Tips Persediaan Melancong Ke Luar Negara
Tips Persediaan Melancong - Kalau tak ada halangan bulan 10 ni akan pergi ke luar negara. Kat mana tu dirahsiakan nanti kalau g tau sekarang takot plan tak jadi pula. Tiket pun dah book tinggal nak pergi je.
sekadar gambaar hiasan
10 Tips Persediaan Melancong Ke Luar Negara
Just nak kongsi sedikit persediaan apa yang perlu tahu kalau nak melancong kat luar negara. Berikut adalah 10 Tips Persediaan Melancong Ke Luar Negara :
1.MenabungMempunyai banyak wang yang mencukup amat penting disamping bajet untuk 'travel plan' masing-masing. Kalau bercuti bersama keluarga tentukan bajetnya lebih berbanding cuti jenis 'baackpackers'. Ini terpulang kepada 'percutian ideal' masing-masing. Asingkan duit untuk bercuti ke dalam tabung khas
2.Survey / Cari MaklumatIni juga salah satu kaedah mengurangkan kos perbelanjaan bercuti. Cuba survey seperti:
*Destinasi
*Harga Tiket pengangkutan
*Tiket "theme park/event" yang dituju
Pada hari minggu kebanyakan pusat pelancongan akan sesak (peak hour) dan menyebabkan ketidakselesaan. Harga dan caj yang dikenakan lebih mahal berbanding hari biasa. Kebiasaannya di Eropah ada tempat-tempat yang ditutup ketika musim salji
3.Pakej PromosiUntuk promosi pelancongan, cuba lihat promosi oleh negara yang kebetulan mengadakan tahun melawat negara/tempat tersebut. Contohnya, Tahun Melawat Malaysia 2014 banyak diadakan acara menarik yang disampingnya terdapat promosi pakej pelancongan yang menarik
4.Agensi PelanconganAda juga pelancong yang suka membuat travel plan sendiri namun bagi memudahkan serta menyenangkan rancangan percutian ada yang memilih untuk menggunakan agensi pelancongan lebih-lebih lagi yang pertama kali ke destinasi
Ini bagi mengelakkan diri daripada ditipu atau membuang masa untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Bagi percutian berkumpulan menjimatkan kos perjalanan apabila berkongsi kos contohnya Hotel
Jika mahu travel plan sendiri juga cuba baca pengalaman orang di blog tentang percutian yang ingin dituju dalam pada masa yang sama tanya rakan-rakan di laman media sosial yang ada pengalaman bercuti ke luar negara
5.Tarikh SesuaiMemastikan tarikh yang dipilih sesuai dan tidak bertindan dengan aktiviti-aktiviti lain. Sebaiknya tarikh tersebut lima (5) bulan awal selain menyiapkan tugasan yang patut sebelum bercuti
6.Tempahan AwalTempahan awal tiket perjalanan bagi mengelakkan tiket kehabisan. Biasanya harga tempatan saat-saat akhir adalah mahal berikutan permintaan yang tinggi. Namun jika nasib baik korang juga mungkin dapat harga yang lebih murah dari harga biasa
Bagi tempahan hotel contohnya pada saat akhir terdapat "website" yang menawarkan harga murah. Bagi "mereka" lebih baik ada yang menginap daripada tiada pelanggan langsung. Dan ini adalah risiko yang mungkin berbaloi
7.Wang TunaiWang tunai penting terutama berbelanja di luar negara. Bagi yang mennggunakan kredit kad perlu teliti caj yang dikenakan. Pastikan kad debit/kredit ada diaktifkan untuk penggunaan luar negara
8.ChecklistMenyediakan checklist untuk barang-barang yang perlu dibawa bagi mengelakkan barang tertinggal terutamanya dokumen penting
9.DokumenDokumen penting perlulah disediakan lebih awal passport, cek kembara, kad pengenalan, surat doktor (untuk yang mengandung dan yang tidak sihat), tiket kapal terbang dll
10.PetaIni adalah pilihan, cuma ia sangat membantu. Sekarang sudah ada Google Maps yang memudahkan korang merancang jenis pengangkutan ke tempat-tempat yang menarik
Peringatan : Sila semak Status Perjalanan ke luar negara supaya tidak dihalang untuk keluar negara ketika di airport nanti. Pastikan korang tidak dalam senarai blacklist dan sudah membayar ansuran pinjaman PTPTN
Boleh Join Telegram Group Backpackers kalau nak tanya pasal pengalaman travel ke luar negara
Semoga tips persediaan melancong ke luar negara membantu korang merancang percutian dengan lebih baik. :D
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adarain.com/2016/03/tips-persediaan-melancong-ke-luar-negara.html