Tolak 20 Tapi Tuntut 373 Itu Sangat Tamak Namanya




Perebutan jawatan dalam kerajaan negeri Selangor antara UMNO dengan PH nampaknya masih belum selesai.
Setelah sekian lama kecoh tidak setuju dan tiada penyelesaian, minggu lalu dikhabarkan UMNO akhirnya setuju menerima 20 lantikan ahli majlis dalam PBT di negeri itu.
Kekecohan berlaku disebabkan meski UMNO hanya menang dua kerusi saja dalam PRN Selangor baru-baru ini, tetapi parti itu mahu lebih kerusi dalam PBT, bukan setakat 20 jawatan saja.
Itulah yang menjadi punca sehingga berbulan-bulan lantikan dalam PBT di Selangor gagal dilaksanakan.
Dalam hal ini, siapa pun yang berada di tempat PH yang sudah menjadi kerajaan di Selangor sejak 2008 lagi tentu saja tidak setuju dengan tuntutan UMNO itu.
Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, kononnya sebagai jalan tengah penyelesaian, UMNO Selangor membuat ketetapan menolak sepenuhnya 20 lantikan ahli majlis dalam PBT itu.
Sebaliknya, UMNO Selangor mahu sebanyak 373 jawatan dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri itu diserahkan kepada mereka sepenuhnya.
Megat Zulkarnain Omardin dipetik sebagai berkata, keputusan itu membuktikan UMNO Selangor tidak tamak jawatan sebagaimana dakwaan yang didakwa banyak pihak.
“Keputusan sudah dicapai, kita serah semula semua jawatan ahli majlis yang telah ditawarkan kepada UMNO untuk diisi PH kerana kita menghormati parti itu yang menguasai kawasan bandar.
“Kita mahu PH menjaga bandar dan UMNO menjaga kawasan kampung,” katanya lagi.
Apa kata Megat Zulkarnain itu boleh ditonton di sini –
Ehhh…biar bebenor ni Megat?
Macam mana beliau boleh tafsirkan UMNO sebagai tidak tamak hanya kerana sanggup menyerahkan 20 lantikan ahli majlis PBT, tetapi menuntut semua 373 dalam JPPK?
Menolak 20, namun meminta 373 itu sebenarnya bukan saja tamak, bahkan sangat sangat sangat tamak.
Lainlah kalau tolak 373, tapi hanya minta 20 jawatan saja?
Atau pun, sementara menolak 20 jawatan ahli majlis PBT, sesuai dengan hanya dua kerusi Dun saja dimenangi parti itu, UMNO juga sedia menyerahkan sebahagian besar jawatan dalam JPPK kepada PH.
Jika itu dilakukan, barulah namanya tidak tamak dan memahami persahabatan.
Tolak jumlah yang kecil, di waktu yang sama menuntut jumlah yang lebih besar, ini benar-benar persahabatan yang tidak masuk akal.
Jarang dibuat orang jenis persahabatan seperti ini.
Lagi pula, dengan menuntut semua 373 jawatan itu, takkan UMNO mahu membolot dan menguasai semua JPPK di Selangor?
Logikkah dengan dua kerusi Dun saja mampu dimenangi, tiba-tiba mahu bolot menjaga semua kawasan luar bandar di Selangor?
Kalau UMNO mahu membolot semua JPPK di Selangor, bagaimana dengan PKR dan Amanah yang menang banyak kerusi Dun?
Apakah peranan PKR dan Amanah mahu diketepikan begitu saja dari segi kepentingannya di kampung-kampung Melayu di Selangor?
Megat Oh Megat…belajar-belajarlah tengok cermin!!! – ShahbudinHusin 21/01/2024






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/tolak-20-tapi-tuntut-373-itu-sangat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tebu Teruk Perah Manual Tapi Sangat Puashati

Tebu Teruk Perah Manual Tapi Sangat Puashati

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 316 hits
5 batang tebu yang dah hampir 9 bulan usianya telah ditebang Ukurannya sekitar 9 kaki lebih setiap batang dan dipotong kepada 3 atau 4 bahagian pula untuk proses mengikis kulitnya Pengikis atau peeler pula digunakan untuk membuang kulit teb...
Megawati Kekuasaan Itu Enak Tapi Kalau Saya Sudah Harus Berhenti Ya Berhenti

Megawati Kekuasaan Itu Enak Tapi Kalau Saya Sudah Harus Berhenti Ya Berhenti

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 229 hits
Menjelang pemilu 2024 Megawati mengajak seluruh rakyat Indonesia bahwa pemilu itu adalah untuk rakyat sendiri
Airlangga Minta Warga Terimakasih Ke Jokowi Timnas Amin Bansos Itu Dari Negara Untuk Rakyat

Airlangga Minta Warga Terimakasih Ke Jokowi Timnas Amin Bansos Itu Dari Negara Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 181 hits
Ia pun berjanji apabila pasangan Anies Muhaimin menang dalam Pilpres 2024 Maka jumlahnya akan lebih besar dan ditingkatkan
Pernah Dikecam Selit Unsur Benci Islam Ini Cara Marry My Husband Selesaikan Isu Itu

Pernah Dikecam Selit Unsur Benci Islam Ini Cara Marry My Husband Selesaikan Isu Itu

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 341 hits
Nampaknya Marry My Husband berjaya melepasi satu kontroversi yang mungkin menyebabkan ianya diboikot ARTIKEL BERKAITAN Sebelum ini rata rata pembaca webtoon asal drama berkenaan telah menggesa semua peminat Muslim K Drama agar tidak menonto...
Apa Itu Ejection Fraction

Apa Itu Ejection Fraction

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 363 hits
APA ITU EJECTION FRACTION 1 Kebolehan jantung mengepam darah setiap kali berdegup dapat diukur dengan kaedah echocadiogrphy 2 Dengan ini jantung yang mengalami kegagalan dapat dikenalpasti 3 Kebolehan jantung mengepam diukur dan dikira dala...
Kenapa Kemiskinan Menjadikan Seseorang Itu Pengotor Ini Jawapannya

Kenapa Kemiskinan Menjadikan Seseorang Itu Pengotor Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 214 hits
Dalam satu teguran yang dilakukan secara terbuka Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin Beliau telah menitipkan kritikan terhadap satu fenomena yang dapat dilihat di negeri Perlis Sekitar bulan Mei tahun 2020 kumpulan rombongan yang ...
Jauhilah Prasangka Kerana Prasangka Itu Sejahat Jahat Percakapan

Jauhilah Prasangka Kerana Prasangka Itu Sejahat Jahat Percakapan

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 120 hits
Abu MishkatApabila beliau dituduh membawa ajaran liberal untuk menolak ulama ASWJ saya terdorong untuk mengenalinya secara lebih dekat Rupanya beliau menulis bukunya yang bertajuk Islam Authoritarianism and Underdevelopment A Global and His...
Sprm Turun Siasat Penggunaan Rm 3 Juta Itu

Sprm Turun Siasat Penggunaan Rm 3 Juta Itu

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 174 hits
Learry Jabul Rasanya untuk mengelak masyarakat membuat spekulasi liar terhadap isu ini maka SPRM harus la terlibat dalam melakukn siasatan terhadap penggunaan Dana RM3 juta tersebut
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selepas Setahun Elfira Loy Kongsi Catatan Persediaan Ibadah Haji

Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi

Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru