Tipu Anak Mati Dilanggar Lori Ibu Didakwa Bunuh Bersama Kekasih


Mary Teh, 44, dan teman lelaki, Puvaneswaran, 29, didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia lima tahun. (📸 ©NSTP) klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


[VIDEO] Wanita, teman lelaki hadapi tuduhan bunuh anak

SEORANG wanita bersama kekasihnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas satu pertuduhan membunuh anak lelaki kandungnya dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Mary Teh May Yee, 44, dan teman lelakinya, Puvaneswaran Subramaniam, 29, selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapa, pagi ini.

Pengakuan tidak direkodkan memandangkan kes itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama didapati telah membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di sebuah kediaman di Taman Puncak Jalil dekat Petaling sekitar jam 12.55 tengah malam pada 22 Ogos lalu. Punaveswaran dan ibu kandung mangsa ketika keluar dari Mahkamah Majistret hari ini. (📸 ©KOSMO!) Ibu mangsa dan Puvaneswaran yang merupakan penganggur dan pemandu lori itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sementara itu di hadapan Majistret sama, Puvaneswaran mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan memberikan keterangan palsu kepada penjawat awam iaitu seorang anggota polis berpangkat Konstabel di Balai Polis Seri Kembangan sekitar jam 2.57 pagi pada tarikh yang sama.

Pertuduhan bagi kes itu mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi kes ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Majistret Shahril Anuar kemudian menetapkan 2 Oktober depan bagi sebutan semula kes untuk kedua-dua kes itu.

Sebelum ini media melaporkan polis menahan seorang wanita dan kekasihnya berhubung kematian seorang budak lelaki yang merupakan anak kepada wanita berkenaan, disyaki didera oleh pasangan itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, berkata pasangan itu ditahan selepas mereka disyaki membuat laporan palsu yang mendakwa kanak-kanak terbabit cedera akibat dilanggar sebuah kenderaan.

Kanak-kanak itu dilaporkan telah dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Serdang pada jam 12.50 tengah malam pada 22 Ogos lalu selepas tidak sedarkan diri dan pihak hospital dimaklumkan kanak-kanak itu dilanggar oleh sebuah kenderaan.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia sebelum hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan kanak-kanak malang itu mendapati terdapat kesan lebam dan luka lama, disyaki akibat didera.

SOURCE: UtusanTV

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaup2date.blogspot.com/2023/09/tipu-anak-mati-dilanggar-lori-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saling Tuduh Menuduh Di Group Whatsapp Ibu Bapa Murid Tak Nak Kalah Tunjuk Anak Siapa Yang Kena Buli

Saling Tuduh Menuduh Di Group Whatsapp Ibu Bapa Murid Tak Nak Kalah Tunjuk Anak Siapa Yang Kena Buli

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 296 hits
Seorang ibu meluahkan rasa sedih apabila anak perempuannya didakwa telah menjadi mangsa buli di sekolah
Susu Untuk Anak Kucing Tanpa Ibu

Susu Untuk Anak Kucing Tanpa Ibu

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 179 hits
Dah lama kak ana nak share kisah sedih anak anak Si Lentik nih tapi macam tak nak mengingatkannya kembali Sedih sangat bila di kenangkan semula Namun inilah kehidupan siapa pun kita selagi bernama makhluk Allah swt tidak akan ada yang kekal...
Bunuh Anak Kerana Dendam Isteri

Bunuh Anak Kerana Dendam Isteri

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 147 hits
AgensiNew Delhi Kerana dendam terhadap isteri menyebabkan seorang pesara tentera India mengupah pembunuh upahan untuk menghapuskan riwayat anak lelakinya berusia 27 tahun Kejadian dilapor berlaku di kampung Chhur di Sardhana Meerut di Uttar...
Dalam Tak Sedar Ibu Bapa Kerap Lakukan Kesalahan Ini Ketika Ajar Anak Bercakap

Dalam Tak Sedar Ibu Bapa Kerap Lakukan Kesalahan Ini Ketika Ajar Anak Bercakap

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 213 hits
Bila mengajar anak bercakap kita selalunya fokus kepada apa yang anak perlu lakukan tapi kadang kadang kita lupa bahawa kita juga perlu fokus kepada apa yang kita buat kerana apa yang kita sebut bagaimana kita sampaikan mesej apa yang kita ...
Dakwa Anak Cedera Ditampar Guru Ibu Bapa Buat Laporan Polis

Dakwa Anak Cedera Ditampar Guru Ibu Bapa Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 233 hits
KOTA BHARU Seorang murid lelaki tahun dua dipercayai mengalami pendarahan di kedua dua belah telinga dan cedera pada tisu lembut di bahagian muka selepas mendakwa dia ditampar berkali kali oleh seorang guru di sekolahnya pada Rabu lalu Keja...
Hiburan Aku Nak Anak Kau B Doh Gila Anak Sendiri Cuma Dapat 2a Ibu Busuk Hati Hantar Sihir Pada Pelajar Straight A

Hiburan Aku Nak Anak Kau B Doh Gila Anak Sendiri Cuma Dapat 2a Ibu Busuk Hati Hantar Sihir Pada Pelajar Straight A

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 324 hits
Baru baru ini seorang perawat Islam ada berkongsikan video di laman TikToknya mengenai masalah yang dihadapi oleh seorang gadis remaja Difahamkan ibu gadis tersebut sempat berkongsikan di laman media sosialnya keputusan cemerlang Sijil Pela...
Tragedi Elmina Ibu Terhutang Nyawa Dengan Guru Bawa Anak

Tragedi Elmina Ibu Terhutang Nyawa Dengan Guru Bawa Anak

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 216 hits
Kuala Lumpur Tindakan pantas guru tadika memintas sebuah kenderaan di depannya menyelamatkan dia dan anak muridnya daripada menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina Shah Alam Selangor kelmarin Masikah Ta ibah Zakaria 25 berkata dia ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin