Tiga Pelajar Universiti Ditahan Ingkar Arahan Kuarantin Pkp Jkm Tawau
                                                                                                                                            Petrus Bernard, Astro Awani                                                                                                                                                                                                                                                                                      

                                Dr  Suzalinna berkata pihaknya telah menggerakkan penguatkuasaan petugas  kesihatan untuk memantau setiap pelajar yang tiba dari Kuala Lumpur ke  Tawau. -Gambar hiasan
                                                                                                                      TAWAU: Tiga pelajar universiti  yang dibawa pulang dari Kuala Lumpur ke Tawau baru-baru ini ditahan  kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak mematuhi  arahan peraturan kuarantin di rumah.
 Pegawai Kesihatan Jabatan  Kesihatan Malaysia (JKM) Tawau, Dr Suzalinna Sulaiman berkata pihaknya  telah menahan pelajar berkenaan dan akan didakwa kerana melanggar  Peraturan 6(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit  Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan)(3)2020  kerana merisikokan keselamatan awam
                                                                                                                     “Setakat ini kita yang memang sudah ditangkap ada tiga pelajar yang tidak mematuhi arahan peraturan kuarantin di rumah.
 “Jadi memang kita akan buka kes siasatan dan akan lanjutkan untuk pendakwaan untuk proses seterusnya,” jelasnya
                                                                                                                       Tambah Dr Suzalina, pihaknya telah menggerakkan penguatkuasaan petugas  kesihatan untuk memantau setiap pelajar yang tiba dari Kuala Lumpur pada  1 dan 5 Mei lalu.
 Kesemua pelajar itu diarah menjalani kuarantin di rumah masing-masing sejurus tiba dari Kuala Lumpur.
 “Salah satu daripada kerja penguatkuasaan ini, kita memang buat kita pemantauan ini.
 “Jadi kita akan pergi ke tempat tempat tu dalam keadaan seperti membuat  risikan, kalau tidak, dia yang tidak boleh keluar daripada kawasan  rumah akan keluar,” katanya.
 Dalam pada itu, Suzalinna juga  mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dalam  menyalurkan makluman kepada pihaknya untuk mengambil tindakan terhadap  mereka yang melanggar peraturan kuarantin di rumah.
 Sehubungan  itu, pihaknya akan melaksanakan kuarantin di Pusat Kuarantin Institut  Pendidikan Guru (IPG) Kampus Balung Tawau kepada penumpang seterusnya  yang akan tiba memandangkan masih ramai yang tidak mematuhi peraturan  arahan kuarantin di rumah.
 Untuk rekod, seramai 72 pelajar  universiti telah dibawa pulang dari Kuala Lumpur ke Tawau melalui dua  penerbangan berasingan pada 1 dan 4 Mei lalu
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/tiga-pelajar-universiti-ditahan-ingkar.html