Tips Sebelum Travel Untuk Backpacker Bujang
"Tips Traveller Bujang"
Travel merupakan salah satu aktiviti yang bukan lagi tergolong dalam kategori hobi biasa-biasa sekadar menghilangkan penat bekerja.
Tips Travel Untuk Traveler BujangKadang-kadang travel boleh dikategorikan sebagai salah satu hobi yang boleh menjadi inspirasi untuk diri sendiri dan orang lain.
Aktiviti Ketika Travel
Travel bukan hanya tertumpu kepada berjalan-jalan dan ronda-ronda semata mata. Dalam versi hari ini travel apa yang mampu kita bayangkan adalah travel lebih kepada mengenal tempat baharu dan menikmati 'adventure' yang terdapat di situ.
Bercuti Di SkybridgeJika kena dengan gaya, 'tempat baharu' itu boleh menjadi tempat kunjungan selalu.
Sepertimana yang ada di dalam blog penulis sendiri, penulis satukan travel dan mencari tempat makan seumpama satu gaya hidup (lifestyle). Banyak yang penulis kongsikan jika diberi peluang untuk travel dan makan-makan. Termasuklah beberapa aktiviti seperti snorkeling, sigh seeing dan 'food hunting'.
Persiapan Sebelum Travel
Sebelum memulakan travel atau perjalanan semestinya perlu ada persiapan, salah satunya itinerary, itu penting.
Ada juga yang tidak kurang pentingnya untuk dikongsikan tambahan untuk mereka yang travel dengan 'title' solo dan single atau bujang.
Pelbagai perkara terlintas di minda antaranya seperti cara mendapatkan pengangkutan, berapa bagasi perlu di bawa dan paling penting mencari makanan halal untuk yang muslim.
Jom penulis akan kongsikan sedikit info dan panduan untuk si bujang mendapatkan lebih kelancaran ketika travel bersendirian.
Tips Travel Untuk Backpacker Bujang
Flight
Kalau anda ada plan nak gi travel dengan member-member anda, pastikan anda sudah ada target destinasi dulu. Sebabnya, nanti kalau ada promo mana-mana airline boleh terus sambar je.
Airasia Window ViewTerutama kalau Airasia buat promo lah, sebab laju je kan tiket habis. Kalau anda ada list tempat, anda ada back up plan kalau first destinasi tu dah mahal. Beli tiket waktu tengah promo ni memang sangat berbaloi.
Kadang-kadang harga dia murah yang sehingga anda rasa agak mustahil boleh dapat harga tu.
Jadi, bila tahu ada promo grab sahaja cepat-cepat cuti tu fikir kemudian nanti.
Luggage
Hah benda ni macam perlu tak perlu, sebabnya kalau bujang ni aku lebih prefer untuk backpack je, so tak payah check in luggage.
Backpack Travel Tetapi benda ni bergantung pada individu kan. Kalau rasa perlu tambah berat luggage tambah sahaja.
Korang boleh guna tips jimat luggage kalau pergi dalam kumpulan.
Contoh pergi 3 orang, boleh add dekat sorang je luggage 30kg ke macam tu.
Waktu check in luggage nanti sekali kan je timbang tu. Lebih jimat lah daripada anda tambah setiap seorang 20kg.
Airport Transfer
Bagi yang lebih gemarkan penggunaan 'backpack' sebagaimana penulis, penulis suka gunakan KLIA Express deals yang di offer dekat Traveloka. Sebab ia lebih 'convenient' walaupun agak mahal sedikit. Memang boleh sahaja menggunakan perkhidmatan bas untuk harga yang murah.
KLIA Express | Google ImageTetapi dari pengalaman bas tidak seselesa menggunakan perkhidmatan KLIA Express.
Penulis biasanya beli dengan Traveloka sebab harganya lebih murah berbanding harga di kaunter.
Lebih menjimatkan dari segi ekonomi. Kalau anda jenis yang ada luggage, penulis sarankan untuk anda menggunakan perkhidmatan airport limo online booking ni.
Sebab lagi memudahkan korang tak payah nak angkut beg berat-berat tu naik KLIA Express. Siap boleh ambil depan rumah lagi.
Dengan perkhidmatan ini tidak lagi risau jika bawa bagasi (luggage) yang besar-besar.
Penginapan
Jarang orang ketika travel tidur di kaki lima atau masjid dan tempat selain dari penginapan yang selesa.
Bagi traveller secara backpack boleh gunakan penginapan seperti hostel. Harganya lebih murah, akan tetapi selalunya hostel ni toilet dia sharing.
Penulis kurang suka sikitlah bab ni, bukan kerana cerewet tetapi agak kurang selesa.
Namun begitu, biasanya apabila travel dengan backpack penulis akan menggunakan Airbnb.
Dengan backpack sebenarnya lebih memudahkan percutian anda, mudah sahaja untuk menyimpan barangan dan pakaian.
Ketika membuat pilihan tempat penginapan di Airbnb carilah tempat penginapan yang menyediakan kemudahan yang kena denga jiwa anda.
Hotel biasanya menjadi pilihan terakhir selepas Airbnb dan hostel sebab harga selalunya lagi mahal walaupun ia antara yang selesa.
Persiapan Simple Travel Senang
Ini adalah antara tips dan panduan yang boleh penulis kongsikan dari pengalaman untuk traveller yang masih bujang dan yang lebih meminati travel 'simple' namun selesa.
Sebagai persiapan sebelum travel ke mana-mana destinasi yang menjadi pilihan anda. Tiadalah nanti kalut ketika sudah memulakan travel lebih baik buat persediaan awal.
Anda fikir anda tahu Tips Sebelum Travel untuk Backpacker Bujang ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2019/10/tips-sebelum-travel-untuk-backpacker.html