Tok Mat Jangka Pru15 Akhir Tahun 2020


Sinar Harian Mohamad meramalkan hasil jalinan kerjasama dengan Pas, gabungan itu mampu merampas empat negeri yang dikuasai kerajaan PH. -Gambar fail 

RAWANG: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diramal berlangsung pada akhir 2020 iaitu lebih awal daripada penggal kerajaan PH tamat, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau juga menjangkakan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya memulangkan mandat kepada rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin menerusi PRU.

“Tuan-tuan dan puan-puan janganlah ingat pilihan raya lama lagi; jangan ingat pilihan raya lagi empat tahun.

“Saya jangkakan PRU15 tak lama lagi, tapi bukanlah tahun ini; habis lama pun penghujung tahun depan (2020).

"Sudah bersediakah kita? Kita mesti siap sedia, fikir, runding elok-elok dan semestinya kita akan rombak semula untuk pembahagian kerusi antara BN, Pas dan parti-parti lain yang bersama kita,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selayang, di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua Pas Selayang, Mohd Zaidy Abdul Talib dan ahli-ahli Pas Selayang.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau memberitahu, pada kempen di PRK Sandakan bulan lalu, beliau pernah menyebut ramalan Dr Mahathir tidak akan menyerahkan tampuk kuasa kepada Anwar dan andaiannya itu dibidas oleh veteran DAP, Lim Kit Siang.

“Saya saja buat umpan, sebab saya tahu Dr Mahathir sebagai seorang doktor, beliau akan potong tangan atau kaki yang ada kanser. Lepas itu terpulanglah kepada tuan punya badan untuk menguruskan kesihatan.

“Begitu juga dengan kerajaan, beliau (Dr Mahathir) akan pulangkan semula kepada rakyat Malaysia untuk pilih pemimpin. Peliknya kenapa Kit Siang melenting sehingga ajak saya bertaruh?

"Tapi, saya yakin Dr Mahathir dah baca ‘mesej’ saya, iaitu DAP terang-terangan berada di belakang Anwar,” ujar Mohamad.

Mengulas lanjut tentang PRU15, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden itu juga meramalkan hasil jalinan kerjasama dengan Pas, gabungan itu mampu merampas empat negeri yang dikuasai kerajaan PH di samping mengekalkan kemenangan di negeri Perlis, Pahang dan Kelantan.

“Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak saya yakin kita akan menang semula. Tapi Selangor saya tak dapat nak baca lagi. Hasil kerjasama dengan Pas dan beberapa parti lain, kita perlu susun strategi supaya kuat semula.

“Bagaimanapun, saya nak ingatkan rakan-rakan bukan Islam jangan bimbang, kerjasama dengan Pas ini bukan bertujuan nak perangi sesiapa. Kita nak bersatu, nak amankan Malaysia bukannya nak jadikan negara Taliban seperti didakwa sebab agenda kita nak menang,” kata beliau.

Sementara itu, beliau juga menjelaskan khabar angin yang bertiup kencang sebelum ini yang mendakwa dirinya sebagai dalang yang berusaha menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kata Mohamad, rancangan beliau untuk mengadakan ‘retreat’ dengan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO hanyalah bertujuan meminda Perlembagaan parti untuk memudahkan pendaftaran orang ramai menjadi ahli UMNO.

“Saya cadang buat retreat sehari untuk MT UMNO bahas dan bincang isu Perlembagaan parti, itu sahaja. Tak timbul soal saya mendalangi untuk menyingkirkan sesiapa. Saya kalau boleh saya nak cuti.

“Tak timbul soal nak jawatan-jawatan ini. Jadi jangan nak menuduh yang bukan-bukan yang boleh sebabkan parti jadi kucar kacir semula. UMNO dah elok, orang belum suka lagi tapi orang dah benci dengan PH,” katanya.

Mohamad menambah, beliau dipilih untuk mengemudi UMNO dan BN ibarat seperti menjadi pemandu bas yang kurang surat saman.

“Saya dipilih sebagai pemandu bas, pandu bas UMNO sebab saya tak banyak saman. Polis tak tahan saya. Kalau pemandu lain mungkin susah, asyik ditahan polis.

“Kita semua nak sampai ke destinasi yang sama iaitu menjadi kerajaan semula. Saya pandu anda semua. Sebab kita semua tahu kerajaan PH tak lama, satu penggal saja,” ujarnya berseloroh.

