,Aina menemani Mummy beli tudung di Kilang Tudung Zahra Premium sementara Aidan dan Master tunggu dalam kereta. Sepatutnya Aina tak ikut Mummy pada musim Covid-19 ni tapi dia dah terjun turun dari kereta dulu. Ni gaya biasa Aina mengelak gambarnya diambil. # Saturday, 19 December 2020, 16:57 # 20201219 # IMG20201219165742.jpg # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 # Zahra Premium Sdn Bhd. LOT 5089A KOMPLEKS KILANG IKS PKINK, Jalan 1/44, Kawasan Perindustrian Mara, 16100 Kota Bharu, Kelantan. # https://goo.gl/maps/hJhY2pwrGSRWPQ7U7 #Singgah di Stesen Petronas Jalan Padang Tembak
Kami singgah di Petronas Jalan Padang Tembak di Pangkalan Chepa untuk menguruskan Aidan yang berak. # Saturday, 19 December 2020, 18:00 # 20201219 # IMG20201219180030-ANIMATION.gif # OPPO Reno2 # Lot PT 623, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Jalan Padang Tembak, 16100 Kota Bharu, Kelantan # https://goo.gl/maps/9M6HzZrPXxGHaup3A #Singgah di Pujaan KekalSelepas selesai uruskan Aidan, kami kembali ke Kawasan Perindustrian Mara Pengkalan Chepa untuk mengintai tempat kerja lama Mummy. Mengintai hanya dari luar pagar.
Singgah di Pujaan Kekal Sdn. Bhd. sebab Mummy nak tengok bekas tempat kerjanya dulu selepas beliau habis belajar di universiti sebelum beliau berhijrah ke Kuala Lumpur. # Pujaan Kekal Sdn. Bhd. Membaiki dan menjual alat-alat ganti kenderaan berat # Saturday, 19 December 2020, 18:06 # 20201219 # IMG20201219180623.jpg # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 # Kawasan Perindustrian Mara, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan # https://goo.gl/maps/fpqyQdmTdTvMPxVG9 #
Gambar ombak kuat sedang menghempas benteng Pantai Dasar Sabak. Tidak hairanlah Pantai Dasar Sabak hilang ditelan laut. # Saturday, 19 December 2020, 18:32 # IMG20201219183215.jpg # OPPO Reno2 # Kampung Pantai Dasar, Kota Bharu, Kelantan #Selain itu kelihatan juga gerai dan kedai makan yang menjadi tumpuan pengunjung.
Antara gerai yang ada di tepi benteng Kampung Pantai Dasar yang menjual pelbagai makanan dan minuman seperti Kerabu Maggi Biasa (MYR 3), Kerabu Maggi Special (MYR 5), Air Boba (MYR 3), Ayam Cheese (MYR 3), Ayam Penyet Cheese, Jagung Bakar. Mungkin kumpulan peniaga di sini perlu bekerjasama untuk memajukan lagi perniagaan mereka dengan menjadikan tempat ini unik dan tular mahu dikunjungi orang ramai. # Saturday, 19 December 2020, 18:45 # 20201219 # IMG20201219184531.jpg # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 # Gerai Nik, Kerabu Maggi, Air Boba Rim, Hubungi #Apa yang membuatkan Kampung Pantai Dasar ini unik ialah ia seperti terpisah oleh sungai dan dihimpit pula oleh laut. Kita terasakan macam berada di satu kampung yang terasing.
Kampung Pantai Dasar. Aidan was here. Nama Kampung Pantai Dasar di Jalan Pantai Sabak dalam tulisan jawi dan rumi. # Saturday, 19 December 2020, 18:51 # IMG20201219185130.jpg # OPPO Reno2 # https://goo.gl/maps/ybqXFowwwTTSV5449 #Sebelum balik Aina dan Aidan mengambil peluang bergambar dengan satu mercu yang ceria yang dibina oleh kedai satar dan otak-otak Zuki Satar. Syabas Tedi ucapkan kepada mereka. Macam inilah baru jadi tumpuan pengunjung. Warna yang ceria terasa macam di Korea atau Jepun pula, walaupun cuma hiasan ringkas. Mercu ini menjadi tumpuan bergambar sekaligus mempromosi kedai Zuki Satar ni. Malangnya kedai Zuki Satar ini tiada Tedi jumpa dalam Google Map.
Gambar Aina dan Aidan sedang berbincang sesuatu mengenai Kampung Pantai Dasar ketika duduk di mercu Welcome Pantai Dasar Zuki Satar. Mercu yang ceria ini menyambut kedatangan pelancong membuatkan kami berasa seperti berada di luar negara. Macam inilah baru betul sediakan suasana ceria, tidaklah kusam atau biasa-biasa sahaja. Walaupun ringkas ternyata ia membangkitkan mood pelancong. Syabas kedai Zuki Satar. # Saturday, 19 December 2020, 18:52 # IMG20201219185220.jpg # OPPO Reno2 #Tedi telah mencuba otak-otak di sini dan ia tidak sama seperti otak-otak yang biasa kita makan yang berwarna merah tu. Otak-otak di sini berwarna kelabu seperti satar. Rasanya pun macam satar juga. Berbaloi membelinya tetapi kenalah datang awal kerana kedua-dua juadah ini laku macam pisang goreng panas.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |