Tips Turunkan Berat Badan Dengan Sayur Taugeh
Siapa suka makan sayur taugeh, angkat tangan! Hahahah... sebenarnya, sis pun suka. Bukan nak kata apalah, kalau pergi makan kat Restoran Chicken Rice Shop tu, mesti nak order sayur nie. Jangan tak tahu, sayur taugeh nie banyak khasiatnya. Rugi siapa yang tak makan!!!
Okay, kalau nak makan sayur taugeh nie, jangan dimasak terlalu lama. Kalau ah layu, jadi tak sedap dan tak crispy gitew!! Dan korang tahu tak, salah satu kebaikan atau khasiat bila kita makan taugeh ni ialah membantu menurunkan berat badan!
Whao! Bagus sangatkan..... sis percaya ramai yang berhasrat mahu menurunkan berat badan sebelum hari raya nanti. Kan.. kan.. kan..
Sayur Taugeh Sayur Sihat Taugeh merupakan salah satu sayur sihat yang kaya dengan vitamin E, vitamin, serat dan protein. Kalau korang nak tahu jugak, taugeh juga dipercayai sebagai sayur yang baik untuk kesuburan sistem peranakan wanita
Whoa! Pasangan yang baru berkahwin atau sudah berkahwin tapi masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata ataupun zuriat digalakkan sangat makan taugeh nie.
HANTU TAUGEH!
Walaupun Sis memang pencinta taugeh sejak zaman remaja lagi, tapi Sis tak tahu dan tak pernah kisah apa kebaikan atau manfaat bila kita menikmati sayur taugeh nie.
Tapi, bila dah baca beberapa info tentang kebaikan dan kelebihan taugeh nie, Sis tertarik pula nak share dengan korang semua.
Lagipun Sis percaya, ramai di antara korang nie yang memang berhajat nak turunkan berat badan, kan…
Jom, baca apa yang membuatkan sayur taugeh ini dikatakan mampu membantu kita menurunkanberat badan.
Check it out!
1. RENDAH KALORI
Taugeh yang kaya dengan zat dan rendah kalori yang mana dapat membantu kita menurunkan berat badan sambil memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh.
Disebabkan rendah kalori, tauge tidak mempunyai kandungan lemak. So, memang sihat dan bagus kalau kita jadikannya sebagai menu diet.
2. TINGGI PROTEIN
Taugeh juga boleh menjadi sumber protein yang baik, terutama bagi korang yang tak makan daging atau vegetarian yang tidak mengambil protein haiwan seperti daging dan ayam.
Kalau korang sedang berdiet, elok makan taugeh sebab ia memberikan energi dan dapat mencegah korang makan terlalu banyak sangat karbohidrat.
3. KAYA SERAT
Lagi satu, taugeh ni jugak kaya dengan serat dan boleh membuatkan kita rasa lebih kenyang sekaligus juga membantu menurunkan kolesterol serta melancarkan sistem penghadaman dan membuang racun dalam badan.
So jangalah korang ragu-ragu untuk menikmati sayur murah ini kerana terlalu banyak kebaikan taugeh dan yang paling Sis suka tentulah sebab dapat menurunkan berat badan dan ramai yang tak tahu
So, silalah sebarkan manfaat ini dan sama-samalah kita menjadi #gengtaugeh pulak hahahahaa…Ok, sampai jumpa lagi
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Foto: Sumber Internet
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2014/04/mesti-baca-taugeh-boleh-bantu-turunkan.html