Tolak Lamaran Rm20 Juta Ini Alasan Padu Dia A Aida
Enggan berkongsi kasih dan dimadukan, A Aida mend@kwa dia sanggup menolak “lamaran” bernilai RM20 juta daripada seorang lelaki yang ingin menjadikannya isteri nombor dua.
Kata penerbit drama popular itu, sememangnya dia akan menolak lamaran sedemikian kerana enggan mengambil risiko untuk jatuh hati pada seseorang yang berstatuskan suami orang.
“Sejujurnya, memang betul ada beberapa lelaki nak masuk meminang. Sampaikan ada seorang tu ingin melamar dengan buat transaksi wang RM20 juta ke dalam akaun saya sekiranya bersetuju berkahwin dengan dia.
“Tapi dia bukanlah orang bujang sebaliknya lelaki yang sudah berkahwin, dan dia mahu menjadikan saya sebagai isterinya yang kedua.
“Justeru, saya terpaksa menolak lamarannya itu secara baik,” katanya ketika ditemui pada majlis Mikaseries by Zoey Rahman di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur hari ini.
Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang itu berkata demikian ketika ditanya siapakah gerangan yang berjaya menambat hatinya selepas kembali solo sejak tahun lalu.
Dia mend@kwa kejadian dilamar itu baru saja berlaku, iaitu sekitar tiga bulan lalu.
Katanya lelaki berkenaan berhasrat untuk menambah nilai wang tawarannya jika jumlah yang ditawarkan itu masih belum mencukupi.
Rasa tak layak bermaduBagaimanapun, tawaran berkenaan tetap ditolak Aida kerana yakin lelaki yang kaya-raya bukanlah kriteria calon suami yang dicarinya.
“Lebih selesa untuk berkawan saja sekarang, tapi dalam pada berkawan tu juga saya menjadi semakin terbiasa menjalani rutin kehidupan sekarang, pergi pejabat, balik rumah tulis skrip dan berehat tenangkan fikiran cari ilham di beranda.
“Namun, jika berjodohan, saya tak cari lelaki kaya pun. Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dunia dan akhirat,” katanya.
Penerbit Andainya Takdir itu sebelum ini pernah berkahwin empat kali. Perkahwinan pertamanya ialah dengan vokalis kumpulan Spring, Ameng, pada 1994 dan rumah tangga mereka berkekalan selama sembilan tahun.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Wan Az Aleesa, 23, dan Wan Azevanatassha, 18.
Aida, 50, juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis, namun butiran mengenai perkahwinan keduanya itu tidak dijelaskan.
Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan seorang lagi anggota polis, Sufian Sulaiman, pada 2007, namun berpisah enam tahun kemudian. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 12.
Dan 18 Jun tahun lalu, Aida rasmi bercer4i talak satu selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ariff Aziz.
Bagi Aida, tidak wajar untuknya menjadi isteri nombor dua selepas bersusah-payah dia ‘memasang badan’.
“Macam mana pun, saya bagitau pada dia, saya tak rela dan tak suka bermadu sebab tak rasa layak dimadukan.
“Penat saya jaga badan, boleh kalah anak dara sebab pergi ke gim setiap hari. Takkan saya nak bermadu.
“Tapi kalau terjumpa lelaki bertubuh sasa atau sado, saya tak menolak, dia tak ada wang pun tak apa,” katanya sambil tertawa.
A Aida nak ‘sado’ sampai tua“KALAU boleh apabila berusia 60 tahun nanti pun saya mahu kelihatan ‘sado’,” kata penerbit drama, Datuk A Aida, 49, yang kini giat melakukan senaman di gimnasium bagi mendapatkan bentuk tubuh sasa dan ‘six pack’.
Aida berkata, dia mahu mendapatkan semula bentuk tubuh ketika zaman remaja.
“Kalau nak tahu sejak remaja lagi saya memang suka ke gimnasium. Kemudian, saya berhenti tapi kembali altif sejak beberapa tahun ini. Fokus saya sekarang mahu mendapatkan semula bentuk tubuh ketika remaja,” katanya.
Aida berkata, dia mengambil inspirasi daripada selebriti Hollywood yang kebanyakannya mengamalkan cara hidup sihat.
Menurut Aida, bentuk tubuhnya ketika remaja adalah seperti watak Lara Croft dalam filem Tomb Raider lakonan Alicia Vikander. Jadi, tidak ada masalah untuk dia mendapatkan semula bentuk badan begitu semula.
“Saya tidak mahu apabila umur kian meningkat, badan pun menggelebeh,” katanya.
Aida berkata, bentuk tubuh dimiliki sekarang membuatkan dia lebih yakin selain penampilan yang tampak lebih menarik.
Dalam masa sama, Aida mahu memberi inspirasi kepada wanita supaya mementingkan penjagaan tubuh dan kesihatan.
“Saya bukannya nak dapatkan tubuh seperti lelaki tapi lebih kepada bentuk ideal wanita. Apabila kita berpakaian pun kelihatan cantik dan terletak saja.
“Selain itu saya tidak mahu dijangkiti penyakit. Doktor memaklumkan bersenam dan menjaga pemakanan adalah ub4t segala peny4kit. Jadi, saya tak nak ada darah tinggi, kencing manis dan lain-lain. Itu yang doktor selalu pesan. Alhamdulillah, sampai sekarang saya sihat. Paling penting juga, apa saya buat sekarang ini memberi inspirasi kepada orang lain termasuk dua anak perempuan saya. Ramai rakan artis wanita dan lelaki yang mahu ikut sama dan saya menjadi jurulatih mereka,” katanya.
Aida turut berpesan kepada wanita lain bahawa penjagaan kesihatan dan bentuk badan sangat penting.
“Untuk wanita, mari kita sama-sama jaga badan. Jangan apabila usia makin meningkat, kita tidak ‘fit’. Seperti kelapa, makin lama makin banyak santan. Begitu juga wanita. Walaupun berusia, tapi badan mantap dan sihat. Biar kita ada kelebihan di situ,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber: https://ift.tt/35xeRt7
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2020/09/tolak-lamaran-rm20-juta-ini-alasan-padu.html