
3. Pakai losyen atau VaselineKalau kulit jenis kering sebaiknya lembapkan dulu dengan losyen. Tapi seeloknya pilih yang tiada bau. Paling tidak sapu Vaseline pada bahagian yang disembur terutamanya di bahagian nadi.4. Lepas mandi sebelum pakai bajuWaktu paling sesuai untuk menyembur minyak wangi supaya baunya kekal lama adalah adalah selepas mandi sebelum mengenakan baju.5. Jangan goncang botolSebelum menyembur minyak wangi jangan goncang botolnya. Tapi ini dah macam jadi kebiasaan kita kan. Perbuatan menggoncang botol minyak wangi ini membuatkan udara mudah masuk dan mengurangkan kualiti harumannya.
6. Dah sembur, tak perlu gosokSelepas sembur, ramai yang gosok bahagian tersebut tapi sebenarnya cara ini salah. Elakkan menggosok minyak wangi yang telah disembur kerana ia boleh menjejaskan molekul wangian hingga menjadikan baunya berubah.7. Jarak semburanSembur minyak wangi pada jarak 4-6 inci dan semburan tak perlu terlalu lama. Sekejap je!8. Simpan jauh dari cahayaSelepas menggunakan minyak wangi, simpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari tingkap. Cahaya, kepanasan dan kelembapan juga boleh menjejaskan kualiti bau minyak wangi.
Active Search Results Search Engine|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |