Tips Petua Dan Panduan Untuk Mendapatkan Pasangan Part 2



Keserasian adalah tarikan ,perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap.Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

Tips ,petua atau panduan yang diberikan oleh pakar motivasi yang tidak asing bagi kita semua iaitu Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah,mungkin ia boleh menjadi panduan kepada saudara atau saudari yang ingin mencari pasangan hidup.

Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa - sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya

Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan - tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut. 
Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya. 
Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya. 
Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita. 
Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama. 
Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda. 
Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda. 
Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai. 
Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda. 
Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai. 
Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa. 
Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita. 
Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda. 
Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman - bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri. 
Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik. 
Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin. 
Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak. 
Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi. 
Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi
 
Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan. 
Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita. 
Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang dan tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.Sebaliknya jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah.

Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mdruzaidaud.blogspot.com/2019/02/tips-petua-dan-panduan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Dan Petua Atasi Kulit Breakout

Tips Dan Petua Atasi Kulit Breakout

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 918 hits
Tips Dan Petua Atasi Kulit BreakoutApa itu kulit Breakout Kulit breakout adalah satu keadaan di mana kulit berjerawat kemerahan bertompok memenuhi spot spot tertentu di muka seperti ruam Tidak seperti jerawat biasa yang timbul sebijik sebij...
Petua Tips Jika Terkena Sengatan Lipan Ini Cara Yang Anda Harus Buat Sebelum Jumpa Doktor

Petua Tips Jika Terkena Sengatan Lipan Ini Cara Yang Anda Harus Buat Sebelum Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 1367 hits
Petua Tips Jika Terkena Sengatan Lipan Ini Cara Yang Anda Harus Buat Sebelum Jumpa Doktor Apa yang akan anda lakukan sekiranya kena sengat lipan Terkena sengatan lipan memang amat menyakitkan tapi selepas disengat sebelum pergi berjumpa dok...
Panduan Muat Turun Video Dari Youtube

Panduan Muat Turun Video Dari Youtube

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 327 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera apa khabar anda semua lama rasanya broayietech tidak berkongsi panduan buat anda untuk artikel kali ini broayietech berkongsi panduan muat turun video dari youtube Ianya tanpa perlu anda memasang perisian...
Sscasn Resmi Dibuka Ini Panduan Cara Daftar Online Penerimaan Pppk

Sscasn Resmi Dibuka Ini Panduan Cara Daftar Online Penerimaan Pppk

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 271 hits
Pemerintah saat ini kembali mempersiapkan proses rekrutmen pegawai Namun penerimaan kali ini bukan untuk calon pegawai negeri sipil laiknya tahun lalu Melainkan Pegawai Pemerintah dengan Perjanjian Kerja tahap I yang akan dimulai Februari 2...
Cara Membuat Blog Panduan Lengkap Plus Seo Dasar

Cara Membuat Blog Panduan Lengkap Plus Seo Dasar

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 544 hits
Tulisan ini bersi cara membuat blog gratis di Blogger Berisi panduan lengkap plus tips SEO dasar untuk pemula Update Februari 2019 Tutorial membuat blog gratis di Blogger ini CB update karena dihapusnya Google Plus dan tampilan baru form Bl...
Panduan Praktis Bikin Visa Turis Ke Korea Selatan Biar Bisa Segera Ketemu Idola Di Korea

Panduan Praktis Bikin Visa Turis Ke Korea Selatan Biar Bisa Segera Ketemu Idola Di Korea

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 259 hits
Mimpimu ketemu oppa di Korea Selatan dimulai dengan bikin visa Ternyata caranya segampang ini
Panduan Cb Method Memang Berbaloi

Panduan Cb Method Memang Berbaloi

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 341 hits
Panduan CB Method CB Method adalah teknik terbaru jana duit online dengan Clickbank yang berkesan dan pantas oleh Abdul Malik dan juga Zyan Teknik CB Method ni anda tak perlu tunggu 3 6 bulan mcm guna SEO Dalam masa 2 3 hari kalau kena pada...
Hari Valentine Ini Panduan Pas Sarawak

Hari Valentine Ini Panduan Pas Sarawak

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 343 hits
DEWAN Ulamak PAS Negeri Sabah mengingatkan umat Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam Ini bersesuaian dengan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 22 Nove...
Panduan Ngeteh Abc Dan Satey Sedap Di Kg Melayu Majidee

Panduan Ngeteh Abc Dan Satey Sedap Di Kg Melayu Majidee

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 504 hits
Biasanya dalam pukul 4petang selepas berbelanja atau balik kerja dari tapak binaan Kalau anda berada disekitar bandaraya Johor Bahru teringin nak ngeteh sedap boleh Cuba minum ABC di kampung Melayu Majidee Serious saya kata ABC dekat Restor...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba