Tips Persiapan Hari Pertama Persekolahan


Tips Persiapan menjelang Hari Pertama Persekolahan | Walaupun anak umi ni baru je melangkah tahun kedua di sekolah Tadika, dia antara orang yang termasuk di dalam kategori persiapan sekolah jugak.
Tahun hadapan, kakak akan masuk ke tahun kedua Tadika untuk umur 5 tahun.So, persiapan tu masih perlu di buat dari segi persediaan baju, kasut dan yuran persekolahan.
 

Bila sebut pasal persiapan anak-anak untuk naik ke sekolah tahun hadapan, mesti ibu bapa akan lakukannya sedikit awal bagi memastikan kelengkapan untuk mereka cukup.Bagi umi sendiri, persiapan awal tu memang perlu umi lakukan terlebih awal kerana, kita tak tau samada di awal persekolahan nanti, banyak lagi keperluan buku yang mungkin perlu di beli.
Lagi pulak, ibu bapa yang anak ramai, mesti mereka akan membuat persiapan lebih awal.Yelah, takdelah membebankan mereka kan bila buat persiapan awal.Umi ni pun tengah berfikir untuk survey kasut kakak.Beg yang kakak dapat hari tu, sekejap je dah koyak.So, kenalah beli lagi jawabnya.Yuran pulak , umi akan bayar masa pendaftarannya nanti.Untuk kasut, umi takdelah beli beria sangat..No jenama-jenama pun.Jenama Giant je yang RM10 tu hah yang umi beli.Tunggulah bila dah sekolah rendah nanti, barulah merasa nak beli yang berjenama ye dak..
Itu baru masalah untuk persiapkan barangan sekolah.Bagaimana pula untuk mereka yang baru pertama kali anaknya menjejakkan kaki ke sekolah, mungkin ada masalah bila itu adalah hari pertama mereka di alam persekolahan.
Kakak dan adik, mungkin takde masalah untuk umi hantar ke sekolah kerana mereka sudah terbiasa dari kecil umi hantar ke taska.Jadi dah biasa ditinggalkan.Kepada yang tak biasa lagi meninggalkan anak-anak mereka untuk ke alam persekolahan atau sebelum ini ke Taska, mesti menjadi masalah bagi mereka.Mungkin tips yang umi nak kongsikan ini boleh memudahkan ibubapa di luar sana untuk memudahkan mereka menghantar anak ke sekolah nanti kan.
 
TIPS PERSIAPAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN MULAI KENALKAN KEPADA ANAK KONSEP PERSEKOLAHAN
Beritahu kepada anak bahawa tahun hadapan mereka akan ke sekolah  dan sentiasa mengingatkan mereka berkali-kali tentang sekolah supaya mereka nampak excited.Beritahu bahawa sekolah adalah tempat untuk bermain dan belajar dengan kawan-kawan yang lain.Tunjuk sekolah yang bakal di hantar oleh ibubapa kepada mereka.Ataupun boleh tunjukkan gambar atau buku tentang sekolah.Disamping itu kita boleh ceritakan tentang apa yang seronoknya di sekolah.Kena keep remind diorang tentang sekolah tu seronok.
Masa mula-mula hantar kakak ke sekolah dulu, memang adakalanya dia buat perangai.Tapi bila dah biasa, mungkin menjadi kesukaan mereka untuk ke sekolah.
AJAK MEREKA MENGUNJUNGI SEKOLAH YANG BAKAL MEREKA HADIRI NANTI
Kalau boleh pilihlah lokasi sekolah yang berdekatan dengan rumah.Jadi kita boleh pantau anak-anak bila disekolah.Bila kita dah tetapkan sekolah yang akan dihantar, maka kita perlu ajak mereka untuk tau ke mana kita akan hantar mereka nanti.Tunjuk sekolah mereka dari jarak dekat.Kalau boleh tinjau keadaan sekolah sampai ke dalam pun ok jugak..Mesti mereka excited kan.
LATIH ANAK LAKUKANNYA SENDIRI
Mungkin sebelum ni kita yang pakaikan baju mereka, siapkan mereka untuk ke mana-mana kan.So start latih mereka untuk siapkan diri mereka sendiri,bagaimana memakai baju sendiri, makan dengan sendiri dan bawa bag sendiri.Ajar mereka untuk mengenali barang sendiri dan selalu ingatkan supaya jangan mengambil hak orang lain.
 
