Tnb Pastikan Pengguna Tidak Dikenakan Caj Berlebihan


TNB Pastikan Pengguna Tidak Dikenakan Caj Berlebihan. Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjelaskan kaedah prorata yang digunakan untuk pelarasan bil elektrik sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan menyebabkan pengguna dikenakan caj yang berlebihan.
TNB Pastikan Pengguna Tidak Dikenakan Caj Berlebihan Ketua Pegawai Runcit TNB Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata kaedah prorata itu telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga supaya pengguna mendapat bil yang tepat.
Beliau berkata, pelarasan menggunakan kaedah prorata itu dilakukan setelah TNB mendapat bacaan sebenar melalui operasi bacaan di tapak yang dimulakan secara berperingkat pada 15 Mei lepas dan kemudiannya diselaraskan dengan bil-bil anggaran yang terdahulu.
“Contohnya, ada pengguna yang terima bil-bil anggaran pada Mac, April, Mei dan bil sebenar pada Jun, kesemua bil itu akan diselaraskan. Contohnya, penggunaan bil 1,400kwh akan dibahagikan dengan empat bulan, kemudian didarabkan mengikut blok tarif sedia ada mengikut penggunaan yang tertera.
“Oleh itu, untuk sebulan sebanyak RM102.80 (RM411.20 untuk empat bulan). Jika tidak menggunakan kaedah ini, jumlah yang tertera ialah RM681,” katanya ketika mengulas dakwaan isu bil elektrik yang tinggi sepanjang tempoh PKP ketika ditemubual di Buletin Bernama.
Selain itu katanya, TNB juga akan memberikan diskaun kepada 7.5 juta pengguna berdasarkan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan mengikut kadar yang telah ditetapkan iaitu 50 peratus, 25 peratus,15 peratus dan dua peratus.
“Kadar tertinggi akan diberikan kepada kumpulan B40 dan M40 yang merupakan 85 peratus pengguna kediaman bagi meringankan beban mereka,” katanya.
Sementara itu, sebagai tanda peka dengan situasi luar biasa yang dialami pengguna, beliau berkata TNB telah menyediakan pelan bayaran mudah dengan memberi pilihan kepada pengguna untuk menjelaskan bayaran bil yang tertunggak semasa PKP secara ansuran bulanan sehingga Disember 2020.
“Bagi pengguna yang hendak membayar penuh pun boleh. Kami juga tidak mengenakan caj lewat bayar sehingga September 2020, tidak akan memotong bekalan elektrik sehingga Julai 2020,” katanya.
Beliau berkata bermula 1 Jun ini, TNB akan memulakan semula operasi Kedai Tenaga di Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan bagi memudahkan urusan setiap pengguna, manakala 92 Kedai Tenaga di sembilan negeri telah memulakan operasi selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
“Pengguna juga boleh membuat bayaran secara dalam talian dengan merujuk kepada portal TNB atau aplikasi TNB atau cawangan ejen-ejen yang disahkan TNB seperti Bank Simpanan Nasional dan Kedai Mesra Petronas selain menghubungi talian TNB CareLine 1-300- 88-5454,” katanya.
— BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/tnb-pastikan-pengguna-tidak-dikenakan-caj-berlebihan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tnb Kaedah Prorata Caj Elektrik Turut Digunakan Negara Luar

Tnb Kaedah Prorata Caj Elektrik Turut Digunakan Negara Luar

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR 3 JUN Pengiraan tarif bil elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad menggunakan kaedah prorata turut digunakan syarikat utiliti di negara lain seperti Australia dan Eropah Kaedah ini juga disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga...
Tnb Perjelas Isu Kenaikan Bil Api Melihat Pengguna Buka Kipas Aircond Siang Malam

Tnb Perjelas Isu Kenaikan Bil Api Melihat Pengguna Buka Kipas Aircond Siang Malam

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 403 hits
Sehingga sekarang kebanyakan pengguna masih tidak berpuas hati dengan jumlah bil elektrik yang diterima mereka selepas mendakwa ada kenaikan mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini Bagaimanapun Pengurus Bacaan Meter dan Bi...
Aduan Gst Barangan Yang Tidak Dikenakan Gst

Aduan Gst Barangan Yang Tidak Dikenakan Gst

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 308 hits
Hahaha tu dia wabak GST dah mai kat blog aku ni Apa pun sebagai rakyat marhaen yang prihatin kita kena amik tau pasal GST ni supaya kita boleh jadi pengguna yang bijak Nak tak nak GST tetap kena bayar Cerita GST di mana mana saje sekarang n...
Pengguna Facebook Hina Islam Dan Menteri Polis Buka Kertas Siasatan

Pengguna Facebook Hina Islam Dan Menteri Polis Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tiga pengguna Facebook mengeluarkan kenyataan berunsur lucah hasutan dan penghinaan terhadap Islam serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al...
13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker

13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 1090 hits
13 Menu Resepi Hari Raya Aidilfitri Wajib Di Cuba Untuk Pengguna Philips Pressure Cooker Assalamuaikum dan Selamat Pagi Hari ni kita telah berpuasa selama 24 hari di bulan Ramadhan tinggal 6 This is a content summary only Visit my website f...
Wanita 25 Tahun Korban Pertama Puding Buih Peniaga Bakal Dikenakan Tindakan

Wanita 25 Tahun Korban Pertama Puding Buih Peniaga Bakal Dikenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 614 hits
Hari ini dimaklumkan seorang wanita berusia 25 tahun menjadi korban pertama yang keracunan puding buih selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu Mangsa yang berasal dari Marang disahkan meninggal duni...
Farid Kamil Dikenakan Penjara 13 Bulan

Farid Kamil Dikenakan Penjara 13 Bulan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 446 hits
Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis de...
Pemandu Mabuk Mesti Dikenakan Hukuman Berat Anthony Loke

Pemandu Mabuk Mesti Dikenakan Hukuman Berat Anthony Loke

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 353 hits
Pada 29 Mei 2020Oleh Anthony LokeTakziah kepada Satu lagi nyawa terkorban diakibatkan oleh pemandu mabuk Antara cadangan pindaan yang saya ingin bawa untuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 semasa saya masih menjadi Menteri Pengangkutan untuk me...
Washington Dikenakan Perintah Berkurung

Washington Dikenakan Perintah Berkurung

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 247 hits
Minneapolis Ibu negara Amerika Syarikat Washington dan beberapa bandar utama di negara itu kini dikenakan perintah berkurung Ia susulan rusuhan oleh kumpulan penunjuk perasaan yang membantah keganasan kaum susulan kematian lelaki kulit hita...
Insurance Premium Hike In Line With Bnm S Interim Measures Says Prudential

Pasaran As Cuba Untuk Pulih Prospek Serangan As Terhadap Iran Menyokong Harga Minyak

Menteri Besar Terengganu Umum Cuti Hari Ahad 30hb Mac 2025 Cuti Kelepasan Am Sempena Aidilfitri

Menikmati Durian Black Thorn Di Titi Kerawang Stall Balik Pulau

Allahuakbar Baru Baru Ni Ada Laporan Matahari Terbenam Dengan Cara Yang Aneh Di P

Tik Tok Kena Banned

Isu Tapak Kuil Selesai Pengurusan Kuil Setuju Pindah Lokasi Baharu Dr Zaliha

Nasib Ahli Perniagaan Didakwa Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa Diketahui Jumaat Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Waktu Paling Sesuai Balik Kampung Sebelum Raya

Muka Sembang Kari Dah Setahun Tunggu Lod Mana Dia Sanusi

Style Guide Modern Vs Traditional Mother Of The Bride Looks

Masih Hidup Ke Tu

Starvendors Kl Mega Raya Fest 2025 Festival No 1 Kembali Memeriahkan Persiapan Syawal

Selangor Govt Ordered To Release Pjd Link Impact Assessment Reports