Tips Survival Tips Camping Di Dalam Hutan Panduan Jika Sesat


Tips Survival | Tips Camping (Perkhemahan) dalam Hutan | Panduan Jika Sesat Masuk HutanDitulis oleh: Faqihah Rahman(Bacelor Sains Taman & Rekreasi, Fakulti Perhutanan, UPM)

1. Ular tak suka api, tapi dia suka bara.
Sebab ular kan reptilia dan berdarah sejuk. ada masa dia nak "kehangatan" yang sesuai dengan badan dia. so, bara api antara yang dia suka. kalau api, terbakarlah dia.
Sepanjang kem 2 minggu kami guna kayu api untuk masak. lepas selesai masak, kami memang akan matikan semua api dan bara. ketuk-ketuk dulu kayu api biar jadi ketulan-ketulan kecil, kalau kayu masih saiz besar, biar je.
Pastu tarik ke bawah. tempat masak kami tu tinggi sikit daripada tanah. lepas tarik, terus siram dengan air. make sure tak ada yang tertinggal jadi bara sikit pun. risiko untuk haiwan datang tu tinggi.tip survival, tips camping perkhemahan di dalam hutan | image: Google2.Compass ada 2 jenis.
satu, mirror compass.
dua, orienteering compass.
Kalau masuk hutan, compass tak ada untuk cari kiblat, guna 3 benda ni (jarum, air, lighter/ mancis).

1. panaskan salah satu bahagian jarum.2. letak dalam air.3. perhatikan arah bahagian jarum yang kita panaskan.itu arah barat.
Bearing Mekkah dari Malaysia adalah 292°. Kalau ada compass, you guys boleh terus shoot lah bearing tu. tak ada masalah.
3. Kalau berdekatan dengan sungai, perhatikan pokok yang ada lumut.
Pokok berlumut-menunjukkan ke arah timur.Pokok tidak berlumut-menunjukkan ke arah barat.
Nak buat ni untuk cari kiblat pun boleh. dah tak ada apa sangatkan, compass tak ada, 3 benda tu pun tak ada... so guna yang ni.
Nak hidupkan api, nak guna apa untuk jadi sebagai "fire starter"?
- kayu/ranting kering- resin dipterocarp- dahan pelepah kering (isi dalam)contohnya: pokok bertam (sila google).- kasut getah.- kapas
Macam kem haritu, kami majoriti pakai kasut getah. jadi, waktu survival 3 hari 2 malam, kami dibekalkan dengan 5 batang mancis sahaja dan 5cm tiub getah (ye eh?). lupaaa. once benda tu habis, kasut salah seorang daripada kamilah yang jadi mangsa.
4. Bila masuk hutan lama-lama dan nak bawa makanan macam ayam, itik apa semua tu. Ada beberapa cara nak bagi bahan tu tahan lama.
- lumur garam- salai- pes asam jawa
Sebelum lumur apa semua tu, pastikan bahan kering dulu. kalau takkk, hurmmm satu hal pula nak kena cari port tandas.
Bila nak makan, you guys nak basuh bahan yang dilumur tu pun boleh, tak nak pun takpe.
5. Ikatan
Yang ni kalau aku taip panjang pun tak bagi kesan apa-apa kot haha. Kena belajar depan-depan atau tengok youtube.
Antara ikatan yang kami guna untuk ikat apa-apa:

- manok (clove hitch) - paling banyak guna.(sebagai pemula ikatan)- fisherman knot.- Figure of eight.- bowline.
6. Ni bahagian kewanitaan sikit.
Kalau yang datang bulan, anda dilarang sama sekali untuk tanam "roti" dalam tanah. Hanya perlu basuh dan simpan dalam plastik dulu.
Cara basuh:
- gali lubang dalam-dalam sikit. sebab nak elak binatang bau. kedalaman tu, lebih kurang 1 jengkal lebih tangan. lagi dalam, lagi okay.
- bila nak basuh, masukkan "roti" dalam lubang dan baru basuh. selagi tak selesai basuh, jangan naikkan "roti". risau air-air yang masih bercampur darah tu jatuh dekat permukaan tanah dan menyebabkan binatang boleh bau.
7. Pemilihan tapak khemah
(i) elakkan kawasan tinggal babi. bukan sebab babi tu, tapi sebab kutu dia (kutu babi).(ii) minimum 5 meter dari punca air(iii) kawasan berkhemah lebih tinggi dari kepala air.
Bila sampai tempat tu, tengok dulu pokok-pokok sekeliling. paras mana air boleh naik.
Kalau tak nampak dekat pokok, tengok dekat batu yang besar-besar. kang tengah elok duk membakorrr makanan, tetiba kepala air. mana nak lari oiii?
8. Burung
Dunia burung berbeza daripada manusia.
Burung jantan lagi colourful berbanding betina. sebab jantan dia nak attract burung-burung betina (macam nak ngoratlahhh).
Bagi sarang burung tempua, ada 2 jenis. satu, yang mempunyai 1 lubang. dua, yang ada 2 lubang.
Yang 2 lubang tu sarang untuk burung jantan. sebelah kanan dan kiri ada lubang dan tengah-tengah macam ada jambatan.
Kat situ burung jantan bertenggek sambil duk "phewwiittt" burung betina. lubang satu untuk burung betina sebab dalam lubang tu sebagai tempat letak telur je.
Tahukah anda? jeng jeng jeng~
Kalau dekat hutan tu ada burung, bermaksud hutan tu sihat dan ekosistem dia dalam keadaan baik. Hutan tu lagi sihat kalau ada hornbill (burung enggang).
Kalau boleh, digalakkan bawa wisel. Cara tiup wisel waktu kecemasan, 3 kali, dan sekali tiup tu panjang lebih kurang 3 saat. faham kan? :D
9. Kalau masuk hutan ramai-ramai, waktu malam tu digalakkan ada sentri (berjaga malam).
Buatlah 2 jam, 2-3 orang yang jaga ke.
Kalau ramai yang pergi, buatlah 12am-2am group 1, 2am-4am group 2, 4am-6am group  3. Ni contohlah. tapi pandai-pandailah you guys manage ;)
10. Penggunaan password waktu sentri
Contoh password untuk malam tu "pokok hijau". bila tengah sentri 2-3 orang, pastu jumpa sesape waktu tu, orang nak menyapa tu akan sebut "pokok", dan yang disapa tu akan sambung "hijau".
Kalau kau sapa dia "pokok" tapi tak ada sambungan "hijau", mohon beredar daripada situ secepat mungkin. dan sekiranya kau sapa tapi orang tu tak sambung, pastu orang tu terus tarik kau, jerit "pokok" lagi sekali. kalau tak sambung jugak, mohon reti lepaskan diri sendiri haha.
11. Jika sesat bila masuk hutan?
Kami tak diajar untuk cari satu bearing dan kalau sesat guna bearing tu je. Kami diajar, kalau sesat..
1. boleh ikut je arus sungai2. pastu pandai survive cari kayu api apa semua, then buat asap untuk bagitahu kita sesat pada orang lain.3. yang pasal bearing tu, once kita ada compass, kita kena tahu cara macam mana nak cari bearing arah utara dulu. bila dah tahu utara, kita tahulah yang lain.
Moga bermanfaat~! Sharing is caring!
Till next time, daa~ wassalam! :)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/07/tips-survival-tip-camping-perkhemahan-di-dalam-hutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harimau Sesat Berjaya Ditangkap Seekor Lagi Dipercayai Masih Di Dalam Hutan

Harimau Sesat Berjaya Ditangkap Seekor Lagi Dipercayai Masih Di Dalam Hutan

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 291 hits
Semalam tular di media sosial mengenai dua rakaman yang memaparkan kemunculan harimau yang berkeliaran di Dungun Terengganu Walaupun tiada kecederaan yang dilaporkan kemunculan harimau tersebut juga dianggap sesuatu yang serius kerana boleh...
Panduan Tips Dan Cara Menjaga Barang Kemas

Panduan Tips Dan Cara Menjaga Barang Kemas

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 1024 hits
Barang kemas seperti cincin rantai subang dan sebagainya adalah perhiasan wanita yang memang menjadi aksesori tambahan meningkatkan gaya dan penampilan diri individu tersebut Aksesori wanita diperbuat dari pelbagai jenis logam termasuk emas...
Istana Pertimbangan Pk Usai Ma Tolak Kasasi Jokowi Terkait Kebakaran Hutan

Istana Pertimbangan Pk Usai Ma Tolak Kasasi Jokowi Terkait Kebakaran Hutan

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 304 hits
Istana Pertimbangan PK Usai MA Tolak Kasasi Jokowi Terkait Kebakaran Hutan Pihaknya pun menerima keputusan MA dan akan memperbaikinya Moeldoko menjelaskan walaupun selalu kalah dalam kasus tersebut Jokowi sudah melakukan upaya untuk mengura...
Masih Ada 5 Harimau Di Hutan Sosopan Warga Diimbau Tidak Picu Konflik

Masih Ada 5 Harimau Di Hutan Sosopan Warga Diimbau Tidak Picu Konflik

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 154 hits
Jumlah 6 ekor harimau itu didasarkan pada survei yang dilakukan BBKSDA Sumut di sana beberapa bulan terakhir Harimau diberi nama Palas yang terlibat konflik dengan warga dan akhirnya ditangkap termasuk di antara keenamnya Si belang ini bahk...
Tips Dan Cara Memilih Buah Durian Elok Sedap Dan Enak

Tips Dan Cara Memilih Buah Durian Elok Sedap Dan Enak

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 848 hits
Bang durian sekilo berapa Belum apa apa penjual tu ambil sebiji dari sekian banyaknya durian atas rak display dia tu Diketuk ketuk Kalih pula sebelah lain dia ketuk lagi Terus takik dua kali Sambil selak kulit durian penjual tu tunjuk kat s...
Kasasi Jokowi Soal Kebakaran Hutan Ditolak Ma Menteri Siti Ajukan Pk

Kasasi Jokowi Soal Kebakaran Hutan Ditolak Ma Menteri Siti Ajukan Pk

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 221 hits
Dia menjelaskan akan mempelajari dokumen tersebut Bersama beberapa pihak yang digugat pula Dia juga mengklaim sudah mempunyai analisis tentang apa saja yang digugat
Jaksa Agung Cari Novum Baru Buat Ajukan Pk Kasus Kebakaran Hutan

Jaksa Agung Cari Novum Baru Buat Ajukan Pk Kasus Kebakaran Hutan

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 223 hits
Jaksa Agung Muhammad Prasetyo mengaku pihaknya akan membantu Presiden Joko Widodo dalam mengajukan Peninjauan Kembali atas putusan Mahkamah Agung PK yang dilakukan itu terkait kasus kebakaran hutan dan lahan di Kalimantan Tengah
Luangkan Masa Sekurangnya 2 Jam Seminggu Dalam Hutan Mampu Buatkan Anda Sihat

Luangkan Masa Sekurangnya 2 Jam Seminggu Dalam Hutan Mampu Buatkan Anda Sihat

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 283 hits
Ini petua paling mudah dan murah untuk jadikan diri anda sihat segar dan damai Tak perlu nak belanja mahal pergi ke gym atau beli peralatan senaman untuk diletakkan dalam rumah Anda hanya perlu luangkan masa sedikit sahaja dalam kehidupan s...
Tiga Hari Tinggalkan Rumah Semi Gantung Diri Di Hutan Sragen

Tiga Hari Tinggalkan Rumah Semi Gantung Diri Di Hutan Sragen

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 184 hits
Ditemukan juga sebuah slendang lurik warna biru tua yang diduga digunakan untuk gantung diri Sebelum ditemukan ada beberapa orang yang ikut melakukan pencarian mencium bau menyengat
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord