Tips Tinggalkan Kereta Dalam Jangka Masa Lama



Apabila lama tidak dipandu, kerosakan pada beberapa komponen kadangkala tidak dapat dielakkan.
Bagaimanapun, ada beberapa tip boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko kerosakan terhadap kenderaan yang terbiar lama.
1. JANGAN TARIK BREK TANGAN 
Membiarkan brek tangan dalam jangka masa lama boleh membuatkan pad brek melekat pada cakera atau dram. Cara mengelakkan masalah ini, letakkan objek penahan seperti batu atau bongkah kayu pada tayar supaya kereta tidak bergerak. Tinggalkan kereta pada gear neutral. 
2. JANGAN PARKIR LUAR / GUNA SELIMUT KERETA
Selagi boleh, cuba parkir kereta dalam bangunan, garaj atau kawasan berbumbung kerana lebih selamat dan bersih. Jika tiada pilihan selain parkir luar, belanjakan sedikit wang untuk beli selimut kereta berkualiti. Pastikan selimut yang dibeli sesuai untuk model atau jenis kereta. 
Elakkan guna selimut jika kereta diparkir di dalam kerana kelembapan dalam kereta boleh tersejat lebih cepat.
3. CABUT PALAM PENCUCUH (SPARK PLUG)
Jika berniat mahu meninggalkan kereta dalam jangka masa lama, boleh cuba cabut semua palam pencucuh dan sembur sedikit minyak pada soket palam sebelum memasangnya semula nanti. Ini membantu mengelakkan bahagian dalaman kepala silinder berkarat. 
Anda juga boleh menggunakan aditif bahan api untuk tambahan salutan perlindungan kepada dalaman enjin. Bagaimanapun, pastikan anda selesa dan tahu mengendalikan bahagian mekanikal sebelum lakukan perkara itu.
4. BERSIHKAN KABIN SEBELUM PARKIR
Ada pemilik sering meninggalkan sampah dalam kereta seperti pembungkus makanan, surat khabar lama, botol air dan lain-lain. Semua bahan itu boleh menarik perhatian serangga perosak seperti lipas dan semut.
Jadi, sebelum kereta ditinggalkan lama, apa kata bersihkan bahagian dalaman secara menyeluruh. Nanti apabila sudah mahu memandu semula, kepala pun tidak serabut sangat.
5. ISI MINYAK
Antara isu besar apabila kereta ditinggalkan lama ialah masalah karat dalam tangki minyak. Cara terbaik mengelakkan masalah tersebut adalah isi minyak penuh dengan bahan api berkualiti dan tambah sedikit aditif bahan api.
Ini bertujuan mengelakkan udara lembap memasuki tangki dan mengurangkan risiko karat. Pastikan tangki minyak ditutup sepenuhnya. 
6. JAGA BATERI
Tanggalkan bateri jika nahu meninggalkan kereta dengan lama. Lebih baik, sapu sedikit gel petroleum atau gris pada terminal dan hujung wayar supaya tidak berkarat.
Pastikan bateri dicas sepenuhnya dan isi air bateri mengikut saranan. Simpan bateri di tempat redup dan kering yang jauh daripada cahaya matahari.
7. JAGA CAT KERETA
Cat kereta boleh rosak jika kereta diparkir di luar walaupun selimut dipasang. Ini kerana kereta masih terdedah kepada habuk, kotoran dan udara lembap.
Kerosakan itu pula boleh dielakkan dengan membersihkan luar badan kereta secara menyeluruh. Pastikan semua kotoran dibersihkan sebelum memakai salutan lilin (wax). Selepas itu barulah boleh diselimutkan.
8. TINGGIKAN KERETA
Kereta yang ditinggalkan lama boleh membuatkan tayar kempis. Elakkan tayar kempis dengan menggunakan jek kereta supaya berat kereta tidak membebankan tayar. Bagaimanapun, kereta sport dengan tayar profil rendah boleh ditinggalkan selama dua bulan tanpa merosakkan tayar.
9. TUKAR MINYAK ENJIN, DAN PENAPIS
Lebih baik tukar minyak enjin dan penapis udara sebelum meninggalkan kereta. Bagaimanapun, pandu kereta selama beberapa kilometer untuk memastikan minyak baharu meliputi semua bahagian dalaman enjin.
10. PASTIKAN TEKANAN ANGIN TAYAR CUKUP
Periksa tekanan tayar dan pastikan tekanan berada pada paras sesuai. Ini bertujuan mengelakkan bahagian dinding tayar merekah dan kempis. Periksa injap dan penutup injap untuk kebocoran dan pastikan ditutup sepenuhnya.
Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blogtipsauto.blogspot.com/2024/03/tips-tinggalkan-kereta-dalam-jangka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jokowi Cerita Masa Kelam Bpjs Antrenya Lama Banyak Komplain