MEMPERKENALKAN ANAK KEPADA GURUNYA
Apabila kita dah kenalpasti sekolah mereka, perkenalkan anak-anak dengan guru mereka.Biarkan mereka beramah mesra supaya selepas ini, mereka tidak akan takut apabila berjumpa dengan guru mereka.
 
ATUR WAKTU TIDUR ANAK LEBIH AWAL
Mungkin sebelum ni, waktu tidur anak tidak menentu kan, selepas ini, aturkan waktu tidur mereka.Macam umi pulak, pukul 9.30 malam wajib masuk tidur.Dan akan bangun pada pukul 6.30 pagi untuk bersiap-siap.Pukul 9.30 tu bukan bermakna mereka akan tidur terus kan.Mestilah dok melayan mata, pukul 10.00 jugak diorang tidur.Sebab tu kena masuk tidur awal.Biasakan sebelum bermulanya persekolahan.Jadi takdelah adegan umi jadi hijau bila kejut mereka ke sekolah.
LIBATKAN DIRI DALAM PERSIAPAN PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK
Masa ni lah kita biarkan anak kita untuk memilih apa yang mereka nak, contohnya memilih bag sekolah mana yang dia suka.Botol air, peralatan menulis dan sebagainya.Di samping itu kita pun boleh turut sama melibatkan diri dalam proses persiapan persekolahan anak-anak.
hasil pembacaan di : http://elhanalearningkit.com
Panjang lebar umi menulis pasal tips persiapan persekolahan ni.Actually tips ni sangat sesuai untuk anak mereka yang baru lagi ingin memulakan alam persekolahan.Mungkin juga pra sekolah kan.So, mana yang boleh kita ikuti tips ni, kita ikut.Mungkin berguna di masa akan datang kan. Umi pun sedang sibuk menyiapkan kakak untuk ke sekolah.Tak taulah nanti Naura macam mana pulak.Mungkin akan sama dengan kakak.Jadi umi biasakan diri dia untuk bangun bagi seawal kakak bangun pagi ke sekolah.Selalunya memang umi akan kejutkan anak-anak umi seawal 6.00 pagi.Itu baru kejut-kejut manja.Dari pukul 6.00 pagi,sehinggalah 6.30 pagi jugak umi ambil masa nak kejutkan diorang.Taknak spoilkan mood diorang pepagi dengan kejut mereka dengan tergesa-gesa.Bukan mood diorang je, mood umi pun nanti ikut sama spoil tau…hahahaha
 
 
 
 
 
The post Tips Persiapan Hari Pertama Persekolahan appeared first on Kisahsidairy.com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kisahsidairy.com/2018/11/30/tips-menjelang-hari-pertama-persekolahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Pertama Menjadi Trainer

Hari Pertama Menjadi Trainer

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 300 hits
Hari pertama menjadi Trainer jari jemari masih merah berinai Saya masih ingat pengalaman hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah bagi menjalankan program SmartStudy Ketika itu saya promosikan nama SmartStudy Learning
Perilaku Korup Wahid Husen Diduga Sejak Hari Pertama Jadi Kalapas Sukamiskin

Perilaku Korup Wahid Husen Diduga Sejak Hari Pertama Jadi Kalapas Sukamiskin

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 242 hits
Mantan Kalapas Sukamiskin Wahid Husen mengetahui dan membiarkan beberapa warga binaan mendapatkan fasilitas mewah seperti AC televisi dan handphone Sebagai imbal balik Wahid menerima sejumlah uang dan barang dari warga binaan Sukamiskin sep...
Nak Hamil Anak Pertama Tiada Masalah Tapi Anak Kedua Susah Pula Nak Lekat Ini Tips Pakar

Nak Hamil Anak Pertama Tiada Masalah Tapi Anak Kedua Susah Pula Nak Lekat Ini Tips Pakar

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 499 hits
Kesukaran untuk anak kedua atau seterusnya sering dihadapi sesetengah pasangan Anak pertama berupaya hamil dengan mudah tetapi bila anak kedua ketiga atau seterusnya mama jadi sukar untuk hamil Kenapa ye Ada yang mengadu kitaran haid tidak ...
Tips Ringkas Beli Rumah Pertama Newbie Wajib Tahu

Tips Ringkas Beli Rumah Pertama Newbie Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 656 hits
Saya dan isteri sudah membeli 1 biji rumah Saya membeli sebuah yang mempunyai corner lot tepi dan belakang Ianya mempunyai spesifikasi pelan dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air Walaupun pelan rekaan design dalamannya berbeza dengan impian ...
10 Tips Mudah Berjumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali

10 Tips Mudah Berjumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 517 hits
10 Tips Mudah Berjumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali Baca tajuk sahaja pun boleh buat hati rasa nervous Betul tak Bagi yang rasa nervous itu pastinya bakal jumpa mertua buat pertama kali Sudah tentu dada rasa berdebar Dup dap dup dap Ada ...
Kenangan Hadiri Hari Anugerah Kecemerlangan 2018 Untuk Angah

Kenangan Hadiri Hari Anugerah Kecemerlangan 2018 Untuk Angah

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 256 hits
Kenangan Hadiri Hari Anugerah Kecemerlangan 2018 Untuk Angah Alhamdulillah sebagaimana tahun tahun yang lepas kali ini Angah berjaya menjadi salah seorang daripada pelajar terbaik di sekolahnya lagi Sebenarnya memang dah boleh di jangka cum...
Majlis Sanding Patut Jadi Hari Terindah Menjadi Hari Penuh Tangisan Ketakutan Fazley Imbas Kenangan Pedih 13 Tahun Lalu

Majlis Sanding Patut Jadi Hari Terindah Menjadi Hari Penuh Tangisan Ketakutan Fazley Imbas Kenangan Pedih 13 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 308 hits
Majlis Sanding Patut Jadi Hari Terindah Menjadi Hari Penuh Tangisan Ketakutan Fazley Imbas Kenangan Pedih 13 Tahun Lalu Majlis Sanding Patut Jadi Hari Terindah Menjadi Hari Penuh Tangisan Ketakutan Fazley Imbas Kenangan Pedih 13 Tahun Lalu
Hari Keluarga Sj Family Pengkalan Balak Acara Sukaneka Penyampaian Hadiah

Hari Keluarga Sj Family Pengkalan Balak Acara Sukaneka Penyampaian Hadiah

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 730 hits
ACARA SUKANEKA Hujan dah berenti perut dah terisi Moh kita gi sukaneka plak ye Untie Hud ada bagi nama2 sukan ni Hahaha1 Rezeki Bersama 2 Ikatan Suci 3 Larian Kejayaan 4 Tangkapan Cinta 5 Melayari Bahtera Bersama Acara Ikatan Suci Acara Rez...
Bila Hari Sekolah Kene Pakai Bukan Baju Sekolah

Bila Hari Sekolah Kene Pakai Bukan Baju Sekolah

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 471 hits
Ini cerita semalam Hari Khamis balik sekolah tu anak2 bagitau yang hari Jumaat kene pakai baju kurung dengan tudung dan kasut sekolah Ada sambutan Maulidur Rasul kat sekolah Maka pagi Jumaat tu comel2 warna warni la semua bebudak kat sekola...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly