Tok Kenali Belajar 22 Tahun Di Makkah


 Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya.
Pemergian Tok Kenali ke Tanah Suci Mekah adalah semata-mata atas bantuan daripada sahabat dan kenalan beliau di Kota Bharu yang berjumlah kira-kira 50.00 (wang ketika itu) dan sumbangan daripada ibunya cuma 22.00. sahaja.
Kesukaran yang di hadapi Tok Kenali di rantau orang tidak dapat digambarkan lagi. Hampir tujuh bulan beliau di sana tanpa tempat kediaman yang tetap.
Semasa itu beliau menginap di serambi Masjidil Haram, Mekah, dan hanya dapat tidur serta berehat-rehat bila menjelang sesuku malam disebabkan Masjidil Haram merupakan pusat ibadat tawaf, sa’i, sembayang dan sebagainya.
Pakaiannya sederhana, begitu juga tentang pemilihan makanannya untuk menampung kekosongan di waktu pagi dan petang. Memandangkan kedudukan ini, beliau pernah ditugaskan menjadi tukang masak sementara dalam sesuatu perkelahan di wadi (lembahan) dan di pinggir bukit nan tandus.
Sebelum beliau keluar negeri dahulu, beliau telahpun mempunyai pengetahuan-pengetahuan asas dalam pelajaran-pelajaran yang telah dipelajari ketika itu.
Beliau telah pun menguasai pengetahuan bahasa Arab (nahu dan sarafnya) bagi mengikuti setiap segi jurusan pengetahuan agama di masa itu. Perkara-perkara ini adalah melayakkan Tok Kenali untuk menerima dan mengikuti pelajarannya yang sedang berkembang dewasa ini di Tanah Suci Makkah.
Tok Kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa kitab. Di samping itu juga beliau terpaksa membaca di kedai-kedai kitab dengan meminta izin tuan-tuan kedai itu untuk membaca dan menatap kitab-kitab jualannya dalam tempoh yang agak lama dengan cara yang cermat sekali.
Kitab-kitab wakaf yang ada dalam simpanan di Masjid Al-Haram juga dipergunakan untuk memahami kuliah-kuliah gurunya. Selain itu, Tok Kenali terpaksa pula meminjam kitab-kitab gurunya sendiri. Kerana kemiskinanlah agaknya, membawa Tok Kenali mengharungi lautan ilmu dan kemajuan melebihi kawan-kawannya yang lain.
Jelaslah bahawa Tok Kenali banyak sekali membaca dan menatap kitab-kitab buah tangan ulama dan para failasuf Islam yang telah dan sedang tersebar di dunia Islam dewasa itu.
Beliau juga mempunyai sifat suka bertanya dan mengkaji pelajarannya sebelum pelajaran itu di ajar oleh gurunya dengan mengadakan perbandingan-perbandingan sendiri dan pergalaman sendiri.
Banyak membaca dan banyak membuat kajian adalah merupakan faktor-faktor besar dalam perkembangan ilmu seseorang pelajar atau siswa.
Antara guru-guru di Masjid yang namanya banyak disebut-sebut oleh Tok Kenali ialah Tuan Guru Wan Ahmad atau nama penuhnya Wan Ahmad bin Muhammad Zain yang terkenal sebagai seorang pengarang sesudah nama Syaikh Daud Patani.
Kepada guru inilah Tok Kenali mendapat bimbingan dan bantuan baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun penghidupan. Di samping itu, terdapat beberapa orang guru dari Pattani dan Indonesia yang mungkin mendapat perhatian Tok kenali di samping guru-gurunya yang terdiri daripada orang-orang Arab.
Dalam tahun 1904, Tok Kenali telah melawat Mesir bersama Tuan Guru Wan Ahmad, Nik Mahmud (yang kemudiannya bergelar Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan) dan Ismail Pattani.
Lawatan ke Mesir adalah berbentuk lawatan sambil belajar terutama kerana mengkaji hal-hal perkembangan pelajaran yang berhubung dengan agama Islam di Universiti Al-Azhar dan lain-lain tempat pengajian di sekitar kota Khairah.
Setelah mendalaman ilmu selama 22 tahun, Tok Kenali pulang ke tanah air pada 1909.
Rencana berkaitan;Tok Kenali tokoh ilmuan Islam
Sejarah awal Tok Kenali

Tok Kenali belajar 22 tahun di Makkah

Sumbangan Tok Kenali dalam menyebarkan ilmu

Tok Kenali kembangkan institusi pondok

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sambungtitik.blogspot.com/2022/03/def.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumbangan Tok Kenali Dalam Menyebarkan Ilmu

Sumbangan Tok Kenali Dalam Menyebarkan Ilmu

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 170 hits
Setelah mendalami ilmu selama 22 tahun di Makkah Tok Kenali pulang ke tanah air pada 1909 Dua tahun kemudian beliau menjadi guru di Masjid Besar Kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di Kelantan malahan juga dik...
Tok Kenali Kembangkan Institusi Pondok

Tok Kenali Kembangkan Institusi Pondok

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 572 hits
Sistem persekolahan yang diutaamakan oleh Tok Kenali dalam masa hayatnya ialah sistem pondok Tok Kenali sendiri menubuhkan pondok yang dikenali Pondok Kenali Sistem pondok yang menggunakan bahan bahan pelajaran yang berdasarkan kitab dengan...
Sejarah Awal Tok Kenali

Sejarah Awal Tok Kenali

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 166 hits
Tok Kenali dilahirkan di Kampung Kenali Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan pada tahun 1870 dengan nama Muhammad Yusof Beliau pernah digelar dengan nama Awang Bapanya seorang petani bernama Ahmad manakala Fatimah bt Salleh Bapanya meninggal d...
Tok Kenali Tokoh Ilmuan Islam

Tok Kenali Tokoh Ilmuan Islam

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 148 hits
Tok Kenali atau Muhammad Yusuf bin Ahmad ialah seorang tokoh ulama ulung Kelantan dan seluruh nusantara Beliau adalah guru agama tokoh pembangun pemikiran pengarang dan pencetus ilmu pengajian Islam terkenal pada awal abad ke 20 Beliau dise...
Sebelum 7 Tahun Bagi Anak Main Dulu Bukan Paksa Belajar Terlepas Fasa Ni Rugi

Sebelum 7 Tahun Bagi Anak Main Dulu Bukan Paksa Belajar Terlepas Fasa Ni Rugi

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 187 hits
Cabaran ibu bapa mendidik anak hari ini cukup besar Jika zaman kita dulu dulu sebelum masuk sekolah rendah tiada siapa menghalang untuk bermain Selagi tak memudaratkan diri keseronokan itu akan dinikmati bersama rakan rakan sebaya Kini kead...
Had Tempoh Jawatan Pm Kurang 10 Tahun Akan Dibentang Di Parlimen

Had Tempoh Jawatan Pm Kurang 10 Tahun Akan Dibentang Di Parlimen

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 226 hits
Pindaan perlembagaan bagi memasukkan peruntukan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun akan dibentang dalam sesi Parlimen bulan ini kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Dalam jawapan ...
Peneliti Vaksin Pfizer Kurang Efektif Lindungi Anak 5 11 Tahun Dari Omicron

Peneliti Vaksin Pfizer Kurang Efektif Lindungi Anak 5 11 Tahun Dari Omicron

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 238 hits
Vaksin Pfizer dosis terendah yang diberikan untuk anak anak usia 5 11 tahun justru membuat efektivitasnya turun dari 68 persen menjadi 12 persen
Empat Bos Investasi Bodong Fikasa Grup Dituntut 14 Tahun Penjara

Empat Bos Investasi Bodong Fikasa Grup Dituntut 14 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 271 hits
Jaksa Herlina Samosir dan tiga JPU lainnya menilai bahwa unsur Pasal 46 ayat 1 tentang Undang undang Perbankan tahun 2010 terpenuhi Mereka menghimpun dana dari masyarakat yang dinilai sama seperti perbankan
Pelakon Veteran Margaret Gan Peluk Islam Pada Usia 79 Tahun

Pelakon Veteran Margaret Gan Peluk Islam Pada Usia 79 Tahun

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 221 hits
March 2 2022Alhamdulillah Ternyata hidayah itu milik Allah diberikan kepada hambanya yang terpilih Lebih separuh ab4d mengabdikan diri dalam dunia seni pada usia 79 tahun pelakon veteran Margaret Gan yang sering menghiasi kaca televisyen da...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy