda Pas Rancang Himpunan 14 Jun

papar berkaitan - pada 4/5/2025 - jumlah : 158 hits
KUALA LUMPUR Dewan Pemuda PAS Malaysia menolak cadangan Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar atau Urban Renewal Act yang dikatakan boleh mengancam demografi orang Melayu di bandar Ketuanya Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata RUU itu...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Drama Hilang Kasyorga

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Rasa Letih Dan Mengantuk Walaupun Dah Cukup Tidur

Sengaja Cederakan Kerabat Diraja Pahang Ditahan Atas Dakwaan Tikam Orang Awam

Elaun Bulanan Guru Tadika Islam Pulau Pinang Naik Rm400 Ditawar Lanjut Pengajian Secara Percuma

Rafizi Dan Prinsip Prinsip Mesti Konsisten Tak Boleh Bertukar Tukar Kata Rafizi

Labubu Craze The Plush Toy Phenomenon Redefining Pop Culture Collectibles

Ziell Ferdian Kuhentikan Tangisku Chord