Tipu Rakyat Tipu Tun Beginikah Pemimpin Yang Kita Mahu Pilih


Ini bukan 'seni politik', tetapi 'seni menipu'
BANGI – “Saya tidak kisah kalau mereka ‘gila’ sangat pada jawatan tetapi janganlah menipu dan menunjukkan sifat ‘munafik politik’. Di depan kata setuju pada Tun tetapi senyap-senyap jumpa Agong dan menamakan orang lain sebagai perdana menteri. Ini bukan ‘seni politik’, tetapi ‘seni menipu’.”

Demikian kata Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya susulan pengumuman bahawa Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebulat suara bersetuju mencalonkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri pilihan mereka, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan itu pada Isnin.

Haji Aminuddin menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai satu penipuan, bahkan turut melabelkan mereka yang pada awalnya menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir, namun kemudian berubah kepada Anwar sebagai ‘munafik politik’.

“Orang kata politik ini boleh berubah-ubah. Itu bahasa lembut atau bahasa ‘cover’ sahaja. Tetapi kalau dalam bahasa kasarnya orang akan panggil sebagai ‘munafik politik’.

“Baru semalam ‘puak-puak’ PKR mengumumkan mereka akan menyokong Tun Mahathir untuk jadi perdana menteri tetapi kenyataan mereka hari ini melalui Setiausaha Agung PKR bahawa Ahli-ahli Parlimen mereka menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri pula. Ini memang sukar untuk difahami oleh orang yang ada prinsip dan waras,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Anwar dalam sidang media berkata, berdasarkan keputusan Majlis Presiden PH semalam, mereka telah menetapkan bahawa calon Perdana Menteri PH adalah dirinya.

Bagaimanapun, ketika ditanya jumlah Ahli Parlimen yang menyokong PH setakat ini, Anwar berkata, perkara itu tidak sesuai dan tidak sopan untuk dibincangkan ketika ini.

Haji Aminuddin yang juga Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) berkata, ini adalah satu penipuan yang nyata terhadap rakyat secara amnya dan kepada Tun Dr Mahathir secara khususnya.

“Apakah pemimpin dengan akhlak sebegini wajar diangkat untuk memimpin negara? Apakah kuasa adalah segala-galanya dan bukannya kepentingan rakyat yang sepatutnya harus diutamakan?,” soalnya.

Justeru, beliau secara tekad meminta setiap Ahli Parlimen telus dalam menyatakan pendirian masing-masing dan tidak melakukan penipuan kepada rakyat.

“Pada saat-saat kritikal ini, saya minta sungguh-sungguh agar semua Ahli-ahli Parlimen bercakap benar dan ikhlas serta tegas dalam pendirian. Janganlah kelirukan rakyat yang tidak bersalah ini. Kestabilan negara harus diutamakan, bukannya kepentingan individu. Bercakap benarlah dan jangan jadikan penipuan sebagai budaya dalam berpolitik.

“Rakyat kini menyerahkan sepenuhnya pada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan. Rakyat akan menjunjung titah serta mendoakan agar Allah memberikan taufik dan keberkatan kepada Tuanku dalam membuat keputusan. InsyaAllah. Semoga semuanya selesai dengan aman. Amin,” katanya. - www.ismaweb.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2020/02/tipu-rakyat-tipu-tun-beginikah-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Ada Risiko Kalau Tukar Pemimpin Dan Kerajaan Tun Mahathir

Terkini Ada Risiko Kalau Tukar Pemimpin Dan Kerajaan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 527 hits
Hanya seorang yang berani sahaja boleh menjadi pemimpin kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Menurut beliau seorang pemimpin juga perlu mempunyai kebolehan yang tinggi supaya tidak ada pencabar yang berani untuk merebut jawatan itu ...
Korang Maki Hina Ejek Tun Tapi Korang Buta Yang Tun Buat Itu Semua Untuk Rakyat

Korang Maki Hina Ejek Tun Tapi Korang Buta Yang Tun Buat Itu Semua Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 529 hits
Kemelut politik yang melanda negara sejak minggu lalu sudahpun berakhir dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke 8 yang menggantikan Tun Dr Mahathir yang meletak jawatan baru baru ini Dalam tempoh itu terlalu b...
Pembubaran Parlimen Tidak Perlu Kerana Rakyat Sudah Tahu Takat Mana Kemampuan Pemimpin Yang Ada

Pembubaran Parlimen Tidak Perlu Kerana Rakyat Sudah Tahu Takat Mana Kemampuan Pemimpin Yang Ada

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 323 hits
Pilihanraya sekadar untuk memilih pemimpin dan parti Melayu akan pilih samada Najib Anwar atau Mahathir Kaum cina akan UTAMAKAN DAP Semua kita sudah kenal Pilihanraya hanya membazirkan duit dan masa Tunggu sahaja perkembangan politik Tiada ...
Panggil Sidang Dewan Rakyat Tun M Cabar Kuasa Agong

Panggil Sidang Dewan Rakyat Tun M Cabar Kuasa Agong

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 260 hits
Pakatan Harapan menolak cadangan Perdana Menteri Sementara Tun Mahathir untuk memanggil sidang Dewan Rakyat bagi melantik Perdana Menteri Dalam kenyataan medianya Majlis Presiden PH berkata Mahathir tidak wajar mendahului titah Yang di Pert...
Ph Capai Persetujuan Pilih Calon Pm Kembali Bentuk Kerajaan Dengan Majoriti Mudah Kata Pemimpin Amanah

Ph Capai Persetujuan Pilih Calon Pm Kembali Bentuk Kerajaan Dengan Majoriti Mudah Kata Pemimpin Amanah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 425 hits
MALAYSIADATELINE Pakatan Harapan mencapai persetujuan dalam pertemuan malam ini sebelum baki ahli Parlimen mereka menghadap Yang di Pertuan Agong esok Media dipetik melaporkan kebanyakan pemimpin tertinggi PH termasuk Datuk Seri Anwar Ibrah...
Tipu Sd Pemimpin Umno Buat Laporan Polis

Tipu Sd Pemimpin Umno Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 287 hits
Azlina Rosdy KUALA LUMPUR Satu laporan polis bersama telah dibuat oleh beberapa pemimpin UMNO berhubung dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya telah mendapat akuan berkanun yang menyokong dirinya menjadi Perdana Menteri ke 8 Ujar Exco Per...
Tun M Hadir Perjumpaan Pemimpin Bersatu

Tun M Hadir Perjumpaan Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 312 hits
PUTRAJAYA 6 Rejab 1441H Ahad Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri perjumpaan bersama Ketua ketua Bahagian dan Ketua ketua sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya
Kemelut Senyum Tun M Pilih Muhyiddin Sebagai Pm Baru Pula

Kemelut Senyum Tun M Pilih Muhyiddin Sebagai Pm Baru Pula

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 427 hits
Dr Mahathir berkata beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya namanya tidak dicalonkan untuk memegang jawatan tersebut Jika semua orang pilih Muhyiddin saya ok Tun MahathirPUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bahawa ...
Dr M Rakyat Perlu Singkir Pemimpin Dengan Dasar Buruk

Dr M Rakyat Perlu Singkir Pemimpin Dengan Dasar Buruk

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 265 hits
BERITATidak ada jaminan bahawa dasar yang baik akan kekal selama lamanya jika pemimpin atau kerajaan ditukar kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Beliau bagaimanapun berkata rakyat mempunyai tanggungjawab untuk menjatuhkan pemimpin yang...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik