Tok Guru Tok Wali Pun Sokong Pas Mung Nak Lawan


Saya bawakan kepada anda koleksi gambar Ulama' Pondok, dan sesetengahnya dikatakan sebagai Auliya' yang berada dalam perjuangan PAS. Apa lagi alasan dan tuduhan yang anda nak lemparkan kepada PAS ???

Mungkin kalau saya nyatakan Tuan Guru-tuan guru seperti Tuan Guru Haji Abdul Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dr. Haron Din, anda semua boleh katakan kepada saya, "Memanglah depa ni sokong PAS, depa ulama' politik." Anda sudah terlalu skeptikal terhadap mereka dengan mudah-mudah melabel mereka dengan pelbagai gelaran yang tidak baik. Ramai golongan UMNO dan golongan yang berada dalam bidang agama sendiri menggelarkan ulama'-ulama' yang menceburkan diri dalam bidang siasah politik dengan pelbagai gelaran seperti "ulama su'", "ulama' dunia", "ulama wahabi", "ulama' syiah", "ulama khawarij", "ulama syaitan" dan bermacam-macam gelaran yang tidak elok malah amat menyakitkan hati. Semua ulama' PAS dikatakan tak betul, sesat la, menyesatkan.


Ok. Kalau anda tak boleh terima sangat ulama'-ulama' sebegini, apa hujah anda untuk menentang dan memerangi PAS andai Tok-Tok Guru Pondok, Ulama' Thurath, Ulama' Tradisional dan beberapa insan yang digelar Auliya' atau Tok Wali pun berada di dalam saff perjuangan PAS di Malaysia? Anda boleh lawan ke keilmuan, kealiman serta kewarakan insan-insan sebegini?

Dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik daripada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada Saidina Jibril daripada Allah ‘azza wajalla yang berfirman: Maksudnya:

“Sesiapa menghinakan waliKu, maka sesungguhnya dia telah berani memerangi Aku, bahawa Aku murka bagi pihak wali-waliKu, sebagaimana garang singa yang ganas, dan tiada berdamping kepada Aku oleh hambaKu yang mukmin seperti dia berdamping dengan Aku dengan menunaikan perkara-perkara yang difardhukan dan diwajibkan di atasnya, dan sentiasalah hamba Aku yang mukmin itu berdamping kepada Aku dengan mengerjakan perkara-perkara yang sunat sehingga Aku kasihkan dia, maka apabila Aku telah kasihkan dia, jadilah Aku baginya pendengarannya, pandangannya dan tangan (kudratnya). Jika kiranya dia berdoa kepada Aku, nescaya Aku kabulkannya, dan jika kiranya dia memohon (sesuatu) kepada Aku, nescaya Aku berikan. Aku tiada teragak-agak terhadap apa yang Aku perbuat, Aku teragak-agak pada mengambil roh hamba Aku yang mukmin yang bencikan mati.”(Ditakhrijkan oleh Ibnu Abu Ad-Dunya).
Ini insan-insan istimewa yang menyokong dan mempertahankan perjuangan PAS menegakkan Islam di Malaysia:-

Al Alim Al Allamah Tuan Guru Haji Salleh bin Musa Hafizahullah Pondok Sik
Tokoh ulama Tauhid Melayu , seluruh pelajar pondok Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid. Sering menjadi tempat rujukan pimpinan PAS dan DS Anwar Ibrahim.

Allahyarham Al Arifbillah Pak Teh Mad Isa Mahang, Mursyid Tarekat Syatariah.
Sesetengah ulama' mengiktirafnya sebagai Wali Allah.
Syeikh Hassan Bangkok. Bekas mufti Bangkok bertarekat Syaziliah.
Tuan Guru Haji Abdul Rahim b Abdul Rahman Pendang
Tuan Guru Haji Abd Hamid bin Abd Rahman Al Jarumi
Tuan Guru Haji Abdul Hamid Seligi. Antara permintaannya yang menyentuh
hati adalah ketika beliau sedang diziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
kerana beliau sakit agar Tuan Guru Nik Aziz sudi menjadi imam bagi solat
jenazahnya nanti. Allahurabbi...warak dan tawadhuknya. T_T
Tuan Guru Haji Ahmad b Haji Muhammad Nor Kuala Nerang (Tok Teh Mad)
Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai. Antara ulama' yang lantang memberi fatwa berkenaan kesyahidan Ustaz Ibrahim Libya. Dikatakan "Golongan Wahabi tidak berani berdebat secara ilmiah jika ada Haji Omar Zuhdi."Allahyarham Tuan Guru Haji Ali. Seorang Wali Allah dan ahli PAS seumur hidup. Antara kisah karamahnya:-1. Ramai orang kampung dan anak muridnya yang menunaikan fardhu haji terserempak dengan beliau di tanah suci sedangkan beliau tidak termasuk kalangan jamaah haji musim tersebut. Allahyarham juga dikatakan boleh hadir di suatu tempat yang jauh tanpa menaiki kenderaan
2. Sebelum hari kematiannya, beliau ada memberitahu murid-muridnya bahawa ada tetamu telah datang menjemputnya. Salah seorang muridnya berada di sisinya ketika beliau sedang di ambang sarakatul maut. Murid-muridnya dapat melihat dengan jelas lidah Haji Ali bagai kaca yang berkilau. Ratib zikirullah dapat didengari keluar dari lehernya
3. Malam hari kematiannya, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Beberapa orang muridnya telah menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau, tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai. Pendek kata terdapat perkara-perkara pelik tapi benar telah berlaku di hari kematian Tuan Guru yang warak ini


Allahyarham Tuan Guru Haji Zakaria (Pak Lang Zakaria Alor Janggus).
Tuan Guru Haji Ismail Besut, Mudir Pondok Matla' Badrain.  Turut turun ke BERSIH 3.0.
Tuan Guru Haji Wan Izzudin Bin Syeikh Wan Ibrahim (Pak Njang Izuddin).
Pernah bersama rakyat dalam himpunan BERSIH 3.0
Tuan Guru Haji Abd. Wahab b. Haji Hasan (Ustaz Awang Lanai)
Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman Lubuk Tapah

Tuan Guru Datuk Abdul Latif Abdul Rahman (Pak Teh Keroh).
Tuan Guru Haji Ghazali Bagan Datoh
Tuan Guru Haji Hashim Kajang
Tuan Guru Haji Sabran bin Haji Asmawi
Tuan Guru Haji Yahya bin Junid. Anak murid kepada Tok Kenali.
Tuan Guru Haji Hashim b. Haji Abu Bakar
Tuan Guru Haji Hussein Ibrahim Lubuk Tapah
Syeikh Abdul Qadir bin Tolib al-Mandili. Seorang ulama
 ”yang bersangatan alimnya" sehingga digelar “al-Alim al-Fadhil wa al-Abdi
 al-Kamil As-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib Al-Mandili al-Indonesi”.
Tuan Guru Haji Wan Ibrahim b Haji Wan Abdul Qadir (Pakcu Him Gajah Mati)

Syeikh Abdul Karim al-Banjari

Syiekh pada satu ketika, baru pulang dari lawatannya ke Malaysia. Beliau menceritakan bagaimana seronoknya berjumpa dengan pemimpin Malaysia. Maka seorang jemaah pun bertanya : Jumpa Perdana Menteri ke? Jawab beliau : Tidak, saya berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang alim. TG Nik Aziz berkata kepada beliau : Saya sangat bertuah dapat berjumpa dengan seorang alim yang mengajar di Masjidil Haram. Jawab al-Syeikh : Tuan memang bertuah, kerana saya cuma mengajar, akan tetapi Tuan mengajar dan mengamalkannya.

Timbul satu soalan dari para jemaah : Benar ke TG Nik Aziz ini seorang ulama’? Dengar kata beliau “mempergunakan al-Quran” untuk kepentingan parti? Jawab al-Syeikh seolah-olah terperanjat : Habis, mau guna apa, kalau tidak menggunakan al-Quran? Apa kalian mahu guna Bible?? Kalau orang Kristian boleh menggunakan Bible, kenapa orang Islam tidak boleh menggunakan atau mempergunakan al-Quran? Bukankah al-Quran itu perlu digunakan? Maka, orang bertanya itu pun angguk-angguk tanda faham.
Tuan Guru Haji Ghazali Hasbullah


Tuan Guru Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Ulama’ Melaka Tersohor. Beliau terkenal dengan
kehidupan sufinya. Beliau dikenali kerana warak, tawaduk dan qanaah sehingga dianggap sebagai wali Allah. Antara peristiwa berhubung karamahnya yang diceritakan anak muridnya adalah tindakan beliau mengisi air dalam tangki minyak kereta setelah kehabisan minyak ketika keluar berdakwah.

Tuan Guru Haji Yahya bin Muhamad Thaha. Terkenal kerana digeruni oleh Komunis. Inilah yang yang menjadi kelebihan pada diri Tuan Guru Haji Yahya. Sehinggakan masyarakat Cina tempatan pada awalnya tidak mempercayai Tuan Guru Haji Yahya sudah meninggal kerana mereka mendakwa masih melihat beliau dimana-mana. Dan memang tidak dinafikan bahwa Tuan Guru Haji Yahya ini dikurniakan karamah iaitu antaranya digeruni musuh

Madrasahnya, Madrasah Khairiyah pernah menjadi tapak bagi penubuhan Dewan Ulama PAS Negeri Kedah dan beliau sendiri telah terpilih sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Kedah yang Pertama pada tahun 1953

Ini hanyalah segelintir paparan yang saya bawakan kepada anda berkenaan dengan keterlibatan dalam PAS oleh para Ulama Thurath, Tok-tok Guru Pondok malah perjuangan ini adalah perjuangan para Wali Allah. Mana mungkin insan yang dekat dengan-Nya bergabung serta menyokong kebathilan. Semestinya ini adalah perjuangan jihad fisabilillah, perjuangan yang Haq, perjuangan menyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat radhiallahu ajmai'n. Anda lawan PAS, samalah dengan anda melawan para ulama' dan auliya'. Barangsiapa yang memerangi Kekasih-Nya (Wali Allah), Allah akan memeranginya

- Sila Follow Twitter: HiJaBuL Cr3wZ -

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hijabulcrewz.blogspot.com/2012/11/tok-guru-tok-wali-pun-sokong-pas-mung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bazar Tok Guru Lokasi Wajib Singgah

Bazar Tok Guru Lokasi Wajib Singgah

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 231 hits
Kelantan terkenal pusat membeli belah yang menawarkan pelbagai produk keperluan harian Pengunjung ke Kelantan pasti tidak melepaskan peluang untuk membeli belah di beberapa lokasi perniagaan terkenal di Kota Bharu Pengkalan Kubur dan Rantau...
Informasi Pindaan Akta 355 Kalau Ph Bawa Usul Pas Sokong Umno Pun

Informasi Pindaan Akta 355 Kalau Ph Bawa Usul Pas Sokong Umno Pun

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 333 hits
Tunggu PH Bawa Usul Pindaan Akta 355KOTA BHARU Sepatutnya Kelantan lebih awal melaksanakan hukum hudud memandangkan sudah dilulus pada persidangan Dewan Undangan Negeri sejak 1993 Bagaimanapun kata Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tu...
Mengapa Wajib Lawan Dap Dan Wajib Sokong Umno

Mengapa Wajib Lawan Dap Dan Wajib Sokong Umno

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 273 hits
Mokhtar anak Senik Berkata kata hanya orang buta saja yang tak nampak kemungkaran Dap Apa kemungkaran Dap Berikut adalah kemungkaran Dap mungkin itu yang dimaksudkan oleh olamak Fikah ini 1 Dap sejak dulu banyak rembat tanah rezab Melayu 2 ...
Inilah Tahap Pemikiran Pemimpin Pas Malas Nak Ulas Panjang Panjang

Inilah Tahap Pemikiran Pemimpin Pas Malas Nak Ulas Panjang Panjang

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 345 hits
Razman minta istana tarik gelaran Mahfuz Bendahari PAS Pusat Razman Zakaria berharap pihak istana menarik balik darjah kebesaran yang diberikan kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia Mahfuz Omar Dalam satu hantaran di Facebook Razman diliha...
Profesor Pro Pas Sokong Mahathir

Profesor Pro Pas Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 363 hits
Profesor Pro PAS Sokong Mahathir Pada Mac 2018 penganalisis politik Kamarul Zaman Yusof kelihatan terkedu apabila menerima renungan maut Dr Mahathir Mohamad Ini selepas Mahathir tiba tiba muncul dalam sebuah forum yang mana Kamarul menjadi ...
Arah Sokong Penuh Ke Himpunan Rakyat Ummah S Usaha Pas

Arah Sokong Penuh Ke Himpunan Rakyat Ummah S Usaha Pas

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 317 hits
DIMAKKLUMKAN PAS Pusat membuat ketetapan menyokong penuh Program Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah Sehubungan dengan ini PAS Pusat mengarah dan mengerah seluruh ahli...
Hj Hadi Arah Semua Pemimpin Pas Bekerja Menangkan Tok Mat

Hj Hadi Arah Semua Pemimpin Pas Bekerja Menangkan Tok Mat

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 316 hits
Calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan rasa terima kasih kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memberi sokongan kepadanya dalam Pilihan Raya Kecil Rantau Timbalan Presiden UMNO itu berkata beliau terharu...
Prk Rantau Pas Ucap Tahniah Pada Tok Mat

Prk Rantau Pas Ucap Tahniah Pada Tok Mat

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 282 hits
1 Syukur kepada Allah dengan hidayah Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih YB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan bagi mewakili rakyat bermasyarakat majmuk di DUN Rantau 2 Kemenangan ni menunjukkan perkembangan posit...
Memancing Hobi Tuan Guru Presiden Pas

Memancing Hobi Tuan Guru Presiden Pas

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 331 hits
Apabila berada di tengah lautan diri berasa kerdil hati berasa tenang Di sinilah saya mengumpul kekuatan jiwa kerana laut mengajar erti tawakkal kepadaNya dan mendidik sifat sabar tanpa putus asa Susuk tubuh ini menerima pelbagai fitnah ole...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman



Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan


Ulangtahun Kelahiran Nagamanja

How To Be Happy

Pre Season Perlawanan Ud Castellonense Vs Jdt

Melaksanakan Perintah Allah Itu Bagaikan Obat Pahit Tetapi

Warrant Woes In El Paso An Attorney Can Help You Get Back On The Road

Media Orang Ramai Diingatkan Tidak Sebar Video Nahas Helikopter Tldm