Tokoh Penting Akan Dicalonkan Di Parlimen Tambun Chang Lih Kang






 Parlimen Tambun yang dikhinati oleh pemimpin Bersatu akan dirampas kembali oleh Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang akan diadakan pada bila bila masa.

Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak, Chang Lih Kang dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Tambun, malam tadi.

Menurut Lih Kang, seorang tokoh penting akan dicalonkan di kerusi Tambun bagi menentang Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mohd Faizal Azumu.

"Parlimen Tambun kerusi yang amat penting. Sebab di sini mandat rakyat dikhianati, itu sebabnya kerusi Tambun sangat penting dan saya beri jaminan PH akan menawarkan seorang tokoh besar untuk menawan balik Parlimen Tambun," katanya.

Naib Presiden KEADILAN itu menegaskan beliau tidak boleh menyatakan lebih lanjut mengenai tokoh yang dimaksudkan, dan berharap sesiapa sahaja yang diturunkan perlu disokong padu sehingga menang di kerusi tersebut.

Dalam pada itu, Lih Kang mengecam Presiden Umno yang juga berasal dari Perak, Ahmad Zahid Hamidi yang terus berdegil untuk memaksa Perdana Menteri mengadakan PRU ke 15 pada musim tengkujuh.

Katanya, 10 juta rakyat Malaysia berkemungkinan akan mengharung banjir dan tidak dapat digambarkan PRU diadakan pada waktu segenting itu.

"Jabatan Meteorologi meramalkan tahun ini hujan lebih lebat dan bajir lebih teruk. Dijangka 10 juta rakyat Malaysia akan jadi mangsa banjir

"Dalam keadaan macam ini, Zahid Hamidi dan Umno nak adakan PRU. Buta perut kah dia?

"Apa tujuan adakan PRU? Kenapa nak adakan tahun ini juga? Zahid ini Ahli Parlimen tak banyak, pertuduhan rasuah yang banyak. Ada 47 pertuduhan, lebih banyak daripada Ahli Parlimen dia.

"Dia nak adakan PRU tahun ini supaya kalau Umno menang besar, dia boleh bebas dan jadi PM. Confirm dia tak bagi Ismail (sebagai PM), sebab Mail Naib Presiden (Umno) sahaja," katanya.

Oleh itu kepada penduduk Parlimen Tambun yang rasional, Ahli Parlimen Tanjung Malim itu merayu agar mereka tidak lagi membenarkan BN atau PN berkuasa.

Selain daripada kerajaan tidak stabil, BN atau PN juga katanya akan meneruskan tradisi sakau wang rakyat sehingga negara muflis.

"Saya merayu kepada tuan puan, kali ini kita kena cerdik, jangan bagi orang yang rasuah macam ini bermaharajalela lagi.

"Dulu kes Najib semua orang ada bukti kata dia rasuah. Tetapi dia nafi. Orang yang nasihatkan dia, disiasat, semua dia pecat. Muhyiddin dia pecat, Shafie Apdal dia pecat. Peguam Negara dia pecat.

"Tetapi 2018 mujurlah rakyat buat pilihan yang tepat. Polis geledah rumah dia, dapat 72 beg. 35 beg penuh wang tunai, RM114 juta. Orang paling kaya di dunia pun tak simpan banyak itu dalam rumah dia.

"37 beg lain beg tangan mahal, ada jam tangan mahal. Semua nilai lebih kurang RM1 bilion.

"RM1 bilion cukup untuk negeri (belanjawan) Perak dalam setahun, dia simpan dalam rumah. Masa itu rakyat buka mata, rupanya skandal Najib ini betul.

"Kali ini kita kena bersiap sedia. Demi masa depan anak cucu kita, kalau berlaku PRU dalam masa terdekat saya merayu bagi sokongan padu kepada PH," katanya lagi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/tokoh-penting-akan-dicalonkan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Nak Bubar Parlimen Hari Ini

Umno Nak Bubar Parlimen Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 391 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang diadakan sebagai persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO ...
Perjumpaan Raksasa Umno Terakhir Sebagai Referendum Minta Bubar Parlimen

Perjumpaan Raksasa Umno Terakhir Sebagai Referendum Minta Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 263 hits
agendaily com04 10 2022Ahli ahli UMNO hadir Taklimat Khas Presiden sebelum ini Petang hari ini UMNO sekali lagi mengadakan perjumpaan raksasa dengan semua Ketua Bahagian sayap Pemuda Wanita dan Puteri di markas mereka Dewan Tun Hussein Onn ...
Lucu Nak Mampos Banduan Dalam Penjara Nak Bahas Dasar Dan Undang Undang Di Parlimen

Lucu Nak Mampos Banduan Dalam Penjara Nak Bahas Dasar Dan Undang Undang Di Parlimen

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 203 hits
The main question is how and why a convicted criminal who has already been thrown into jail still remain a Member of Parliament According to the former Attorney General Tommy Thomas a convicted criminal who is sitting inside jail cannot app...
Kenapa Pembubaran Parlimen Kini Diulas Secara Terbuka

Kenapa Pembubaran Parlimen Kini Diulas Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 314 hits
PM kena sedar ia dimulakan semasa MoU dengan Pembangkang Kemudiannya diikuti ramalan oleh semua pihak Yang PALING meratib adalah umno sendiri PM kena cermin diri Terakhir apabila PM layan meeting top5umno yang fokus kepada tarikh pembubaran...
Banduan Pekan Nak Masuk Parlimen Pulak

Banduan Pekan Nak Masuk Parlimen Pulak

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 307 hits
Najib makes a mockery of our prison system On any working day you will see prisoners being brought to court for their pending cases They are attired in an all white prison uniform handcuffed and accompanied escorted by one warden sometimes ...
Parlimen Eropah Lulus Peraturan Port Pengecasan Tunggal Apple Mungkin Terpaksa Akur

Parlimen Eropah Lulus Peraturan Port Pengecasan Tunggal Apple Mungkin Terpaksa Akur

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 344 hits
Parlimen Eropah kini telah meluluskan peraturan baharu yang akan memperkenalkan port pengecasan tunggal di Kesatuan Eropah Ianya terpakai bagi port pengecasan telefon mudah alih tablet dan kamera menjelang tahun 2024 suggest Undian yang dib...
Sepatutnya Baling Ja Kasut Ke Ahli Parlimen Ni Ha Ha Ha

Sepatutnya Baling Ja Kasut Ke Ahli Parlimen Ni Ha Ha Ha

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 300 hits
Antara kawasan pertama yang dilanda banjir tahun ini ialah kawasan Setiausaha Agong UMNO DS Ahmad Maslan Talk about signs Katakan lah kepada orang Pontian suruh mereka keluar mengundi Parlimen nak bubar Takut dicampak kasut jua LM
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara

Emas Sasarkan Rekod Tertinggi

Rindu Yang Diam Diam Berdoa