Jokowi Cerita Masa Kelam Bpjs Antrenya Lama Banyak Komplain

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 163 hits
Jokowi mengapresiasi kini sudah ada 95 7 persen warga Indonesia yang terdaftar di BPJS Kesehatan
One Step At A Time Masih Tiada Penjelasan Lanjut Ruhainies Perlu Masa Untuk Selesaikan Isu Tangkap Basah

One Step At A Time Masih Tiada Penjelasan Lanjut Ruhainies Perlu Masa Untuk Selesaikan Isu Tangkap Basah

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 185 hits
Ekoran isu kontroversi dirinya yang ditangkap khalwat dengan pelakon Aliff Aziz baru baru ini aktres Ruhainies kini menjadi perhatian orang ramai yang masih menunggu penjelasan dari pelakon tersebut Langkah demi langkah Terkini selepas memu...
Teman Pergi Kerja Hyuna Junhyung Bekas Ahli Beast Dilihat Luang Masa Bersama Di Bangkok

Teman Pergi Kerja Hyuna Junhyung Bekas Ahli Beast Dilihat Luang Masa Bersama Di Bangkok

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 259 hits
Hyun a dan Jun hyung telah dilihat menghabiskan masa bersama di luar negara ARTIKEL BERKAITAN Seorang peminat telah berkongsi pengalamannya terserempak dengan pasangan kekasih Hyun a dan Jun hyung bekas ahli BEAST Di mana kedua dua penyanyi...
Masa Puasa Jangan Ajar Anak Tak Boleh Makan Minum Saja Terangkan Betul Betul

Masa Puasa Jangan Ajar Anak Tak Boleh Makan Minum Saja Terangkan Betul Betul

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 368 hits
Selalu bila nak didik anak berpuasa mama papa selalu beritahu mengenai tak boleh makan dan minum sahaja kan Hakikatnya ada banyak lagi kita patut ajar dan beritahu secara perlahan lahan Jangan sekali kali memaksa anak kerana mereka perlukan...
Aku Masa Tu Terus Terdetik Ni Mesti Allah Hantar Kakak Ini Tegur Aku Masa Ini Barulah Aku Tersedar

Aku Masa Tu Terus Terdetik Ni Mesti Allah Hantar Kakak Ini Tegur Aku Masa Ini Barulah Aku Tersedar

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 167 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hi semua Aku nak share pasal kehidupan aku laki bini Kami dah nikah almost 15 tahun Baru setahun ni aku rasa aman dan damai Doakan berkekalan hendakNya Cerita dia macam ni masa awal kahwin kami diuji deng...
Dinner Siakap 3 Rasa Menu Pilihan Sepanjang Masa

Dinner Siakap 3 Rasa Menu Pilihan Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 356 hits
Dinner Siakap 3 Rasa Menu Pilihan Sepanjang Masa Haha bukan pilihan I tapi si bujang tu la hehe So kalau tengah cuti sekolah kita orang kerap makan siakap 3 rasa je tanpa jemu Siakap pun bagus sebenarnya kerana ia ikan berdaging puith Jadi ...
Bicara Harvard 2024 Pendidikan Kalis Masa Depan Bersama Ybrs Dr Nor Fadzleen Binti Sa Don

Bicara Harvard 2024 Pendidikan Kalis Masa Depan Bersama Ybrs Dr Nor Fadzleen Binti Sa Don

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 216 hits
Assalamualaikum wbt Jom beramai ramai memeriahkan program Bicara Harvard 2024 bersama dengan YBrs Dr Nor Fadzleen binti Sa don Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertajuk Pendidikan Kalis Masa Depan seperti ketetapan berikut Tarikh 6 Mac ...
Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Kek Coklat Kurma Moist Resipi Mudah Guna Lebihan Kurma Bulan Puasa

Buasir Otak Tv Dalam Setahun Ada Berapa Bulan Be Like

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Market Trends To Shape Your Business

Why Choosing The Right Patent Illustration Services Can Make Or Break Your Application

Man United Setuju Harga Lammens Bakal Cabar Onana

12 Maut Empat Hilang Jambatan Runtuh Di China Utusan Malaysia

Ribuan Warga Sumanep Diserang Campak Ragut 17 Nyawa Siakap Keli

Apakah Pas Pasti