Tips Mudah Pengurusan Kewangan Peribadi


Tips mudah pengurusan kewangan peribadi.
Selamat Tahun Baru 2023!
Alhamdulillah syukur Allah masih panjangkan umur kita untuk melangkah masuk ke tahun baru. Apa azam korang tahun ni pulak? Hmm itu soalan normal kalau kita masuk ke tahun baru.
Macam biasa azam orang perempuan for sure nak kurus. Hihi tapi syukur berat saya maintain selepas melahirkan anak ke 6, si Anas Danial. Masa dalam pantang 2 minggu dah dapat berat asal 63kg.
Sebelum bersalin tu berat saya 71kg. Turun 8kg dalam masa 2 minggu berpantang? Cepat kan? Mana taknya suami memang masakkan menu yang betul-betul boleh buat kita kurus kalau konsisten.
2 minggu tu menu saya makan ulaman, ikan singgang, peria crispy dan bawang putih crispy beli kat shopee. Memang rasa sedih tengok menu yang sama je setiap hari tapi bersyukurlah sebab suami tak merungut pun bantu kat dapur. Jimat duit tak perlu hire confinement lady.
So waktu tu memang cepatlah turun berat badan. Korang nak diet pun cubalah makan menu rebusan ni, for sure berjaya jugak. Sabar itu tangga kejayaan ;).
Menabung dari awal untuk masa kecemasan Alhamdulillah dah masuk 3 bulan pun baby. Kuat susu, kuat nangis, suka senyum, dan semua kakak-kakak dan abang-abang pun suka gomol dia. Baby kan, siapa yang tak suka? Memang menceriakan je baby ni.

Dan yang pasti bila dah ada anak ramai ni memang kena banyak menyimpan dan berjimat cermat. Alhamdulillah saya masih bekerja, suami pula dah setahun memegang title REN. Memang kami ada buat simpanan untuk menampung perbelanjaan sepanjang suami bekerja sendiri ni.
Kalau korang nak tahu, bila bersalin anak ke 6, saya dah tak entitle untuk cuti bersalin. Makna kata saya unpaid leave selama 46 hari selepas tolak cuti tahunan 14 hari. Sedih kan?
Memang sedih sebab banyak komitmen kewangan dan juga tanggungan anak-anak ni. Tapi macam saya cakap tadi, memang saya dan suami jenis tak boros berbelanja. Dari awal bekerja kami memang mengumpul duit gaji setiap bulan.
Tips mudah pengurusan kewangan peribadi Saya dan suami memang dah ada akaun Tabung Haji masing-masing. Dan kami memang dah allocate 20% dari duit gaji bulanan untuk masuk ke akaun TH ni. Orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Biasanya kalau kita target nak menyimpan, memang kena ada akaun berasingan. Kalau 1 akaun je, bimbang kita akan berbelanja tanpa had dan mudah je buat pengeluaran. Jadi TH lebih mudah sebab siap-siap dah tolak zakat juga atas simpanan kita.
Duit  simpanan TH ni saya buat potongan gaji. Jadi memang tak sedar transaksi tu bila mana ianya auto deduct dari akaun gaji. Syukur bila ada waktu kecemasan, ianya dapat membantu perbelanjaan kami.
Kalau nak harap simpan dan transfer sendiri tu boleh. Tapi takut saya tak konsisten dan kadang terlupa. Jadi ambil cara mudah, kita buat potongan gaji lagi mudah.

Lagi satu saya juga guna family budget planner untuk kirakan berapakah allocation yang perbelanjaan untuk keperluan, dan belanja yang lain-lain. Bagus sebab kita boleh tahu bajet perbelanjaan setiap bulan dan kita boleh trace mana perginya duit gaji bulanan.

Just masukkan figure pendapatan kat calculator tu. Dan boleh nampak amaun untuk setiap perbelanjaan mengikut peratus. Bagus ada panduan macam ni so taklah kita over spent untuk benda-benda yang tak perlu.
Menyimpan dari anak lahir Untuk anak-anak pula saya dah bukakan juga akaun Tabung Haji untuk diorang. Jadi duit yang diterima dari mereka lahir, duit raya dan duit poket yang dikumpul, semuanya saya akan masuk ke TH.
Sekarang mudah dah boleh transfer online kan, dari CIMB atau Maybank boleh transfer ke TH. Duit diorang tu kontra je dengan duit poket saya. Lebih mudah dan tak perlu ke kaunter.

Panduan kalkulator menabung ni jugak sangat membantu. Contohnya tak tahu berapa allocation untuk simpanan dan dividen yang kita akan terima. Just masukkan figure dan kita terus nampak berapa compunding interest untuk satu-satu masa simpanan.
Keputusan menyimpan ni memang atas diri kita sendiri. Antara nak dengan tak nak dan konsisten atau tidak sahaja. Nak menyimpan kenalah disiplin kan.
Kalau tak sama je masih lagi boros berbelanja atau simpanan hanya sedikit dari portion perbelanjaan yang tidak perlu. Masa susah biasanya payah nak cari orang yang boleh bantu kita. Ada tu ada tapi kita pun faham masing-masing ada komitmen sendiri.
Mendidik anak menyimpan dan menabung Saya perasan bila saya daftarkan akaun TH untuk anak-anak, diorang tanya kenapa ibu simpan kat situ? Kenapa tak belanja je duit raya tu? Kita sebagai mak ayah kena explain supaya diorang faham.
Actually duit raya tu memang purposely untuk simpanan masa depan diorang. Maybe perlu untuk tujuan diorang sambung belajar atau waktu-waktu yang diperlukan.
Dan hari ni nampaknya, anak yang umur 6 tahun tu pun dah pandai. Kalau nampak ada duit syiling kat lantai, terus ambil dan masuk dalam tabung. Katanya nak beli barang mainan.
Alhamdulillah nampaknya dah pandai jugalah dia menilai erti menabung tu ;). Tak kisah pun berapa nilai tabungan kita, ikut poket masing-masing. Kalau kita ada target untuk dapatkan sesuatu atau nak berkahwin, buatlah tabungan.
Insha allah menjamin masa depan. Semoga entri Tips mudah pengurusan kewangan peribadi ini bermanfaat untuk semua.
The post Tips mudah pengurusan kewangan peribadi appeared first on Ajumohit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ajumohit.com/2023/01/tips-mudah-pengurusan-kewangan-peribadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Mudah Dan Cepat Dalam Memilih Data Center Indonesia Yang Terbaik

Tips Mudah Dan Cepat Dalam Memilih Data Center Indonesia Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 203 hits
kini makin diakui keberadaannya Bagi perusahaan yang memiliki aplikasi data center memiliki peran penting dalam menjaga aplikasi itu agar selalu bisa diakses Jika Anda adalah salah satu pihak yang membutuhkan data center untuk kepentingan b...
Budaya Luhur Berisi Kerukunan Masyarakat Jangan Mudah Dipecah Belah

Budaya Luhur Berisi Kerukunan Masyarakat Jangan Mudah Dipecah Belah

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 184 hits
Untuk itu masyarakat harus terus diberi pemahaman agar terhindar dari segala macam bentuk upaya adu domba
Seleksi Resipi Nasi Himpit Terengganu Mudah Sedap

Seleksi Resipi Nasi Himpit Terengganu Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 254 hits
Menu nasi himpit atau nasi kapit popular di Terengganu Sesuai dimakan bila bila masa saja namun kebiasaannya nasi himpit dijadikan menu sarapan Kali ini kita kongsikan 4 resipi nasi himpit oleh Muliadi Ramli yang sering menjadi pilihan Anda...
Buat Duit Tepi Dengan Mudah

Buat Duit Tepi Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 223 hits
Buat Duit Tepi Dengan Mudah Secara Pasif Setiap Bulan Bagaimana cara buat duit tepi yang mudah setiap bulan Menjana extra The post appeared first on
Cara Mudah Semak Nombor Plate Terkini

Cara Mudah Semak Nombor Plate Terkini

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 255 hits
Fikir lu Cara semak nombor plate terkini bagi setiap negeri Sila klik di sini atau klik portal JPJRekod plat Kereta termahal di Malaysia Nombor TAY 1 adalah antara bidaan tertinggi di Malaysia RM220 000 Harga bidaan itu mengatasi harga untu...
2 Cara Restart Iphone Paling Mudah Dan Cepat

2 Cara Restart Iphone Paling Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 220 hits
Bagimana cara restart iphone Atau anda tak pernah restart iPhone anda hehe Ada artikel yang mengatakan bahawa jika anda restart smartphone anda sekurang kurang nya 1 kali dalam 1 2 minggu ia boleh memanjangkan hayat smartphone anda dari seg...
Sup Telur Mudah Sedap Satu Hidangan Ni Cukup Buat Anak Anak Makan Bertambah

Sup Telur Mudah Sedap Satu Hidangan Ni Cukup Buat Anak Anak Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 366 hits
Tak ada idea nak masak apa tapi anak anak tetap mahu makan air tangan ibu Apa kata cuba buat resipi ini Satu hidangan ini pun dah lengkap untuk makan dengan nasi Kalau anak tak mahu makan nasi pun boleh kenyang jika makan sup telur ini saja...
Hiburan Kenapa Online Seller Kena Cuba Platform Delivery Ini Mudah Jimat

Hiburan Kenapa Online Seller Kena Cuba Platform Delivery Ini Mudah Jimat

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 172 hits
Sekarang segalanya lebih mudah dengan dunia di hujung jari Ramai antara kita memilih untuk menjadi penjual secara online Nak menjual apa apa tak perlu keluar rumah pun dengan beberapa klik kita boleh membuat transaksi jual beli Namun kerap ...
Mudah Dapat Akan Kurang Kemanisannya

Mudah Dapat Akan Kurang Kemanisannya

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 125 hits
MUDAH DAPAT AKAN KURANG KEMANISANNYA Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Hihi BETUL KE kita ni manusia begitu Macam mana tu Okay macam ni ceritanya sesuatu perkara atau sesuatu benda tu bila kita ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco