Tolak Kerjasama Dengan Pn Keputusan Ph Bukan Pendapat Peribadi Rafizi







Keputusan menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) merupakan kata sepakat yang diambil dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH) terkini, bukannya keputusan peribadi mana mana pemimpin.

Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, tindakan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meremehkan kenyataan beliau menunjukkan perangai sebenar pemimpin PN yang tidak menghormati keputusan parti parti gabungan.

Tegas Rafizi, PN sebelum memang ini pakar dalam hal merundingkan keputusan bersama beberapa kerat pemimpin tanpa melibatkan parti parti lain sehingga terjadinya Langkah Sheraton pada 2020.

"Mereka pakar bab-bab runding belakang. Pendirian rasmi parti lain mereka tidak hormat atau terima kerana mereka percaya boleh berurusan dengan watak-watak tertentu yang sama berkepentingan seperti mereka.

"Mereka bangga dengan budaya runding belakang yang membelakangi parti-parti lain ini kerana budaya inilah yang membolehkan Muhyiddin jadi Perdana Menteri. Mereka tidak hormat soal mandat, pilihan rakyat atau pilihan akar umbi parti. Mereka tidak hormat demokrasi.

"Keputusan untuk memberi noktah kepada sebarang perbincangan bekerjasama dengan PN ini merupakan keputusan Majlis Presiden PH yang terakhir. Keputusannya ialah PH akan menguatkan gabungan ini dan masuk PRU15 sebagai PH. Noktah," kata Rafizi dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sekiranya ada satu dua orang pimpinan dari parti-parti dalam PH yang masih mahu berbincang dengan PN, itu adalah pandangan peribadi mereka.

Malah jika Muhyiddin mengharapkan ada Azmin kedua dalam PH maka beliau tidak akan bertemu lagi watak sedemikian lagi setelah PH dibersihkan.

Selain itu, Rafizi juga menempelak tujuan sebenar kerjasama PN kerana bukan dibuat atas tujuan menyelamatkan rakyat sebaliknya lebih kepada menjaga kerusi yang mungkin bakal hilang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Mantan Ahli Parlimen Pandan itu juga berkata, rekod pentadbiran PN tidak baik dan hanya akan merosakkan potensi kemenangan mana mana gabungan yang bekerjasama dengan mereka.

"Semasa watak-watak yang kini menjadi menteri PN berada dalam kerajaan PH dahulu, watak inilah yang mengundang kekecewaan rakyat terhadap PH.

"Azmin Ali gagal sebagai menteri ekonomi, sumbangan terbesar Redzuan Yusof (Pak Wan) hanyalah idea kereta terbang. Sehingga sekarang PH dipersalahkan atas kebodohan idea watak-watak PPBM yang kini berada dalam PN.

"Seorang lagi watak PN, Rina Harun dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar yang mengawal agensi-agensi penting yang sepatutnya boleh mengubah kehidupan rakyat di desa. Sehingga sekarang, tidak ada sebarang idea baru yang pernah diketengahkan Rina. Yang hanya berubah penampilan Rina, rakyat desa hidupnya sama.

"Semua menteri-menteri besar dari PPBM kecundang dan sudah dilupakan kini. Tidak ada seorang pun menteri-menteri besar PPBM yang pentadbirannya ada kesan berpanjangan kepada rakyat," katanya.

Manakala alasan Muhyididn bahawa negara perlu diselamatkan dari Umno dan BN sebagai alasan utama untuk berkerjasama bolehlah dianggap hipokrasi.

Menurut Rafizi, Muhyiddin sendiri menerima ahli-ahli Parlimen Umno yang terpalit dengan rasuah masuk ke PPBM demi untuk beliau menjadi Perdana Menteri, mana mungkin beliau mahu menyelamatkan negara daripada Umno.

"Konon Muhyiddin takut dengan kerosakan yang akan dibawa Umno, tetapi Muhyiddin dan PN juga yang membentuk kerajaan bersama-sama Umno. Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan sekarang bukan dari PH, mereka dari Umno.

"Lebih baik Muhyiddin menyatakan secara terbuka PN ingin bekerjasama dengan PH demi kepentingan peribadi dan kuasa, bukan untuk kepentingan negara sebab kami tidak bodoh. Kami mungkin muda tapi kami tidak bodoh.

"KEADILAN dan PH akan terus meyakinkan rakyat melalui usaha kami menentang rasuah, membasmi politik kebencian perkauman dan membawa idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah rakyat," katanya lagi.

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/tolak-kerjasama-dengan-pn-keputusan-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Keputusan Ph Bukan Sekadar Pandangan Peribadi Saya Rafizi Bidas Muhyiddin

Ini Keputusan Ph Bukan Sekadar Pandangan Peribadi Saya Rafizi Bidas Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 169 hits
freemalaysiatoday com August 30 2022 2 45 PMRafizi Ramli mengingatkan Muhyiddin Yassin agar tidak memandang rendah pemimpin yang lebih muda sepertinya PETALING JAYA Rafizi Ramli membidas kenyataan Muhyiddin Yassin yang menyifatkan kenyataan...
Keadilan Tolak Sebarang Kerjasama Dengan Pn Najwan

Keadilan Tolak Sebarang Kerjasama Dengan Pn Najwan

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 140 hits
KEADILAN Shah Alam menyambut baik kenyataan tegas Timbalan Presiden KEADILAN Mohd Rafizi Ramli semalam yang menolak sebarang usaha membentuk kerjasama politik dengan Perikatan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut Timbalan Ketu...
Siti Nordiana Akur Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan 2 Individu Batal Saman

Siti Nordiana Akur Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan 2 Individu Batal Saman

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 213 hits
Kes saman Siti Nordiana Alias atau lebih mesra disapa Nana yang sudah setahun dijalankan nampaknya masih berlarutan sehingga ke hari ini Terdahulu penyanyi dan pelakon ini memfailkan saman ke atas lima individu termasuk dua rakan seperjuang...
Tiada Kerjasama Dengan Pn Menang Kalah Belakang Kira Rafizi

Tiada Kerjasama Dengan Pn Menang Kalah Belakang Kira Rafizi

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 131 hits
malaysiakini comTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata Pakatan Harapan tetap tidak perlu mewujudkan kerjasama dengan Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Rafizi berkata perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat ...
Cops To Summon Rafizi Over Lcs Claims Against Minister

Cops To Summon Rafizi Over Lcs Claims Against Minister

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 208 hits
Police will summon PKR deputy president Rafizi Ramli over a report lodged against his allegedly defamatory statements linked to Minister in the Prime Minister s Department Abdul Latiff Ahmad Sentul police chief Beh Eng Lai confirmed receivi...
Cops Confirm Report Lodged Against Rafizi Over Lcs Claims

Cops Confirm Report Lodged Against Rafizi Over Lcs Claims

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 250 hits
Police have confirmed that a police report has been lodged against PKR deputy president Rafizi Ramli This follows Rafizi s comments on Minister in the Prime Minister s Department Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad over the littoral combat ship sca...
Pkr S Rafizi Claims Politicians In Panic Mode Interfering With Lcs Probe

Pkr S Rafizi Claims Politicians In Panic Mode Interfering With Lcs Probe

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 151 hits
During the course of the police taking my statement I hope that the same action will be accorded to Dr Abdul Latiff at a police station PKR deputy president Rafizi Ramli called on politicians to refrain from pressuring and interfering with ...
Rafizi Hadir Jam 3 Petang Di Ipd Sentol

Rafizi Hadir Jam 3 Petang Di Ipd Sentol

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 127 hits
Saya telah dipanggil polis untuk dirakam kenyataan berikutan laporan polis yang dibuat oleh minggu ini Saya akan hadir pada jam 3 petang ini di IPD Sentul Saya harap pihak polis juga bertindak secepat mungkin untuk menyiasat laporan yang di...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba