Tipulah Yfs Concept Store Tak Sangka



Minggu lepas, Eyza jalan-jalan dekat The Mines. Dah lama tak pergi sana. Ada la dekat 5 tahun. Dah banyak kedai-kedai baru.


Tujuan pergi sana tu, dah tentu la nak shopping raya kan. Jalan-jalan nampak la kedai YFS Concept Store kat tingkat 3 tu. Tengok dari luar, nampak menarik dan terus rasa macam nak masuk


Dari pintu depan tu je Eyza dah nampak harga RM 10, RM 20 camtu. Eh.. Biar betul. Nakkan kepastian, Eyza pun tanya la staff kat situ. Ye la, kekadang kan diaorang tulis harga murah tapi tetiba kat bawah ada pulak t&c. Menipu je kan!


Mula-mula Eyza ingatkan staff YFS ni menipu bila dia cakap ada yang berharga RM 20. Eyza terfikir, ada lagi ke baju harga murah macam tu. Dah la jual dalam Mall. Modal lagi semua. Ni taktik je ni nak tarik orang masuk dalam kedai dia. Dah biasa dah dengan marketing teruk macam ni.





Tapi, bila Eyza sendiri masuk jalan-jalan dalam tu baru lah Eyza tahu. Betul korang. Tak tipu! Sebelum ni Eyza selalu shopping dekat P****i sebab baju dia murah. Tambah-tambah kalau time sale. Tapi, lepas ni memang Eyza akan ajak hubby shopping dekat YFS je la sebab harga murah, kualiti terjamin dan yang paling penting tak payah nak bersesak-sesak dan beratur panjang untuk shopping

Masuk je Eyza jadi rambang mata. Semua baju hubby berkenan ada je kat sini. Puas hati la. Dah la design semua up to date



Bayangkan seluar jeans 2 helai baru RM 140, lepas tu kalau korang beli 3 helai, yang ketiga tu cuma RM 20. Maknanya 3 helai baru RM 160. Kiranya sehelai dalam RM 53.33 sen je. Murah sangat-sangat

Bukan tu je, ada jugak promo seluar jeans yang sehelai RM 30. Kalau macam ni, beli 5 baru RM 150. Boleh pakai tukar-tukar di hari raya. Murah sangat ni. Pasar malam pun tak dapat harga murah macam ni


Bab T-shirt tak payah cerita la. Yang New Arrival pun baru sehelai RM 39. Eyza banyak memborong yang 2 RM 50. Memang berbaloi sangat. Beli 4 helai baru RM 100. Boleh pakai raya nanti





Selalu kalau kedai macam ni, memang takde la saiz Eyza. Eyza akan shopping baju dengan seluar hubby je la. Tapi, rupanya kat sini, ada jugak baju yang sesuai untuk orang comel macam Eyza ni. Tengok la baju-baju yang Eyza berkenan ni. Semua saiz i. Happy tau

Ramai je yang tanya Eyza selalu beli baju dekat mana. Eyza ni senang je. Eyza kalau beli baju, Eyza titik beratkan material, warna, saiz, harga dan keselesaan. Tak semestinya yang murah tu x best. Eyza ok je. Macam baju-baju dekat YFS ni. Selesa dan murah. Yang penting cantik. Terus je la Eyza berkenan.Tambah-tambah bukan senang nak jumpa saiz Eyza ni. Limited Edition sikit



Kiranya lepas ni, Eyza dengan Hubby boleh shopping sama-sama dalam satu kedai je. Tak payah hubby shopping kedai lain, Eyza pulak shopping kedai lain. Mudah sangat kan bila ada YFS Concept Store ni

Kalau korang masuk je kedai ni, mesti akan jadi rambang mata macam Eyza jugak. Fesyen dah la up to date, harga pun murah sangat. Mana nak dapat baju berharga RM 20. Kat sini je tempatnya. Dah la selesa nak shopping

Baju wanita saiz biasa lagi la banyak pilihan. Walau Eyza tak boleh pakai saiz ni, Eyza beli jugak untuk adik-adik Eyza. Mau tak rambang mata kalau sehelai cuma harga RM 29 ke atas je. Kena pandai cari pastu kita mix n matchkan






Seluar jeans perempuan kat sini murah giler. 2 helai RM 80. Tempat lain, paling tak pun sehelai dah RM 80. Berbaloi sangat ni kalau beli seluar jeans kat sini


Bukan saja ada baju lelaki dan wanita dewasa tapi jugak ada baju kanak-kanak. Ya Allah, Eyza rasa geram sangat tengok baju budak-budak. Kiut jenis tak boleh bawak bincang. 
Bayangkan gaun yang cantik-cantik tu 2 pasang RM 100. Selalu gaun macam ni mau RM 80 sehelai. Baju Tshirt budak lelaki pun murah. 2 helai cuma RM 50. Siap berkolar lagi



Selain dari baju, kat sini ada jugak jual backpack dan handbag wanita. Tapi yang ni Eyza tak sempat belek harga cuma Eyza ada nampak bagpack ada promo RM 30 je



Semua Eyza rasa nak borong. Baju untuk ayah, suami dan anak-anak buah Eyza beli je kat sini. Bukan tu je, Eyza siap ambik order kawan-kawan yang nak pesan minta beli. Ala-ala jadi PS la. Murah kan. Rugi la tak grab


Sempena nak raya ni, diaorang ada buat promo. Beli RM 200 ke atas, korang akan dapat baucer sebanyak RM 50. Syaratnya cuma RM 200 tu kena dalam 1 resit. Baucer tu boleh redeem hari berikutnya. 
Promo ni berlangsung dari 11 Mei 2019 hingga 4 Jun 2019 di semua outlet YFS Concept Store. Cash Voucher RM 50 tu boleh redeem di mana-mana cawangan diaorang


Selain dari tu, ada satu lagi promo iaitu pembelian item ketiga, korang cuma perlu tambah RM 20 je. Berbaloi sangat. Promo ni berlangsung sehingga 9 Jun 2019


Lama jugak la Eyza tawaf dalam tu. Rambang mata punya pasal. Nasib la staff diaorang penyabar layan apa je yang Eyza tanya. Last-last settle shopping keluar kedai dengan hati yang berbunga sebab persiapan raya settle dalam 1 kedai je. Yeay

So, korang kalau nak berjimat dan cari baju dalam satu kedai je, Eyza memang suggest sangat korang ke YFS Concept Store ni

YFS Concept Store ni ada 32 cawangan tau di Malaysia termasuk di Sabah Sarawak

Cawangan YFS Concept Store:1. JOHOR - 15 cawangan2. MELAKA - 2 cawangan3. KL & SELANGOR - 6 cawangan4. NEGERI SEMBILAN - 1 cawangan5. PAHANG - 1 cawangan6. PERAK - 1 cawangan7. SABAH - 1 cawangan8. SARAWAK - 5 cawangan
Mudahkan nak shopping. YFS ni ada di kebanyakan negeri di Malaysia ni. Balik kampung kat Sarawak pun nanti, Eyza nak ajak adik2 ipar shopping lagi kat sini. 
Kalau korang nak tau detail tentang barangan dan lokasi YFS Concept Store ni boleh layari:
Website : http://www.yfscorp.comFacebook : https://www.facebook.com/YFSConceptStore/Instagram : https://instagram.com/yfsconceptstore



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.eyzamiel.com/2019/05/tipulah-yfs-concept-store-tak-sangka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jimat Wang Masa Dan Tenaga Dengan Yfs Concept Store

Jimat Wang Masa Dan Tenaga Dengan Yfs Concept Store

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 477 hits
JIMAT WANG MASA DAN TENAGA DENGAN YFS CONCEPT STORE Assalamualaikum semua Sebut je pasal shopping aku pasti semua orang akan teruja Kalau tak teruja tu tak tau la hormon apa yang ada dalam diri dia Cuma yang membezakan hanyalah cara seseora...
Ysf Concept Store Jimat Dengan Raya Sales

Ysf Concept Store Jimat Dengan Raya Sales

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 309 hits
YSF Concept Store Jimat Dengan Raya Sales Pening Head nak complete kan baju raya tahun ni Bukan tahun ni je The post appeared first on
Kisah Bersalin Di Uk Siapa Sangka Begini Rupanya

Kisah Bersalin Di Uk Siapa Sangka Begini Rupanya

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 1079 hits
Kisah Bersalin di UK Siapa Sangka Begini RupanyaPengalaman bersalin di UK
Abang Botak Tidak Sangka Jadi Begini

Abang Botak Tidak Sangka Jadi Begini

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 355 hits
Seorang pembantu stor yang digelar abang botak oleh warganet terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam penjara selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan memecah...
Google Mengesahkan Perkhidmatan Seperti Play Store Akan Diteruskan Pada Peranti Huawei Sedia Ada

Google Mengesahkan Perkhidmatan Seperti Play Store Akan Diteruskan Pada Peranti Huawei Sedia Ada

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 576 hits
Antara persoalan yang kami terima pasca pengumuman penarikan sokongan Android pada peranti Huawei ialah apa akan terjadi kepada peranti sedia ada Tindakan yang diambil oleh Google ini mendatangkan kerisauan kepada ratusan pengguna peranti H...
Petua Atasi Senggugut Ketika Datang Bulan Tak Sangka Rupanya Heat Belt Banyak Membantu

Petua Atasi Senggugut Ketika Datang Bulan Tak Sangka Rupanya Heat Belt Banyak Membantu

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 432 hits
Bila period atau datang bulan memang kita orang perempuan selalunya akan rasa tak selesa Bukan itu je adakalanya ia juga menyakitkan SENGGUGUT Keadaan ini terjadi kerana berlaku kontraksi otot uterin dan seterusnya menyebabkan rasa senak da...
Jangan Buruk Sangka Individu Tidak Bertarawih Di Masjid

Jangan Buruk Sangka Individu Tidak Bertarawih Di Masjid

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 327 hits
Jangan buruk sangka individu tidak bertarawih di masjidANTARA hikmah terbesar diturunkan solat tarawih pada bulan mulia ini adalah untuk memberitahu tentang keistimewaan Ramadan kata pendakwah Ustaz Fauzi Mustafa Beliau berkata tarawih meru...
Kebenaran Di Sebalik Susu Jenama Farm Fresh Yang Ramai Masih Tidak Tahu Sungguh Tidak Sangka

Kebenaran Di Sebalik Susu Jenama Farm Fresh Yang Ramai Masih Tidak Tahu Sungguh Tidak Sangka

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 863 hits
Jika anda pernah merasai susu jenama Farm Fresh pastinya anda akan jatuh cinta akan keenakan serta rasa lemak susu tersebut Memang kalah jika dibandingkan dengan jenama susu yang lain seperti Dutch Lady Goodday Calpis dan lain lain Tapi tah...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte