Tok Nenek Opah


Siapa pernah tinggal dan tidur dengan Tok atau Nenek malah sesetengah tempat dipanggil Opah. Tok dahulu jauh berbeza dari Tok zaman sekarang, baik dari gaya hidup dan personalitinya. 
Tok atau Tok Wan waktu dahulu kebiasaannya hidup daif dgn fizikalnya sangat tua. Jarang memakai baju, hanya berkembang dgn batik dan pelikat lusuh serta berkain cukin atau semutar bagi yg lelaki (Tok Wan). Biasanya 'kesaq' atau bau badan Tok akan berbau sirih pinang dan curut. Sukar utk digambarkan bauan tubuh badan insan yg daif tetapi tersangat kaya dgn kasih sayang itu

Dapat tinggal dengan Tok atau Tokwan adalah suatu kenangan yg sangat indah yg sama sekali tidak ada dijual beli dimini market atau digedung batu yg mewah. Pengalaman itu mahalnya tiada bergalang ganti. Apalagi kalau dapat tidur sekelambu dengan Tok, hangatnya pelukan kasih sayangnya tiada terkata, setiap kali kita hampir terlelap Tok akan mengusap kepala dgn usapan selembut salju. Tangannya kasar bergerutu dan berbau minyak angin. Lenganya dilingkari otot dan urat hijau yg berselirat, itu tandanya betapa kudratnya yg ditelah diperah sepanjang hayat hidupnya demi membesarkan mak ayah kita sehinggalah lahirnya kita kedunia ini. Tok terus meneruskan kasih sayang yg berbaki kpd cucu-cicitnya pula. Tok juga akan mengambil alih membela cucunya kiranya cucu-cucu menjadi anak -anak yatim yg kehilangan ayah dan ibu. Pengorbananya seakan tidak terhenti sehinggalah hayatnya terhenti

Setiap kali masuk kelambu, Tok akan memastikan tiada nyamuk yg terperangkap didalam kelambu, dengan diterangi cahaya pelita minyak tanah, Tok akan memeriksa disetiap bucu bantal kabu dan kelambu ,melihat dengan teliti kalau-kalau ada pijat yg bersarang. Tok akan memicit pijat, bau pijat agak tengik dan merengsakan lubang hidung. Semua itu Tok lakukan demi kasih sayangnya kepada cucunya yg dipanggil Awang atau Mek

Tok tak punya tilam spring tebal sekaki, yang ada cuma lembik kabu. Itupun Tok jahit sendiri dari perca-perca kain terbuang, Tok sambung dan jadikan sebagai pembalut kabu. Sehelai gebar bercorak petak-petak yg lusuh dan kusam itu saja utk membaluti tubuhnya dan cucu dari kedinginan malam yg mencengkam. Hangat tubuhnya menghilangkan dingin. Tok melayari mimpinya tentang anak dan cucu yg selalu bermain diruang matanya yg semakin kabur. Namun kasih sayang tidak pernah luntur..

Kalau tidak mencari pijat dan nyamuk sebelum tidur, Tok akan bersila diluar kelambu sambil menggobek pinang dan menghisap curut dibawah bias cahaya pelita yg melintuk-liuk diusik angin malam yg menerobos dari celah dinding papan yg meleweh renggang. Tok ibarat jelapang kasih sayang tempat menyimpan manja diwaktu kecil. Mereka adalah teratak utk disandarkan kasih sayang.

Apapun insan-insan ini telah pergi mendahului kita. Mereka pulang dgn meninggalkan rasa rindu yg teramat dihati kita. Hati yg pernah mereka belai dan manjakan dgn sepenuh jiwa raga. Kita tidak mungkin dapat meneroka apa yg bermain dikotak pemikiran mereka ketika melewati usia senja mereka, ketika mereka menanti waktu-waktu kepulangan... 
Al-Fatihah utk mereka

FazliaRamliLiya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2024/04/tok-nenek-opah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nestapa Nenek Amsiah Lagi Pules Tidur Tertimpa Atap Ambruk Dan Meninggal Dunia

Nestapa Nenek Amsiah Lagi Pules Tidur Tertimpa Atap Ambruk Dan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 70 hits
Hujan disertai angin kencang di Depok menyebabkan sejumlah rumah mengalami karena ambruk
Nenek Pengumpul Daun Kering Rupanya Hartawan

Nenek Pengumpul Daun Kering Rupanya Hartawan

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 50 hits
KOSMOSeorang warga emas yang disangka pengumpul daun mengejutkan ramai netizen rupanya hartawan yang memiliki sebuah rumah mewah bagaikan istana TIKTOK misterkonde3JAKARTA Seorang warga emas yang disangka pengumpul daun kering rupanya harta...
Jem Otak Ayah Nak Pakai Gigi Palsu Nenek Gelagat Anak Achey Buat Ramai Terhibur

Jem Otak Ayah Nak Pakai Gigi Palsu Nenek Gelagat Anak Achey Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 75 hits
Anak kesayangan pelawak Achey semamgnya selalu tampil dengan aksi dan gelagat yang tidak sangka sangka Jika dulu anak kesayangannya Tiara Ziniriah ini pernah berjalan dengan tiang tol yang tersangkut dirambutnya kali ini Tiara sekali lagi m...
10 April 2024 Cukup Sebulan Pemergian Arwah Tok

10 April 2024 Cukup Sebulan Pemergian Arwah Tok

papar berkaitan - pada 14/4/2024 - jumlah : 108 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H genap sebulan pemergian arwah tok Sekejap saja dah masuk sebulan rasa macam arwah tok baru sahaja pergi Nak tak nak kena redha dengan ketentuan Allah SWT Dia hanya p...
Kenapa Tok Dor Tak Hadir

Kenapa Tok Dor Tak Hadir

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 49 hits
MSOSemasa mengumumkan calon PN pirake KKB malam tadi Presiden tidak hadir timbalannya juga tak kelihatan Yang mewakili Pas Sanusi bin Mohd Noor dan Idris Karat Kenapa kedua pemimpin tertinggi Pas itu tak hadir dan tidak kelihatan di majlis ...
Tok Mat Undertakes 3 Day Official Visit To China

Tok Mat Undertakes 3 Day Official Visit To China

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 75 hits
Foreign Minister Mohamad Hasan is undertaking an official visit to China from April 23 to 25 his first since he assumed office in Dec 2023 The Foreign Ministry in a statement Tuesday said the minister will meet with his counterpart Wang Yi ...
Bn Parties Must Assist Unity Govt Candidate In By Election Says Tok Mat

Bn Parties Must Assist Unity Govt Candidate In By Election Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 72 hits
Barisan Nasional component parties are required to help any candidate representing the unity government in the Kuala Kubu Baharu by election says BN deputy chairman Mohamad Hasan He said this is because BN respects the time honoured system ...
Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Bila Duit Nak Masuk



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke

First Impressions Make A Powerful Impact With A Creative Digital Business Card

Restoran Di Jepun Buang 25 Set Nasi Lemak Kena Tipu Ejen Dari Malaysia

Kumpulan Pro Palestin Kecam Kehadiran Syarikat Bekal Senjata Kepada Israel

Prk Kkb Boleh Tak Umno Tarik Undi Melayu