Tok Batin Naik Pangkat Jadi Ikon Vaksin


 
PPV bergerak di Pusat Sehenti Orang Asli Sungai Siput, kira-kira 50km dari Ipoh, menjadi lokasi ‘kenaikan pangkat’ Tok Batin menjadi ikon vaksin. (Gambar Bernama)SUNGAI SIPUT: Dahulunya, peranan Tok Batin adalah sebagai pemimpin komuniti yang bertanggungjawab terhadap isu-isu kebudayaan, adat resam, pembangunan, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya demi manfaat komuniti Orang Asli.
Namun, peredaran zaman dan teknologi telah meletakkan pelbagai tanggungjawab yang perlu digalas dan kini diperluas sebagai ikon menentang salah faham tentang vaksin Covid-19, yang menakutkan masyarakat Orang Asli untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.
Bagi mencapai tujuan tersebut, seramai 40 orang Tok Batin di Perak telah dipilih baru-baru ini dan menjadi individu terawal menerima vaksin mewakili kawasan masing-masing bagi menyampaikan mesej kebaikan dan fungsi vaksin yang sebenar.
Pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak di Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Sungai Siput, kira-kira 50km dari Ipoh, menjadi lokasi ‘kenaikan pangkat’ kepada Tok Batin tersebut yang turut hadir memakai pakaian kebudayaan mewakili komuniti masing-masing.
Tok Batin Kampung Pisang, Jalong di sini yang lebih dikenali sebagai Tok Nasiri berkata cabaran pertama yang perlu dilakukan adalah untuk menghapuskan stigma negatif vaksin yang diterima sesetengah masyarakat Orang Asli melalui media sosial agar lebih ramai penduduk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.
“Masih ada anak-anak buah saya yang terpengaruh dengan berita palsu melalui media sosial seperti kalau ambil vaksin tidak akan hidup lama, ada sakit dan sebagainya. Jadi, mereka ini takut mengambil vaksin.
“Sebagai Tok Batin, balik ini saya akan memberi nasihat dan yakinkan mereka bahawa vaksin dapat membantu diri, keluarga dan masyarakat dijauhkan daripada Covid-19,” katanya ketika ditemui Bernama.
Tok Batin Kampung Manggis Pesium, Alang Pandak, 66, pula berkata beliau juga akan cuba memujuk sebahagian kecil penduduk Orang Asli di kawasannya dengan menceritakan kebaikan vaksin sekaligus menjadi contoh kepada penduduk setempat.
“Saya akan ceritakan pengalaman saya selepas divaksin kepada penduduk dan menafikan berita mengarut seperti yang disebarkan melalui media sosial untuk menakutkan kami. Sebenarnya, masyarakat Orang Asli di sini dengan kebanyakannya Suku Temiar, menerima sahaja untuk disuntik vaksin cuma menunggu program seperti ini datang ke kawasan kami.
“Mereka sedang menunggu panggilan untuk divaksin kerana mereka juga ingin mengurangkan peningkatan Covid-19. Di kawasan saya ada dewan, jadi lebih baik sekiranya kerajaan negeri menyediakan PPV bergerak di sana kerana terdapat Orang Kurang Upaya (OKU) dan yang tidak boleh bergerak,” katanya.
Dalam pada itu, Tok Batin Pos Poi, Eley Busu, 53, berkata pihaknya berharap kerajaan negeri menyediakan PPV bergerak yang lebih dekat dengan kawasannya memandangkan jarak ke lokasi PPV bergerak OAOSC dari tempatnya kira-kira 30km dan kawasan tersebut masih berlaluan tanah merah.
“Mungkin selepas ini kerajaan negeri boleh masuk ke dalam Pos-Pos Orang Asli yang jauh dari sini contoh macam Pos Kuala Mu kira-kira 40km daripada PPV ini dan tempat saya pula 30km.
“Walaupun ada masyarakat yang tidak mahu terima vaksin namun kami sebagai Tok Batin sentiasa terima (situasi itu). Kami akan menjadi contoh dan ikutan kepada masyarakat Orang Asli di kawasan masing-masing,” katanya.
Sementara itu, seorang warga emas, Long Senah, 88, berkata beliau gembira menerima suntikan vaksin kerana ingin turut serta menyokong kerajaan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Seramai 100 orang masyarakat Orang Asli di Perak yang terdiri daripada 40 orang Tok Batin dan 60 warga emas menjadi antara penerima terawal vaksin dos pertama melalui program PPV Bas Bergerak MARA Liner Sdn Bhd yang beroperasi memberi vaksin selama 10 jam sehari tanpa mengambil kira pendaftaran melalui MySejahtera.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperkenalkan bas bergerak MARA Liner yang dijadikan sebagai PPV bergerak untuk membawa vaksin ke perkampungan Orang Asli dan masyarakat di pedalaman. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/tok-batin-naik-pangkat-jadi-ikon-vaksin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untung Jadi Isteri Menteri Cepat Naik Pangkat

Untung Jadi Isteri Menteri Cepat Naik Pangkat

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 429 hits
FAZLI RADZITular ucapan tahniah kepada isteri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Poster dengan imej Datin Nor Zamani Abdol Hamid itu turut dikongsi laman rasmi Facebook Institu...
Vaksin Astrazeneca Dibenarkan Untuk Perjalanan Ke Eu

Vaksin Astrazeneca Dibenarkan Untuk Perjalanan Ke Eu

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 249 hits
Vaksin AstraZeneca dibenarkan untuk perjalanan ke EU Vaksin AstraZeneca Covid 19 di Malaysia boleh digunakan bagi perjalanan ke negara negara Kesatuan Eropah Delegasi EU ke Malaysia juga berkata vaksin lain yang diluluskan oleh Pertubuhan K...
Blogger Borneo Ikut Jadwal Vaksin Covid 19 Di Kubu Raya Desa Teluk Kapuas

Blogger Borneo Ikut Jadwal Vaksin Covid 19 Di Kubu Raya Desa Teluk Kapuas

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 320 hits
Jadwal Vaksin Covid 19 di Kubu Raya Ayo Vaksin Desa Teluk Kapuas mengadakan vaksin Covid 19 pada hari Rabu 7 Juli 2021 dari jam 8 pagi sampai selesai Lokasi Gedung Olah Raga Samping Kantor Desa Cukup bawa fotokopi E KTP Anda sudah bisa mend...
Hanya Di Malaysia Lelaki Lapor Polis Dakwa Jarum Suntikan Vaksin Kosong

Hanya Di Malaysia Lelaki Lapor Polis Dakwa Jarum Suntikan Vaksin Kosong

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 308 hits
Wong Kai HuiSeorang lelaki di Kapar Klang membuat laporan polis setelah dia mendakwa diberi suntikan kosong vaksin Covid 19 di Hospital Banting semalam Bercakap kepada Malaysiakini Simon Ng berkata dia datang untuk janji temu menerima sunti...
Catat Rekod 313 761 Dos Vaksin Diberi Semalam

Catat Rekod 313 761 Dos Vaksin Diberi Semalam

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 231 hits
SUARA RAKYATJumlah pemberian harian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan mencatatkan rekod 313 761 dos semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jumlah itu melepasi sasaran 300 000 dos sehari yang ditetapkan ...
Hiburan Propa Je Tak Sakit Langsung Gelagat Risteena Terima Vaksin Curi Perhatian Netizen

Hiburan Propa Je Tak Sakit Langsung Gelagat Risteena Terima Vaksin Curi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 340 hits
Baru baru ini pelakon Risteena ada berkongsikan video hantaran di laman media sosialnya Instagram dimana dia sedang menerima suntikan vaksin dos pertama AdvertisementMenerusi perkongsian video tersebut kelihatan Risteena pada mulanya yang s...
Apa Sudah Jadi Dengan Duit 4 Billion Untuk Beli Vaksin

Apa Sudah Jadi Dengan Duit 4 Billion Untuk Beli Vaksin

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 194 hits
HAMZAH RIE NAKenapa perbelanjaan RM5 bilion untuk pembelian vaksin tak berani nak dibahaskan dalam parlimen Kalau ada sidang parlimen dan dibahaskannya kantoilah semuanya nanti Agaknya itu antara sebab yang ditakuti sgt oleh kerajaan utk me...
Pemberian Vaksin Sudah Melebihi 10 Juta Dos

Pemberian Vaksin Sudah Melebihi 10 Juta Dos

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 250 hits
Oleh NUR HUDA MUSA Gambar hiasan PETALING JAYA Jumlah pemberian vaksin Covid 19 bagi dos pertama dan kedua melalui Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan melebihi 10 juta dos setakat semalam Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksi...
Penduduk Dikenakan Pkpd Kerajaan Selangor Suntik Vaksin Segera

Penduduk Dikenakan Pkpd Kerajaan Selangor Suntik Vaksin Segera

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 359 hits
Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dengan memberi suntikan segera vaksin Covid 19 Selangor kepada mana mana penduduk yang berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat seperti di Mentari Court Petaling Jaya atau Tam...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Program Ibadah Korban 1446h 2025

Mama Daughter Bonding Time Myra Park Nilai Impian

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Saya Peminat Tegar Jin Bts Akui Suka Lagu Ros Bruno Mars Apt