Tips Temuduga Masuk U


Hari ini saya terlibat dalam temuduga calon program Sarjana Muda Kaunseling. Ada sesi pagi dan petang. Antara yang boleh dikongsi untuk pengajaran bersama:
1) Elok buat persiapan mental dan fizikal untuk sesi temuduga. Kebanyakan calon memberi penampilan yang kemas dan bersih. Bagus begitu. Lunak mata memandang.
2) Elok juga buat persiapan teknikal. Memandangkan temuduga dibuat secara dalam talian (GMeet), calon buatlah raptai terlebih dahulu. Pastikan sambungan audio dan video dalam keadaan baik. Tak adalah jadi gementar apabila muka tak keluar di skrin ataupun suara hilang ditelan talian.
3) Cuba tunjukkan anda betul-betul berminat dengan program yang dipohon. Projeksi suara apabila bercakap tentang kaunseling seharusnya kedengaran bersemangat dan tidak teragak-agak. Seorang calon tadi terlalu bersemangat agaknya hingga bercakap pada kelajuan ERL. Terpaksa diingatkan untuk bercakap pada kelajuan Senandung Malam. Tapi saya faham, dia memang suka program kaunseling.
4) Bila ditanya soalan seperti, "Anda suka program kaunseling di UM?", elakkan daripada menjawab Ya sahaja. Cuba kembangkan jawapan. Memanglah soalan itu berbentuk soalan tertutup. Tugas calon ialah membuka jawapan. Lainlah kalau panel temuduga memang meminta jawapan pendek.
Sebagai penemuduga, saya ada beberapa soalan yang perlu ditanyakan. Ada seorang calon ni, bila diminta menerangkan serba sedikit tentang dirinya, dia menjawab beberapa soalan dalam senarai yang saya tulis. Cekap dia memberi jawapan.
5) Bila soalan temuduga ditanya dalam bahasa Melayu, tapi tiba-tiba tukar siaran ke bahasa Inggeris, calon janganlah ketinggalan di siaran bahasa Melayu. Ikut klu bahasa yang digunakan. If I asked you, "What is your biggest life challenge so far?", you cannot answer "Saya kehilangan beribu-ribu followers di Instagram sebab saya muat naik video Tik Tok" (ini contoh rekaan semata-mata). Please impress the panel with your mastery of English, whatever is the level.
6) Tak cukup sekadar kata "Saya memang berminat dengan program kaunseling". Buktikan minatmu itu. Apa yang boleh meyakinkan panel bahawa anda memang minat kaunseling? Ada pengalaman yang berkaitan? Pernah menyertai aktiviti yang berbau bacang dengan kaunseling? Kenal tokoh-tokoh kaunseling di Malaysia?
Jangan pula petik nama 'tokoh' berijazah palsu sebagai tokoh kaunseling semata-mata kerana dia kelihatan berjaya memotivasi ramai usahawan. Usah begitu ya cik Wan!
7) Diakui video kurang jelas pada masa tertentu. Tapi cuba beri perhatian sepenuhnya kepada soalan yang ditanya. Pastikan anda tahu apa yang ditanya, dan beri jawapan dengan merujuk kata kunci dalam soalan. Sebagai contoh, "Bagaimana anda hendak membantu rakan yang meronta-ronta hendak bergunting rambut di salon dalam tempoh PKP?" Jawapan anda mestilah menunjukkan anda faham dilema (ideal vs realiti) yang dihadapi. Tapi, jangan lupa PKP sebagai kata kunci yang penting. Jangan hanya tumpukan jawapan kepada menguruskan keinginan kawan bergunting rambut. Masukkan juga elemen PKP dalam jawapan.Stay on point. Kita jaga jawapan kita.
Esok ada lagi dua sesi temuduga, insyaAllah. Kalau ada yang menarik dari sesi esok, insyaAllah saya akan kongsikan. Cuma masih teringat sesi tahun lepas. Ada calon perempuan ditanya, "Apa akan anda lakukan, sebagai kaunselor, jika klien lelaki membuat pengakuan bahawa dia jatuh cinta kepada anda?" Dengan senyum simpul, dia menjawab, "Kalau dah jodoh, apa salahnya?"
Dah kahwin atau tidak agaknya calon itu?




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pakalang.blogspot.com/2020/06/tips-temuduga-masuk-u.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alumni Malaysia Di Harvard Kongsi Tips Permohonan Masuk Info Bantuan Kewangan Ke Universiti Harvard

Alumni Malaysia Di Harvard Kongsi Tips Permohonan Masuk Info Bantuan Kewangan Ke Universiti Harvard

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 335 hits
Baru baru ini kita menerima bahawa dua orang pelajar muda Malaysia telah terpilih untuk ke Kolej Harvard Pasti ramai yang terinspirasi dari kisah mereka khususnya anak muda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke institusi berprestij i...
Semut Masuk Dalam Balang Gula Atau Masakan Ini Hukum Yang Wajib Tahu Jika Terus Makan

Semut Masuk Dalam Balang Gula Atau Masakan Ini Hukum Yang Wajib Tahu Jika Terus Makan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 302 hits
Pasti ramai di antara kita yang pernah mempunyai pengalaman balang gula di rumah dikerumuni dan dimasuki oleh semut Untuk mengeluarkan semut itu pastinya leceh dan akan mengambil masa yang lama Oleh sebab itu ada yang mungkin menghiraukan s...
Curi Motor Lagi Napi Asimilasi Di Deli Serdang Kembali Masuk Bui

Curi Motor Lagi Napi Asimilasi Di Deli Serdang Kembali Masuk Bui

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 246 hits
Sebelum tertangkap K dipergoki Khairil Ashar saat menaiki sepeda motor Honda Vario BK 5543 MAY miliknya di Perkebunan Pondok Bali Kecamatan Lubuk Pakam Korban langsung minta tolong
Kilang Balang Eyna Kembali Beroperasi Namun Tiada Pelawat Dibenarkan Masuk

Kilang Balang Eyna Kembali Beroperasi Namun Tiada Pelawat Dibenarkan Masuk

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 523 hits
Salam Syawal buat semua pembaca Kilang Balang Eyna kembali beroperasi seperti biasa namun kami TIDAK MENERIMA PELAWAT KECUALI BAGI TUJUAN AMBIL BARANG Berikutan kes Covid19 yang masih ada di Malaysia dan bagi mengikut SOP yang telah ditetap...
Tamat Kuarantin Pm Dan 34 Pegawai Boleh Masuk Pejabat Esok

Tamat Kuarantin Pm Dan 34 Pegawai Boleh Masuk Pejabat Esok

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 327 hits
Putrajaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kesemua 34 pegawai kerajaan yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet yang sebelum ini dikenakan kuarantin 14 hari di rumah sudah dibenarkan memulakan tugas di pejabat esok Ketua Pengarah...
Kapan Masuk Sekolah Lagi Begini Arahan Jokowi

Kapan Masuk Sekolah Lagi Begini Arahan Jokowi

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 303 hits
Kebijakan pemerintah terkait kapan masuk sekolah lagi di masa pandemi Virus Corona atau covid 19 masih simpang siur Namun berita yang terbaru menyebutkan Presiden Joko Widodo atau Jokowi sudah mengeluarkan arahan terkait masalah belajar men...
Bikin Tka China Susah Masuk Buton Dipecat Setelah Tolak Uang Tebusan Dari Mayor Tni Dan Letkol Polisi

Bikin Tka China Susah Masuk Buton Dipecat Setelah Tolak Uang Tebusan Dari Mayor Tni Dan Letkol Polisi

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 399 hits
Ruslan Buton kini dipenjara gara gara menulis surat terbuka yang meminta presiden Jokowi mundur dari jabantannya Bukan hanya dibui nama Ruslan Buton kini juga tengah menghadapi skenario pembusukan dengan memblow up pemecatannya dari satuan ...
Sabah Benar Semua Perjalanan Masuk Dari Semenanjung Sarawak Labuan Shafie Apdal

Sabah Benar Semua Perjalanan Masuk Dari Semenanjung Sarawak Labuan Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 408 hits
Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan semua perjalanan masuk dari Semenanjung Sarawak dan Labuan ke negeri ini sama ada melalui jalan darat udara mahupun laut Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kebenaran masuk...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai