Tips Teknik Berlari Jauh Lambat Pancit Dan Laju


Post aku kali ini nak berkongsi tips, cara, dan pengalaman aku berlari jauh, pantas, susah pancit dan laju. Aku tahu, ramai yang nak kurus, akan pilih aktiviti jogging atau berlari sebagai jalan utama untuk kurus. Tapi tahukah anda? Dengan exercise plank, squat, dan push up je dapat menurunkan berat badan anda selain mengamalkan teh hijau mahupun lemons detoks. Push up tu jangan fikir lain ye, nak tulis pumping pun, rasa nak menangis je bila tengok result dia. Tekan tubi lah ambil selamat. Tapi, berlari pun best juga, badan kita rasa active sangat dan stamina menjadi kuat. Dalam entry ini juga ada mengajar cara posisi kaki yang benar saat berlari, dan cara lari yang benar agar tidak cepat lelah. 


Beberapa kebaikan berlari. Belari boleh buatkan kita : Meningkatkan Kesihatan. Cegah Penyakit. Turun Berat Badan.Menaikkan Keyakinan Diri.Membuang stress. Meningkatkan stamina. Menguatkan Daya Ingatan

Jadi, banyak kan kebaikkan berlari ini. Rugi siapa tak minat berlari ni. Sebenarnya banyak lagi benefit berlari ini. Paling best adalah anda akan menjadi lebih bijak dan fikiran anda lebih active. Ini terbukti bila aku mula score setiap subject waktu aku degree dahulu. Bila aku belajar, pelajaran itu macam lebih mudah masuk dalam kepala. Waktu degree je aku active berlari sebab waktu degree badan memang mudah nak naik. 
Jadi, memandangkan aku ini seorang pelari* (bukan pelarian) yang on off sekejap ada sekejap takde. Jadi aku tahu beberapa tips untuk dapat berlari jarak jauh dan tak mudah pancit. Ok dibawah ini aku kongsikan beberapa Tips Berlari Jauh, Lambat Pancit, dan Laju : Tips ini juga boleh diguna pakai untuk larian 5KM, 10KM, 21KM. 

1. Pilih Kasut Yang Sesuai. Sayangnya kalau anda tiada kasut yang sesuai. Bila ada jogging atau berlari pakai kasut yang tak sesuai, itu akan membuatkan bahagian kaki anda tercedera dan membuatkan anda tak selesa untuk berlari. Ini akan merendahkan motivasi anda untuk terus berjogging. Ini tips paling penting, makesure beli kasut sukan yang selesa, sedap dipijak, ngam atau fit dengan size kaki anda. Tak perlulah pakai kasut branded kalau kasut tu grade AAA, belum confirm selesa lagi. Kalau pakai jalan bolehlah. Ni nak pakai jogging ni. Nanti tak selesa pulak. Selalunya kasut grade AAA ni tapak dia keras semacam sikit. Eh macam biasa pakai je? HAHA. By the way, beli brand power mahupun Dunlop pun ok, selesa pun selesa, Lawa boleh tahan lawa. Lepas tu, beli kasut waktu malam ok sebab kaki mengembang pada size maximun waktu malam. Nak tengok kaki kita besar mana, tengok kaki kita waktu malam. 
2. Mula Jogging Dengan Perlahan-Lahan. Waktu first time nak start jogging atau berlari tu, buat lah larian yang pelahan-lahan. Tak perlu berlari laju. Sebab first day kau nak suruh badan kau adapt dengan aktiviti yang kau buat tu.  Buat la lari perlahan-lahan dan kalau boleh dalam jarak jauh sikit. Tapi jangan memaksa sebab ni first day korang jogging. Penting menjaga momentum disini. Kalau boleh sebelum start berlari tu, buatlah warming up dulu tak lah nanti kejang otot. 
Selalunya lah kan, aku, kalau lama tak jogging, bila aku start balik jogging tu. Mesti keesokan pagi nya aku akan jalan macam robot. Sakit otot sana sini walaupun dah buat warming up. Kenapa macam tu? Sebab badan kita cuba untuk bina otot untuk adapt aktiviti yang kita buat tu. Ada orang cakap, kalau badan sakit lepas jogging, esoknya terus jogging sebab bagus untuk badan. Tapi.... aku.... aku stop dulu jogging. Tunggu kaki rasa macam tak sakit lagi, baru aku start jogging balik. Selalunya aku akan rehat dulu dalam 2 hari macam tu. Hari ketiga baru lah start jogging balik. Percayalah, bila kau start jogging balik, memang korang tak akan sakit kaki lagi dah keesokan harinya. Ini sebab badan kita sudah mula dapat terima aktiviti yang kita buat tu. bak kata orang, badan terkejut. Haha. 
3. Jaga Posture Badan Dan Elak Pandang Bawah Kepala Tengok Lurus Kedepan atau Tengok Atas, dan elak tengok  bawah atau tengok jalan tar tu. Faham tak? Kalau kita berlari dan kita tengok bawah, kita akan mudah penat dan pancit. Rasionalnya? Mungkin kita akan lebih sukar untuk bernafas bila kita pandang bawah. Lepas itu, kalau boleh posture badan tu cuba aturkan. Tak tahu camna nak atur posture badan? Boleh ikut video ini  Chi Running, tapi video itu, aku sampai sekarang tak faham posture macam mana tu, tapi maybe dengan lihat video ini akan dapat membantu anda berlari dengan posture yang betul. Tonton video ini : Video Mengajar Cara Lari Dengan Betul. 

4. Landing Kaki Yang BetulWaktu berlari itu, ada caranya untuk landing atau mendaratkan kaki kita ke tanah. Selalunya orang baru-baru jogging ni, dia berlari, yang sampai ke tanah dulu ialah bahagian tumit kaki, dan juga bahagian jari kaki dahulu. Jadi? Ini akan membuatkan kaki anda cepat sakit. Jadi tips disini ialah, cuba landingkan kaki itu secara full. Secara rata. Kalau boleh 80% dari tapak kaki mendarat dulu ke tanah. Rasanya video ini : video Mengajar Cara Lari Dengan Betul :  ada mengajar cara landing kaki dengan betul. 
5. Penafasan Yang Betul.Waktu berlari itu, ada cara penafasan yang betul. Sepanjang aku berlari ni, banyak cara penafasan yang aku belajar dari youtube. Banyak cara. Last-last aku pakai cara aku sendiri. Cuba cari cara penafasan yang sesuai untuk anda. Kalau tak tahu, mungkin anda boleh ikut cara penafasan aku waktu berlari. Aku akan menarik nafas melalui hidung, dan menghembus nafas melalui mulut. 
6. Buat Stamina. Stamina dapat dibuat dengan berlari di bahagian bukit. Waktu aku berlari ini, aku memang focus bahagian bukit. Bukit ini membantu menaikkan stamina anda. Bila anda berlari di tanah rata, anda akan dapati yang anda dapat berlari lebih jauh sebab tidak melalui bahagian bukit. Ini tips untuk event larian seperti larian 5KM. Aku pernah dapat tempat 500 terawal sampai untuk larian 5KM. Sebanyak 3000 penyertaan. Oh ya, stamina juga dapat dibina dengan membuat senaman turun naik bangku. 
7. Buat Sasaran Atau Goal Setiap Hari. Kalau semalam anda boleh berlari sejauh 1KM atau dapat berlari satu pusingan taman itu. Apa kata esok hari anda cuba tingkatkan larian anda dengan berlari sejauh 2KM atau buat larian 2 pusingan satu taman itu. Kalau boleh, dari hari ke hari, cuba tingkatkan jarak larian. Ini akan meningkatkan stamina badan anda untuk berlari lebih jauh. 

Banyak lagi tips larian. Anda juga boleh meniru cara orang lain berlari. Dekat taman kita jogging tu, mesti ada otai berlari. Cuba tengok cara mereka berekot, posture badan mereka, dan cara mereka menghayun tangan, dan juga cara mereka membuka langkah ketika berlari. Dengan pemerhatian je, anda boleh tiru cara mereka. Mungkin dengan berlari cara mereka, kita akan dapat berlari sepantas, dan sejauh mereka lari.  
Jika anda ada tips lain untuk berlari pantas, bolehlah kongsikan tips anda dirangan comment dibawah. Tidak dinafikan, waktu tahun 2015, saya ada mengamalkan fat burner tko, memang fat burner itu menaikkan atau meningkatkan stamina saya untuk berlari lebih jauh dah tak mudah pancit. Tapi itu tahun 2015, tahun seterusnya saya terpaksa berlari macam biasa tanpa menggunakan apa-apa supplement


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.amerjaya.com/2020/04/tips-teknik-berlari-jauh-lambat-pancit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Membeli Kasut Sukan Untuk Berlari 2020

Tips Membeli Kasut Sukan Untuk Berlari 2020

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 412 hits
Cara Membeli Kasut Sukan Untuk Berlari Jogging Kasut Jalan Pun Boleh Juga Nampak tak aku dah jadi macam pengajar fitness dalam blog ini Seminggu dua ini aku paksakan diri gagahkan diri untuk pergi jogging atau berlari Memang sakit lah mula ...
Floating Transaction Teknik Terbaru Scammer

Floating Transaction Teknik Terbaru Scammer

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 405 hits
Zaman sekarang duit adalah segalanya Tidak keterlaluan kalau dikatakan semua benda perlukan duit dan tanpa duit kita tak boleh buat apa apa No money no talk Ayat yang sering digunapakai bila bercakap tentang caj yang nak dikenakan apabila d...
Hidup Bebas Hutang Setelah Tidak Lagi Bekerja Usahakan Teknik Ni Confirm Jadi

Hidup Bebas Hutang Setelah Tidak Lagi Bekerja Usahakan Teknik Ni Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 174 hits
Kos sara hidup semakin tinggi Kebanyakan pasangan suami isteri perlu bekerja untuk menampung kos kehidupan lebih lebih lagi bila anak sudah bersekolah Kita kadang kala menjadi terlalu pentingkan diri sendiri dari keutamaan menggalas tanggun...
5 Tips Untuk Tetap Produktif Saat Anda Bekerja Dari Rumah

5 Tips Untuk Tetap Produktif Saat Anda Bekerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 222 hits
Berikut 5 cara dari veteran dan pakar yang telah terbiasa bekerja dari rumah
Teknik Supaya Pelajar Tidak Rabun

Teknik Supaya Pelajar Tidak Rabun

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 206 hits
Cara unik dilakukan Sekolah di Wuhan Wilayah Hubei China untuk menjaga mata murid mereka daripada rabun jauh Mereka memasang besi penghalang di setiap meja murid untuk menjaga agar mata para pelajar tidak terlalu dekat dengan buku Pengetua ...
Sainsspm Teknik Abc Untuk Mudah Tulis Prosedur Eksperimen Sains

Sainsspm Teknik Abc Untuk Mudah Tulis Prosedur Eksperimen Sains

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 470 hits
Cikgu Hailmi kongsikan teknik ABC bagi membantu murid menulis ayat bagi prosedur eksperimen Sains Ini boleh membantu murid menjawab Soalan 10 dalam Sains SPM iaitu kemahiran merancang eksperimen Untuk yang nak tengok video penuh pulak tekni...
Orang Ramai Panik Berlari Saat Ribut Pasir Melanda Seperti Ombak Tsunami

Orang Ramai Panik Berlari Saat Ribut Pasir Melanda Seperti Ombak Tsunami

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 340 hits
Orang ramai panik berlari saat ribut pasir melanda seperti ombak tsunami Ia turut dikenali sebagai ribut hitam dalam kalangan warga tempatan RIBUT pasir yang melanda bandar Baicheng di Jilin China memaparkan orang ramai berlari dalam keadaa...
Banjaran Himalaya Dapat Dilihat Dari Jarak Jauh Dari Bandar Berdekatan

Banjaran Himalaya Dapat Dilihat Dari Jarak Jauh Dari Bandar Berdekatan

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 387 hits
BUAT pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun Banjaran Himalaya dapat dilihat dari jarak 201 kilometer dari bandar terdekat Punjab India Menariknya pemandangan indahnya dapat dilihat dengan jelas selepas negara berdekatan dengan banjaran itu m...
Termenung Jauh Pakcik Tukang Kasut Bangsal Tempat Cari Rezeki Dirempuh Pemandu Mabuk

Termenung Jauh Pakcik Tukang Kasut Bangsal Tempat Cari Rezeki Dirempuh Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 450 hits
Kemalangan jiwa yang melibatkan pemandu mabuk di Malaysia bagaikan tidak terkira lagi angkanya boleh dikatakan ada sahaja yang menjadi mangsa mereka Terbaru seorang lelaki warga emas yang bekerja sebagai tukang kasut hampir maut setelah dil...
Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Penjaja Belon Bertindak Agresif Tolak Anggota Penguat Kuasa Dbkl

Nak Bantu Pun Sanusi Marah Akai Tak Dak

Is Vr And Ar The Next Big Thing In Gaming

Along Bakal Mati Syawal Ini

Preparing Your Home For Hari Raya A Guide To Multigenerational Living

Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Bagaimanakah Biodiversiti Dapat Menjana Ekonomi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akibat Intregriti Yang Atok Musnahkan

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Ambil Kuih Raya

Proton Saga Mc3 Facelift 2025 Adakah Ia Akan Membuat Kejutan Tahun Ini

Resepi Rendang Ayam Cili Padi Bahan Bahan 2 Ekor Ayam