Sumbangan Tok Kenali Dalam Menyebarkan Ilmu


 Setelah mendalami ilmu selama 22 tahun di Makkah, Tok Kenali pulang ke tanah air pada 1909.
Dua tahun kemudian, beliau menjadi guru di Masjid Besar (kemudian dikenali Masjid Muhammadi), Kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di Kelantan, malahan juga dikenali di Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.
Murid-murid dari seluruh Kelantan telah membanjiri pondok-pondok yang terletak berderet-deret di sepanjang jalan di kawasan masjid dan di kawasan Kubang Pasu.
Selain itu, bukan sedikit murid-murid dan pelajar-pelajar dari luar negeri datang yang menceduk pengetahuan agama daripada guru-guru yang terkenal. Selain daripada Tok Kenali, mereka belajar pada Tuan Guru Hj. Nik Abdullah, Tuan Guru Hj. Idris (yang kemudiannya berjawatan Mufti kelantan) dan lain-lain.
Memandang hak-hak kemasyarakatan di kampung sendiri perlu pula dititik beratkan, maka Tok Kenali terpaksa pula menetap di kampungnya sendiri iaitu sesudah lima tahun mengajar di Masjid Besar.
Beliau menghidupkan kembali Pondok Kenali yang telah ditubuhkan beberapa tahun sebelum itu. Kepulangan beliau membangunkan Pondok Kenali menyebabkan ia kembali bersemarak sehingga namanya termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjung ini, malah sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) Kemboja, Patani dan lain-lain.
Jumlah pelajar-pelajar yang menetap di asrama (pondok) meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar dalam pertumbuhan pengajian Islam pada masa itu.
Dalam menjalankan tugasnya, Tok Kenali menetapkan beberapa buah kitab pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iaitu pengajian Bahasa dan pengetahuan-pengetahuan agama Islam dalam berbagai-bagai peringkat pelajaran.
Beliau sendiri banyak mengambil peranan dalam mengembangkan pengetahuan bahasa Arab, manakala pelajaran-pelajaran lain diperkembangkannya selaras dengan kehendak-kehendak masyarakat pada waktu itu.
Murid-murid beliau yang telah matang dalam pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah (guru kumpulan) di samping itu, kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar dan orang-orang kampung.
Menerusi pengajian-pengajian kepada orang-orang dewasa inilah lahirnya cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang menggelikan, sebagai suatu cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada pelajaran yang sedang ditumpukan.
Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar itu, Tok Kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab. Inilah menunjukkan bahawa Tok Kenali adalah seorang yang mempunyai daya ingatan yang kuat.
Kemasyuhuran Tok Kenali telah menarik ramai pelajar Islam dari serata ceruk semenanjung. Antara mereka ini ada yang telahpun mempunyai kematangan dalam pengetahuan agama Islam datang untuk mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tok Kenali.
Antara mereka ada yang datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya. Ini bergantung kepada keadaan masing-masing, sebab di antara mereka ada yang sudahpun bekerja sebagai guru agama, kadi atau sebagainya.
Untuk meminta Tok Kenali membaca kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di mana si peminatnya sendiri yang akan disuruh membacanya di hadapan kumpulan pelajar-pelajar. Sesudah itu Tok Kenali memainkan peranan memberi kefahaman dan mensyarahkan isi kitab itu, juga memberi peluang-peluang bertanya.
Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tok Kenali pun dipanggil menghadap Allah, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933, berikutan suatu penyakit di kakinya.
Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang.
Tok Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama Kubur Tok Kenali, Kilometer 5 Jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh dari Istana negeri.
Tok Kenali adalah di antara orang-orang yang memikul tugas dan jawatan terpenting dalam perkembangan pengajian Islam dan pertubuhan kebudayaan timur yang berteraskan Islam di negeri Kelantan.
Antara jawaan atau sumbangan Tok Kenali:- Ahli Majlis Ulama Islam Kelantan (7 Disember 1951-19 November 1933).- Ketua Pelajaran Agama (Pengarah Bahagian llmu Agama) yang bertanggungjawab memimpin Madrasah Muhammadiyyah dan penerbitan buku teks.- Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh (lidah rasmi Majlis Agama Islam Kelantan dikeluarkan setiap Isnin, dijual 10 sen senaskah).- Anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.- Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah – kumpulan ilmiah membincangkan isu agama dan semasa.- Penterjemah kitab dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.- Guru agama di Masjid Besar (Masjid Muhammadi) Kota Bharu.- Penasihat agama kepada Datuk Perdana Kelantan (Menteri Besar).

Rencana berkaitan;Tok Kenali tokoh ilmuan Islam
Sejarah awal Tok Kenali

Tok Kenali belajar 22 tahun di Makkah

Sumbangan Tok Kenali dalam menyebarkan ilmu

Tok Kenali kembangkan institusi pondok

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sambungtitik.blogspot.com/2022/03/def_7.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Kenali Belajar 22 Tahun Di Makkah

Tok Kenali Belajar 22 Tahun Di Makkah

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 149 hits
Menjelang umurnya kira kira 18 tahun Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya Pemergian Tok Kenali ke Tanah Suci Mekah adalah semata mata atas bantuan daripada sahabat dan kenalan beliau di Kota Bharu yang b...
Tok Kenali Kembangkan Institusi Pondok

Tok Kenali Kembangkan Institusi Pondok

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 579 hits
Sistem persekolahan yang diutaamakan oleh Tok Kenali dalam masa hayatnya ialah sistem pondok Tok Kenali sendiri menubuhkan pondok yang dikenali Pondok Kenali Sistem pondok yang menggunakan bahan bahan pelajaran yang berdasarkan kitab dengan...
Tok Kenali Tokoh Ilmuan Islam

Tok Kenali Tokoh Ilmuan Islam

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 150 hits
Tok Kenali atau Muhammad Yusuf bin Ahmad ialah seorang tokoh ulama ulung Kelantan dan seluruh nusantara Beliau adalah guru agama tokoh pembangun pemikiran pengarang dan pencetus ilmu pengajian Islam terkenal pada awal abad ke 20 Beliau dise...
Sejarah Awal Tok Kenali

Sejarah Awal Tok Kenali

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 169 hits
Tok Kenali dilahirkan di Kampung Kenali Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan pada tahun 1870 dengan nama Muhammad Yusof Beliau pernah digelar dengan nama Awang Bapanya seorang petani bernama Ahmad manakala Fatimah bt Salleh Bapanya meninggal d...
Desak Pru Awal Umno Nak Tolak Ismail Sabri Atau Tok Mat Teringin Jadi Pm

Desak Pru Awal Umno Nak Tolak Ismail Sabri Atau Tok Mat Teringin Jadi Pm

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 179 hits
Kenyataan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan bahawa pihaknya akan terus mendesak PRU15 disegerakan tidak kira sama ada BN menang atau kalah dalam PRN Johor pada hakikatnya lebih menyerlahkan niat UMNO mahu mengenepikan Ismail Sabri Yaakob...
Win Or Lose In Johor Umno To Push For Ge Says Tok Mat

Win Or Lose In Johor Umno To Push For Ge Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 249 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan says fresh elections are being sought to ensure political stability SIMPANG RENGGAM Umno will continue to push for an early general election whether or not Barisan Nasional scores a major victory at the J...
Dymm Agong Murka Dengan Tok Mat

Dymm Agong Murka Dengan Tok Mat

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 422 hits
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dipercayai murka dengan Mohamad Hasan a k a Tok Mat yang berkata tak kisah menang atau kalah di PRN Johor parlimen tetap akan dibubar supaya PRU15 tergempar boleh diadakan serta...
Tok Mat Needs To Oust Ismail Sabri To Save Najib Rosmah And Zahid

Tok Mat Needs To Oust Ismail Sabri To Save Najib Rosmah And Zahid

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 178 hits
If Ismail Sabri becomes the Umno president plus he is prime minister on top of that Najib Rosmah and Zahid cannot save themselves from going to jail Only Tok Mat can do that for them So they need Tok Mat and not Ismail Sabri to take over as...
When Is The Right Time For Ge15 Tok Mat Asks Tajuddin

When Is The Right Time For Ge15 Tok Mat Asks Tajuddin

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 289 hits
Mohamad Hasan wonders whether Tajuddin Abdul Rahman knows better than the Umno grassroots on the correct timing for GE15 PETALING JAYA Umno deputy president Mohamad Hasan has urged the party s Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman to enlight...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa