Tips Ulama Cara Mencari Malam Lailatul Qadar
Tips Ulama Mencari Malam Lailatul Qadar. Kalau difikirkan, agak malang umat Islam zaman masa kini sebab nyawa dan umur amat pendek jika nak dibandingkan dengan umat-umat zaman terdahulu. Umat akhir zaman, seperti pernah dinyatakan Rasulullah S.A.W, rata-rata mempunyai umur sehingga 60-70 tahun.
Nak dibandingkan dengan umat sebelum ketibaan Nabi Muhammad S.A.W, sebelum hadirnya kitab Al Quran; umat sebelum itu rata-rata umur memang cecah ratusan dan ribuan tahun. Adakah umat Muhammad S.A.W tidak layak untuk memberikan ketaatan kepada Allah SWT sehinggakan dipendekkan umurnya?
Tips Daripada Ulama - Cara Mencari Malam Lailatulqadar
Dari sudut ibadah kepada Allah Taala, nampaknya satu kerugian sebab usia yang tak cukup panjang ini akan menyebabkan amalan baik yang dilakukan pun tak cukup setara dengan umat sebelum ini, walhal Allah S.W.T menyebut umat Islam di zaman ini adalah umat terpilih. Jadi, mana kelebihannya?
[ads id="ads1"]
Dek kerana inilah, Baginda S.A.W memohon kepada Allah S.W.T memberi peluang umatnya supaya dapat beramal sama nilainya dengan amalan umat sebelum mereka. Berdasarkan permohonan inilah Allah S.W.T telah menyediakan satu bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang penuh hebat, penuh berkat, penuh mulia... malam yang cukup special yang dinamakan Lailatul Qadar.
Allah S.W.T berfirman (bermaksud):
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan roh Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Al-Qadr:1-5)
Maksud al-Qadar
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat malam itu diturunkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W kerana al-Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu, Allah S.W.T mula mentakdirkan agamaNYA dan memerintahkan NabiNYA bagi menyeru manusia kepada agama dan melepaskan mereka daripada segala kerosakan.
Mari singkap beberapa pendapat dari ulama yang boleh dijadikan panduan dan tips untuk mencari malam Lailatul Qadar ini.
Ulama Berbeza Pandangan Mengenai Bila Malam Lailatul Qadar
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun.
Ertinya apabila tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, jadi tahun akan datang pada malam berbeza. Hal sama dikatakan Ibn Hazim, Lailatul Qadar ada kalanya malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadhan.
Menurut pendapat ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam sama setiap Ramadhan iaitu malam 27 Ramadhan berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W daripada Ubai bin Kaab yang dilaporkan Tirmizi dan hadis daripada Muawiyah yang dilaporkan Abu Daud, yang bermaksud:
Tips Mencari Lailatul Qadar
"Saya mendengar Rasulullah berkata: Carilah lailatulqadar itu pada malam 27 Ramadan."
Namun, dalil paling kuat mengenai Lailatul Qadar ialah hadis daripada Aisyah yang dilaporkan Imam Bukhari, yang bermaksud:
Tips Mencari Lailatul Qadar
"Carilah sedaya upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas menunjukkan bila malam itu berlaku tetapi sepakat dengan hadis daripada Aisyah, ia berlaku pada malam ganjil akhir Ramadhan.
Tips Malam Lailatul Qadar dari Imam Al Ghazali
Imam Al Ghazali dan lainnya mengatakan: "Sesungguhnya dapat diketahui (Lailatul Qadar) dari permulaan atau malam pertama bulan Ramadhan.
Jika hari pertama jatuh pada malam Ahad atau Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam tanggal 29 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan.
Atau jika malam pertama jatuh pada malam Khamis maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan. Atau jika malam pertama jatuh pada malam Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadhan.
No.Hari Malam1.Isnin212.Sabtu233.Khamis254.Selasa / Jumaat275.Ahad / Rabu29
[Dah Baca?] 6 Formula Berdoa - Amalkan Jika Rasa Doa Anda Kurang Dimakbulkan Allah
Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini akan membawa kita, sebagai umat Islam sebagai umat yang tahu bersyukur akan nikmat yang telah Allah S.W.T berikan ini. Ia tidak didatangkan kepada umat sebelumnya, maka seharusnya Lailatul Qadar itu dicari, tetapi tidak mengabaikan amalan terbaik sepanjang Ramadhan
Sumber: Buku Adab Ramadan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.hasrulhassan.com/2017/06/tips-ulama-cara-mencari-malam-lailatul.html