Tips Persediaan Perkahwinan
Bagi bakal pengantin persediaan sebelum kahwin perlu sempurna dan persiapan mestirapi. Namun jika dilihat kepada situasi ekonomi sekarang mesti fikir tentang bajet majlis perkahwinan dan juga tips persediaan perkahwinan.

Imej via Pixabay
Bajet majlis perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan bajet atau kos kenduri makan minum. Tetapi turut melibatkan kos wang hantaran, barang hantaran, pakaian pengantin, pelamin dan juga perkara-perkara lain berkaitan persiapan majlis perkahwinan.
Bajet sebuah majlis perkahwinan boleh jadi berbeza-beza bergantung kepada banyak faktor. Jadi, bagaimana cara nak kurangkan bajet persediaan majlis perkahwinan tetapimajlis masih meriah.
Jom baca tips ini sebagai panduan untuk bakal pengantin.
Tips Persediaan Perkahwinan
Lokasi Kenduri Kahwin
Jika boleh pilihlokasi majlis yang tidak memerlukan kos tinggi. Tak perlu nak buat di hoteljika ingin berjimat. Kalau kawasan rumah terhad, sewa dewan serbaguna atau dewan majlis perbandaran. Jangan pula sewa dewan persendirian yang mahal harganya. Cuma untuk menyewa dewan,perlu menempah terlebih awal. Sebab dewan serbaguna ni tak banyak.
Pastikan anda menempah dewan enam bulan awal sekiranya majlis itu di sambut di kawasan bandar. Hal ini untuk mengelakkan harga dewan menjadi mahal sekiranya anda membuat tempahan di saat-saat akhir sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan.

Nak lagi menarik, apa kata buat di taman atau tepi pantai. Paling penting minta permit dari pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu. Cuma jika buat konsep outdoor ini kena tengok ramalan cuaca sama. Jangan pula dah tahu musim hujan, nak buat kat luar juga. Tapi kalau nak buat kelainan apa salahnya kan.
Makanan Tetamu dan Pengantin
Paling penting jangan membazir. Ikut kemampuan diri.
Menu untuk makanan perlu dihadkan juga. Jangan terlampau banyak hingga membazir.
Yang penting adalah menu utama iaitu nasi, lauk pauk dan air minuman. Menu-menu tambahan lain seperti burger, murtabak, cendol, roti john, kambing bakar pilih jika berkemampuan sahaja. Kalau nak buat juga, masak makanan yang kos rendah seperti bubur kacang.
Makanan untuk santapan pengantin juga tidak perlu membazir. Hidang menu yang sama seperti tetamu. Untuk nampak menarik, minta tolong saudara mara yang pandai buat ‘plating’.
Pakaian Pengantin

Pemilihan baju pengantin amat penting untuk dijadikan tips persediaan perkahwinan. Untuk baju pengantin, menyewa dengan butik pengantin adalah lebih murah berbanding menempah khas
Kalaunak tempah juga, pastikan baju pengantin tersebut boleh digunakan juga pada waktu dan majlis lain, bukan sekadar pada hari majlis perkahwinan sahaja. Adajuga bakal pengantin perempuan yang jahit sendiri baju pengatin. Ini lagi jimat dan pastinya lebih puas kerana menepati citarasa pengantin sendiri.
Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh dikongsi. Cuma 3 perkara ini selalunya bakal pengantin pasti pening kepala. Bagi persediaan lain seperti jurugambar dan jurumekap, boleh cari kawan-kawan atau pilih pakej yang betul. Jangan sampai tertipu.
Bagi hantaran, pelamin dan kad jemputan jika pandai guna konsep DIY. Lagi jimat. Nak kahwin ni kena pandai jimat. Perbelanjaan selepas majlis kenduri lagi besar.
The post Tips Persediaan Perkahwinan (Jangan Sampai Membazir) appeared first on cikpinz.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikpinz.com/tips-persediaan-perkahwinan-jangan-sampai-membazir/