Mengulas perkembangan semasa politik tanah air, Mohamad sekali lagi mengingatkan pimpinan dan juga ahli UMNO agar tidak terpesona dan terpesong dalam permainan politik.

“Dia yang makan buah macang muda, apa pasal kita (UMNO) nak kena getah? Terserah kepada mereka untuk selesaikannya.

“Jangan kita terpesona dan terpesong, ini pendirian kita, tidak campur tangan masalah mereka (PH). Biar reput, jatuh sendiri, jangan dijolok,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/tok-mat-jangka-pru15-akhir-tahun-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Mat Gesa Pemimpin Ahli Pendukung Umno Tidak Terlibat Dengan Video Skandal Akhir Zaman

Tok Mat Gesa Pemimpin Ahli Pendukung Umno Tidak Terlibat Dengan Video Skandal Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 632 hits
UMNO adalah gerakan amal bakti yang dipimpin oleh kematangan dan profesionalisme Adalah menjadi amalan UMNO untuk memilih jalan yang baik dan berhikmah dalam setiap tindakan yang kita lakukan Oleh itu rentetan tersebarnya video skandal seks...
G20 Rampungkan Aturan Pajak Baru Google Cs Di Tahun 2020

G20 Rampungkan Aturan Pajak Baru Google Cs Di Tahun 2020

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 300 hits
20 menteri keuangan yang tergabung dalam G20 dilaporkan Reuters Senin sepakat menyusun aturan pajak baru untuk mengikat perusahaan perusahaan teknologi seperti Facebook
Jumaat Akhir Ramadan Anzalna Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Hadiah Raya Bermakna Tahun Ini

Jumaat Akhir Ramadan Anzalna Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Hadiah Raya Bermakna Tahun Ini

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 457 hits
Pelakon Anzalna Nasir telah selamat menimang cahaya mata lelaki Jumaat lalu Pengumuman itu telah dibuatnya bersama suami Hanif Zaki di instagram masing masing dengan memuat naik video yang cukup menyentuh perasaan Melalui perkongsian video ...
Pengusaha Bakal Gelar Pesta Diskon Belanja Dua Kali Hingga Akhir Tahun

Pengusaha Bakal Gelar Pesta Diskon Belanja Dua Kali Hingga Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 213 hits
Ketua Asosiasi Pengelola Pusat Belanja Indonesia Stefanus Ridwan mengatakan pihaknya tengah mendorong wisata belanja di Indonesia Salah satunya melalui pengadaan pesta diskon belanja di Agustus dan September seluruh mal Indonesia
Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Dalam Kenderaan Akan Diwajibkan Bermula Tahun 2020

Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Dalam Kenderaan Akan Diwajibkan Bermula Tahun 2020

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 481 hits
Penggunaan kerusi keselamatan untuk bayi dan kanak kanak di dalam setiap kenderaan akan diwajibkan bermula pada tahun 2020 bagi mengurangkan kadar kecederaan atau kematian akibat kemalangan jalan raya Penggunaan kerusi berkenaan haruslah be...
Pendaftaran Cpns 2019 Dibuka Akhir Tahun Dibutuhkan 200 Ribu Orang Ada Jatah Buat P3k Dan Honorer

Pendaftaran Cpns 2019 Dibuka Akhir Tahun Dibutuhkan 200 Ribu Orang Ada Jatah Buat P3k Dan Honorer

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 325 hits
Pendaftaran CPNS kembali dibuka oleh Kementerian Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi Republik Indonesia Melansir dari Kompas com Menpan RB Syafruddin mengatakan pendaftaran CPNS 2019 akan dibuka pada akhir tahun Kemungkina...
Tiada Lagi Aktiviti Menunggang Gajah Di Angkor Wat Menjelang Tahun 2020

Tiada Lagi Aktiviti Menunggang Gajah Di Angkor Wat Menjelang Tahun 2020

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 351 hits
Pada zaman moden ini semakin ramai pelancong tidak lagi berminat dan mahu membayar untuk melihat pertunjukkan haiwan yang dirantai atau diburu sesuka hati demi menjadi hiburan kepada pengunjung Salah satunya yang popular di abad ini adalah ...
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Readers Poll 2024 Winners Announced Practical Fishkeeping

Persiapan Sekolah Dan Perbelanjaan Asrama 2025

180 Video Belajar Iqro 1 6 Dari Yufid Tv

Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes