Tok Besah Suka Berus Gigi Ikan Sebelum Masak



BAGI menjamin kebersihan dan keenakan setiap makanan yang dimasak, Tok Besah atau nama penuhnya Bashah Othman, 82, akan membersihkan bahan masakannya dengan teliti dan lebih menarik, dia turut akan memberus gigi ikan yang akan dimasaknya.


Anaknya, Mohamad Ismail Amir, 36, berkata, ibunya sangat gemar memasak dan seingatnya, ibunya itu tidak pernah berhenti memasak sejak 70 tahun lalu.

Maka tidak hairanlah, setiap menu masakannya digilai ramai malah ibunya tidak lokek untuk berkongsi resipi masakannya.


“Tok Besah memang suka memasak dan masakan paling enak dan sering dimasaknya ialah gulai kepala ikan dan kuah laksa.

“Emak memang tukang masak terbaik di kampung, malah kuah laksanya paling diminati orang kampung di Permatang Tok Gelam, Butterworth, Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, ibunya mengamalkan beberapa tips memasak dan masih mengekalkan kaedah tradisi dan kebersihan yang dijaga dengan rapi.

Katanya, setiap resipi yang dihasilkan perlu dan wajib memenuhi beberapa kriteria antaranya bahan mentah yang digunakan mesti segar dan asli.

“Ibu tidak pernah langsung menggunakan bahan perasa tiruan dalam setiap masakannya.

“Setiap masakannya masih mengekalkan unsur tradisi seperti membakar belacan, membuat kerisik sendiri, menghasilkan minyak kelapa dan pelbagai lagi,” katanya.

Mohamad Ismail berkata, Tok Besah belajar memasak dari arwah ibunya Che Liah Din, yang juga sebahagian wanita Kampung Permatang Tok Gelam yang hebat memasak di tahun 1900-an.

Katanya, dia adalah anak bongsu daripada tiga beradik, kakak sulung dan abangnya tidak berapa gemar memasak dan memasak biasa-biasa sahaja.

“Berbeza dengan saya, sejak kecil saya tinggal bersama ibu dan sejak itu saya mula mempelajari ilmu masakan darinya.

“Dahulu saya selalu membantu ibunya memasak dan kini saya dapat menguasai semua masakan ibu,” katanya.

Mohamad Ismail berkata, hasil didikan ibunya dalam masakan, dia berjaya menyertai rancangan MasterChef Malaysia musim kedua dan berjaya sehingga ke peringkat 10 terbaik daripada 40 peserta.

“Namun saya terpaksa menarik diri kerana permohonan cuti tanpa gaji saya sebagai guru sudah tamat tempoh dan kembali mengajar di sekolah,” katanya.

Menurutnya, walaupun pandai memasak ibunya tetap menggemari masakan lain dan dia paling gemar menjamah pasembor Padang Kota, Geogetown dan satay.

Katanya, dia pernah merakam video ibunya membersihkan ikan dan memberus gigi ikan itu supaya bersih.

“Video itu kemudian dimuat naik sehingga mendapat perhatian ramai pengguna laman sosial yang menganggapnya unik.

“Sejak itu, ibu saya muka dikenali malah ada yang menyukainya dan menghantar pakaian dan hadiah kepadanya,” katanya.

Mohamad Ismail berkata, ia perkara yang sering dilakukan ibunya ketika menyiang ikan, malah dia juga akan menggunakan berus gigi untuk membersihkan perut ikan.

Katanya, ibunya amat menitik beratkan kebersihan makanan, baginya setiap makanan yang hendak dimakan haruslah bersih dan halal kerana ia menjadi darah dan daging kita.

Katanya, setakat ni ibunya tidak pernah membuat kelas masakan dalam talian namun dia ingin bekerjasama dengan pihak di luar sana yang berminat untuk membukukan semua resepi masakan tradisional ibunya.

“Jika ada rezeki, saya juga ingin membukukan resepi warga emas yang lain atau dapat mengadakan satu segmen masakan warisan,” katanya.

Mohamad Ismail berkata, ibunya juga ada bercadang untuk membuka sebuah restoran dan menamakannya sebagai ‘Teratak Makan Tok Besah’ namun dan berharap ia akan menjadi kenyataan kelak.

Bapa Mohamad Ismail, Amir Arif sudah meninggal dunia pada tahun 2003 ketika ibunya berusia 70 tahun.

Menurutnya, ibunya sangat meminati Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan menanam impian untuk bertemunya satu hari nanti.

Kredit : Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/03/tok-besah-suka-berus-gigi-ikan-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Suka Makan Buah Tapi Gigi Tetap Rosak Doktor Kongsi Kenapa Pentingnya Berus Gigi Anak Setiap Kali Lepas Makan

Anak Suka Makan Buah Tapi Gigi Tetap Rosak Doktor Kongsi Kenapa Pentingnya Berus Gigi Anak Setiap Kali Lepas Makan

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 452 hits
Penjagaan gigi diperingkat awal amat penting kerana gigi susu memberi ruang sebelum pertumbuhan gigi kekal Memberus gigi dengan betul amat penting supaya kesihatan gigi anak anda sentiasa bersih dan rapi Gigi yang rosak mempunyai banyak seb...
Anak Mengamuk Enggan Berus Gigi Buat 3 Teknik Ni Nampak Memaksa Tapi Biarkan Gigi Anak Rosak Lagi Kejam

Anak Mengamuk Enggan Berus Gigi Buat 3 Teknik Ni Nampak Memaksa Tapi Biarkan Gigi Anak Rosak Lagi Kejam

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 441 hits
Anak mengamuk tak mahu berus gigi perkara ini tidak boleh dibiarkan Mungkin ada yang akan ada orang kata ia kejam sebenarnya tidak ambil kisah gigi anak tanpa berberus itu lebih kejam Perkongsian daripada ini boleh dipraktikkan apabila berh...
Oral B Melancarkan Genius X Berus Gigi Elektrik Dengan Kecerdasan Buatan Terbina

Oral B Melancarkan Genius X Berus Gigi Elektrik Dengan Kecerdasan Buatan Terbina

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 400 hits
Oral B adalah jenama yang terkenal dengan produk produk berus gigi ubat gigi dan lain lain yang berkaitan dengan gigi Dalam arena teknologi Oral B mempunyai banyak pilihan berus gigi elektrik Tetapi Oral B masih tidak mempunyai berus gigi p...
Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang Menu Bajet Guna 4 Bahan

Resepi Ikan Selar Masak Rendang Padang Menu Bajet Guna 4 Bahan

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 1227 hits
Andai tak ada idea nak masak apa menu yang min kongsi ni pasti boleh buka selera Mana tidaknya guna bahan bahan simple je tapi sedapnya tu luar biasa Sangat mudah dengan menggunakan hanya 4 bahan boleh siap satu hidangan yang buat anda bert...
Ini Cara Simpan Masak Ikan Salmon Super Senang 10 Siap

Ini Cara Simpan Masak Ikan Salmon Super Senang 10 Siap

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 544 hits
Ikan Salmon kaya dengan Omega 3 yang sangat baik untuk kesihatan Kini semakin ramai orang menggemari menu salmon yang sedap dan dianggap mewah ini Kepada anda yang ingin membeli dan memasak salmon secara homemade jangan risau berikut RASA k...
Ikan Kering Dijemur Tapi Jadi Santapan Anjing Sebelum Dipasarkan

Ikan Kering Dijemur Tapi Jadi Santapan Anjing Sebelum Dipasarkan

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 426 hits
KANGAR Ikan kering yang dijemur terlebih dahulu jadi santapan si anjing yang berkeliaran Dimakan dipijak dan tidak tahu apa lagi yang dilakukan anjing berkenaan Itu pendedahan Persatuan Pengguna Melayu Kawasan Utara selepas banyak menerima ...
Saya Terus Berlari Ke Kolam Sebelum Mendapati Ketiga Tiga Anak Sudah Tiada Tiga Beradik Lemas Di Kolam Ikan

Saya Terus Berlari Ke Kolam Sebelum Mendapati Ketiga Tiga Anak Sudah Tiada Tiga Beradik Lemas Di Kolam Ikan

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 558 hits
Saya Terus berlari ke kolam sebelum mendapati ketiga tiga anak Sudah Tiada Tiga beradik lemas di kolam ikan Hiba dan pilu apabila tiga beradik lemas dalam satu kejadian di Kampung Bintang Mas dekat sini pada Sabtu Dalam kejadian jam 2 petan...
Tok Ni Quran Buruk Anak Menantu Semua Tak Suka Sebak Kisah Sayu Emak Dibuang Anak

Tok Ni Quran Buruk Anak Menantu Semua Tak Suka Sebak Kisah Sayu Emak Dibuang Anak

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 588 hits
Ibu adalah segalanya Jasa mereka melahirkan dan mendidik anak anak tidak terbalas hingga ke akhir hayat Kerana itulah darjat seorang ibu itu diangkat ke tahap paling tinggi hingga syurga berada di bawah tapak kakinya Disebabkan itu kita seb...
Suka Makan Kotorannya Sendiri 1 Dari 5 Alasan Ikan Mujair Diklaim Berbahaya Bagi Kesehatan

Suka Makan Kotorannya Sendiri 1 Dari 5 Alasan Ikan Mujair Diklaim Berbahaya Bagi Kesehatan

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 257 hits
Ikan mujair merupakan ikan yang umum ditemukan dan diolah sebagai bahan masakan di berbagai negara Di Indonesia ikan ini menjadi favorit banyak orang dan juga diternakkan dalam kolam kolam Namun ternyata mengonsumsi ikan mujair punya banyak...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order