Titah Addendum Najib Maklum Mahkamah Rayuan Untuk Failkan Permohonan Masukkan Bukti Baharu




PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah addendum.
Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, bukti baharu itu difailkan pada Selasa lalu selepas sehari menerima maklumat berkenaan dan salinannya telah diserahkan kepada wakil peguam kerajaan dari Jabatan Peguam Negara (AGC).
Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, kemudiannya berkata, pihaknya memerlukan masa untuk menyemak afidavit tersebut dan mengesahkan dokumen yang dilampirkan.
“Kami mungkin atau mungkin tidak membalas afidavit itu. Buat masa ini, kami perlu mengesahkan dokumen yang dilampirkan,” katanya.
Sehubungan itu, panel tiga hakim bersidang yang dipengerusi oleh Hakim Datuk Azizah Nawawi menangguhkan pendengaran rayuan ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.
Najib, 71, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.
Titah adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 itu akan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.
Pada 3 Julai lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Najib memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong tuntutannya, termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, tidak boleh diterima kerana ia khabar angin semata-mata.
Dalam permohonan yang difailkan April lepas, Najib memohon perintah mandamus untuk memaksa responden menjawab dan mengesahkan kewujudan titah adendum bertarikh 29 Januari lepas.
Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonannya.
Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/12/titah-addendum-najib-maklum-mahkamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titah Adendum Nizar Dakwa Terima Dokumen Daripada Istana Pahang Sebagai Bukti Tambahan Baharu

Titah Adendum Nizar Dakwa Terima Dokumen Daripada Istana Pahang Sebagai Bukti Tambahan Baharu

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 366 hits
PUTRAJAYA Anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Datuk Mohamad Nizar didakwa menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu dalam rayuan berhubung kewujudan titah adendum Bercakap kepada p...
Mh370 Bukti Baharu Dakwa Ada Gangguan Kuasa Misteri

Mh370 Bukti Baharu Dakwa Ada Gangguan Kuasa Misteri

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 339 hits
Penyiasat nahas udara kehilangan pesawat MH370 telah menemui bukti baharu mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu Satu laporan yang dikeluarkan oleh penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa pesawat Boeing 777 ya...
Anwar To Let Agong Deliberate On Najib S House Arrest Addendum

Anwar To Let Agong Deliberate On Najib S House Arrest Addendum

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 290 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim says he will leave the matter concerning the purported addendum allowing Najib Razak to serve the remainder of his jail term under house arrest for the current Yang di Pertuan Agong to deliberate on The prime mi...
Akhirnya Kezaliman Ke Atas Ds Najib Terbukti Di Mahkamah

Akhirnya Kezaliman Ke Atas Ds Najib Terbukti Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 252 hits
Akhirnya Kezaliman Ke Atas DS Najib Terbukti Di Mahkamah Mahkamah Tinggi Putrajaya akhirnya membuat keputusan melepaskan tanpa dibebaskan kepada DS Najib dan Irwan Serigar daripada enam tuduhan pecah amanah membabitkan harta kerajaan Malays...
Zahid Hamidi Dibebaskan Oleh Mahkamah Rayuan Agc Tarik Balik Kes

Zahid Hamidi Dibebaskan Oleh Mahkamah Rayuan Agc Tarik Balik Kes

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 198 hits
HarapandailyDecember 12 2024Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes raasuah Sistem Visa Asing selepas puhak pendakwaan memutuskan untuk menarik balik rayuan mereka AGC ...
Nooryana Dakwa Titah Adendum Najib Itu Benar Dan Berlandaskan Fakta Nizar Tidak Akan Fitnah Sultan Sendiri

Nooryana Dakwa Titah Adendum Najib Itu Benar Dan Berlandaskan Fakta Nizar Tidak Akan Fitnah Sultan Sendiri

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 408 hits
KUALA LUMPUR Tindakan Datuk Mohamad Nizar membuat afidavit tambahan di Mahkamah Rayuan Putrajaya berkaitan hukuman tahanan rumah ke atas bapanya iaitu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah berlandaskan fakta dan kebenaran Menu...
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital