Tips Merekabentuk Kabinet Dapur


hai assalammualaikum
Tips Merekabentuk Kabinet Dapur - Sekarang ni nad tengah tengok idea kabinet dapur yang simple dan cantik. Selalu juga tengok video dapur dekat tiktok, dapur diaorang kemas, cantik dan aesthetic bila ada kabinet ni. Biasalah, kita tengok dulu, buat contoh, mana tau ada rezeki bole buat dapur idaman, gitu!! Bagi yang baru dapat rumah, perkara pertama mesti fikir bahagian dapur kan. Nak tempah dan rekabentuk kabinet yang diinginkan

Yela, dapur ni ibarat terapi bagi wanita tau. Bila masuk dapur dalam keadaan semua tersusun cantik, nak memasak pun best. Tempat simpan barang semua biar nampak teratur dan tidak serabut. Jadi nak buat kabinet dapur ni perlu ada langkahnya supaya memudahkan, berfungsi dengan baik dan ergonomik.

Tips Merekabentuk Kabinet Dapur
Nak buat kabinet dapur ni perlu ada langkah-langkah dia tau, bukan main pasang sahaja. Langkah ni penting supaya kabinet yang dipasang, sama dengan apa yang kita nak. Mesti sebelum masuk kita dah tau bahagian kabinet kita nak warna apa, material apa, rekabentuk macam mana, ruang penyimpanan barang dan kos

1) Pergi ke showroom atau survey kabinet dapur yang disukaiPergi showroom nak tengok kabinet dapur yang mana diminati dan sesuai mengikut tema. Yela, kadang kita ni dapur nak ada tema dia kan, sama macam warna rumah. Boleh juga ke kedai yang korang dah aim nak tengok-tengok dahulu kan sebelum suruh diaorang datang nak buat ukuran

Penting untuk korang survey dahulu tempat kabinet yang korang nak. Selalunya untuk survey quotation sebelum membuat keputusan. Nak cari lebih dari 10 pun boleh, sebab taknak menyesal dikemudian hari

2) Mengetahui bentuk Kabinet yang diinginkanSelalunya kita ni mesti dah tengok contoh-contoh dapur yang ada, ada yang bentul L dan bentuk U. Jadi rancang nak kabinet rupa bagaimana. Masa ni juga boleh buat perancangan susun atur kabinet, dekat mana tempat memasak, ruang sinki , ruang penyimpanan elektrik, perkakas dan peti sejuk

3) Memilih Material Kabinet Dapur Setiap kali kita hendak merancang kabinet dapur baru kita, satu dari keputusan paling penting yang perlu kita beri perhatian ialah tentang pemilihan pintu untuk kabinet dapur kita. Pintu kabinet dapur merupakan satu kawasan permukaan terbesar yang kita akan lihat di dapur. Ia akan menunjukkan dapur kita kelihata English Style, Moden, tradisional dan macam-macam lagi. Konsep dan gaya kabinet dapur yang kita kehendaki bergantung kepada kekemasan, warna pintu dan aksesori pintu kabinet dapur

Tahukah anda pentingnya untuk anda mengenali jenis material kabinet dapur sebelum anda pasang
.Selain daripada rupa kabinet dapur yang cantik anda turut perlu mengambil kira beberapa faktor lain seperti :- Ketahanan kabinet dapur untuk jangka masa panjang- Kekukuhan kabinet dapur mengikut penggunaan- Kekalisan kabinet dapur terhadap ancaman air- Kehadiran serangga perosak seperti anai-anai
Terdapat 4 jenis material kabinet dapur untuk membina body kabinet dapur iaitu Melamine ABS/Particle Board, Plynyatoh Sandwich, Blockboard, Acrylic, 3D Glass dan Chipboard. Bila dah pilih, boleh la ke step seterusnya

Pilih bahan tahan lasak1. Pilihlah bahan kaunter atas dapur (table top) yang tahan lasak iaitu dapat menampung bahan masakan yang panas dan suhu panas
2. Anda boleh memilih material konkrit, solid surface, marble ataupun granite
3. Pilihlah warna cerah kerana bahan ini mudah tercalar. Warna gelap akan menampakkan calar dengan ketara
4. Bahan yang lasak dan bermutu seperti batu granit boleh menarik perhatian pembeli rumah jika anda ingin menjual rumah anda kelak
5. Oleh itu, tidak salah jika anda lebihkan bajet sedikit untuk mendapatkan barang yang lebih baik dan bermutu

4) Warna Dan GayaHah, bab warna ni la yang ditekankan selalu. Biaslah perempuan mestila nak sedap mata memandang. Ada yang satu ton warna, ada yang nak dua ton warna. Penting warna tu bukan mencacatkan suasana, tapi mencantikkan ruang dapur tu. Ada orang suka warna cerah, ada orang suka warna gelap, ada suka warna pastel

5) Ukuran Ukuran ini penting untuk melihat sampai mana kita nak pasang kabinet itu dan sepadan dengan dapur. Ada orang mahu kabinet banyak ruang, ada juga kabinet kecil sahaja. Jika dapur kecil, maka keutamaan harus diberikan kepada reka bentuk yang padat supaya ia tidak mengecilkan ruang. Tetapi untuk ruang makan yang besar, dia mungkin boleh menggunakan perabot dengan dimensi yang besar

6) PerancanganKedai yang korang pilih akan datang buat ukuran dan berbincang dahulu susun atur kabinet dapur berkenaan mengikut kesesuaian dapur tersebut. Tengok ketinggan syiling dan keluasan dapur. Semua ni untuk custome kabinet dapur yang akan dibuat nanti



Membuat pelan dapur  – Lakarkan pelan dapur anda dengan jelas dan tepat. Lukis susun atur kabinet dapur yang anda inginkan pada kertas tersebut

Kedudukan sinki (sink), dapur (stove), peti ais (fridge) dan ketuhar (oven) memainkan peranan yang penting dalam sebuah dapur

Sinki1. Sinki adalah paling sesuai berhadapan dengan tingkap dalam dapur
2. Ini bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada pengguana namun ia juga mengelakkan kelembapan dalam dapur terutamanya sinki yang sering dalam keadaan basah
3. Cahaya matahari dan angin dari tingkap dapat mengeringkan sinki yang basah dengan lebih cepat. Ini juga salah satu cara untuk memanjangkan jangka hayat kabinet dapur anda

Dapur1. Bagi dapur pula, ia adalah lebih sesuai letak berhampiran dengan sinki
2. Ini bukan sahaja dapat memudahkan pengguna namun penyedut asap (hood) dapat mengeluarkan asap dari dapur dengan lebih cepat
3. Semakin pendek paip penyedut asap, maka ia dapat memaksimumkan fungsinya untuk mengeluarkan asap dari dapur anda
4. Lokasi yang agak sesuai bagi dapur adalah 1.5 kaki ke 3 kaki jarak dari sinki, jadi ruang antara sinki dan dapur adalah cukup untuk dua orang pengguna untuk melakukan kerjanya di depan sinki dan dapur

Ketuhar1. Ketuhar adalah sejenis barang elektrik voltan tinggi dan ia adalah tidak sesuai kalau letak berhampiran dengan dapur. Kebiasaannya jarak sekurang-kurang 3 kaki di antara dapur dengan ketuhar adalah lebih selamat bagi pengguna
2. Ketuhar biasa memerlukan ruang 600mm x 600mm, jadi ia boleh diletakkan di kabinet bawah atau di dalam kabinet tinggi
3. Bagi meningkatkan kegunaan kabinet supaya pengguna boleh simpan lebih banyak barang, kabinet tinggi/dinding merupakan salah satu pilihan yang baik
4. Di samping itu, jika pengguna letak ketuhar dalam kabinet tinggi, maka pengguna boleh menentukan ketuharnya pada ketinggian yang sesuai dan memudahkan pengguna semasa menggunakan ketuharnya



Peti Sejuk1. Peti sejuk merupakan salah satu barang yang agak besar dalam dapur, kedudukan yang paling sesuai untuk peti ais adalah di hujung dapur supaya menjadikan keadaan ruang dapur lebih luas
2. Kebanyakan pereka kabinet dapur suka letak kabinet dinding di tepi peti ais supaya ia tutup tepi peti ais supaya hanya nampak pintu peti ais
3. Ini merupakan cara yang paling baik untuk menyembunyikan peti ais yang besar ini di dalam kabinet demi menyerlahkan dapur yang lebih kemas dan teratur
4. Walaubagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya menjarakkan sekurang-kurang 4 inci di antara peti ais dengan kabinet tujuannya untuk membekalkan sistem pengudaraan yang lebih selesa

7) Cahaya dan Aliran Udara 1. Pertama sekali yang harus diberi perhatian ialah suasana dapur haruslah terang dan mempunyai aliran udara yang baik
2. Ruang dapur adalah tempat pelbagai kegiatan memasak serta menyediakan makanan dan minuman. Apabila di dapur, penghuni rumah banyak menggunakan peralatan elektronik yang panas dan perkakas tajam. Oleh itu, isu keselamatan haruslah diutamakan
3. Dapur yang gelap dan malap boleh menyusahkan penglihatan ketika membuat kerja dan boleh membahayakan, lebih-lebih lagi jika kita penat dan lalai
4. Sesebuah ruang dapur akan kelihatan lebih luas jika keadaannya terang
5. Oleh ituitu pilihlah warna yang cerah dan terang
6. Aliran udara di antara pintu masuk dengan tingkap haruslah lancar dan tidak terhalang. Ini membolehkan bahang wap dan asap mudah mengalir keluar dan tidak menjadikan keadaan udara di dapur sesak dan berbau
7. Pencahayaan lampu hendaklah cukup terang untuk keseluruhan ruang kabinet dapur


8) Ruang penyimpananMenyediakan ruang penyimpanan dalam keadaan yang teratur dan sistematik. Ruang penyimpanan yang kerap digunakan hendaklah di letakkan pada level yang mudah di capai. Sebaliknya untuk barang yang kurang di gunakan boleh di letakkan pada level yang tinggi.Jika mempunyai rang kabinet dapur yang cukup, manfaaatkan aksesori kabinet dapur untuk setiap ruang. Ada yang suka semua tertutup seperti garpu sudu, pinggan mangkuk,simpan periuk kuali ada juga yang suka jenis terbuka. 


9) Penambahan island barSekarang kebanyakan orang nak ada island bar. Tak kisahla jenis besar atau kecil, mengikut kesesuaian ruang dapur. 
10) Pemasangan kabinet dapurLast sekali pemasangan kabinet dapur. Pemasangan pun jadi lancar bila semua ukuran, dan perancangan yang dibuat teratur. Tiadala salah sana sini lagi.Idea Kabinet Dapur Simple dan CantikDi bawah ini, idea kabinet dapur yang nad idamkan, simple dan cantik





Untuk buat kabinet dapurni pun sebenarnya korang boleh DIY sendiri, ikut bajet korang. Semoga perkongsian ini berguna dan memberi manfaat untuk korang terutama yang mencari kabinet dapur. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2023/06/tips-merekabentuk-kabinet-dapur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Indulge In Our Tips On How To Use Pastel Green In Home Decor

Indulge In Our Tips On How To Use Pastel Green In Home Decor

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 197 hits
Pastel green is a soft and delicate color capable of filling environments with tranquility warmth and freshness And for some time now pastel green has gained prominence in contemporary decorations that want to escape the The post appeared f...
Goalkeeper Training Tips And Techniques For Success

Goalkeeper Training Tips And Techniques For Success

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 198 hits
Goalkeepers are the backbone of any football team They are the last line of defense and can make or break a match That s why it s important for goalkeepers to have proper training and techniques to improve their skills and performance on th...
Gardening Tips And Tricks For Beginners

Gardening Tips And Tricks For Beginners

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 205 hits
Gardening is a wonderful way to spend time outdoors get some exercise and enjoy the beauty of nature Whether you have a small balcony a backyard or a large garden there are many benefits to growing your own plants and vegetables However if ...
Tips Telur Dadar Gebu Dan Rangup

Tips Telur Dadar Gebu Dan Rangup

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 172 hits
Resepi Telur Dadar Gebu Dan Rangup Sedapkan makan telur dadar baru masak dengan nasi panas panas kat kedai Siam dah lagebu dah sejuk pun rangup tapi bila buat kat rumah tak pula jadi macam tu apakah rahsianya Ha meh Cik Sue kongsikan tips y...
Home Decoration Ideas Transform Your Living Space With These Tips

Home Decoration Ideas Transform Your Living Space With These Tips

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 255 hits
Are you tired of your living space feeling dull and uninspiring It s time for a change With these home decoration ideas you can transform your living space into a stylish and comfortable oasis that you ll love coming home to every day 1 Sta...
Hearthstone Guide For Beginners Tips And Tricks

Hearthstone Guide For Beginners Tips And Tricks

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 260 hits
Are you new to Hearthstone and looking for some tips and tricks to improve your gameplay Look no further In this guide we will cover everything you need to know to get started in the game and become a skilled player Getting StartedCreating ...
Amalan Gaya Hidup Sihat Tips Uncle 75tahun Awet Muda

Amalan Gaya Hidup Sihat Tips Uncle 75tahun Awet Muda

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 248 hits
Minggu lepas hujung minggu husband ajak sarapan di mamak area berdekatan sambil nak hantar anak sedara p trainig bola Sampai kedai mamak ni mak aiii kemain ramai orang oklah sebab dah nak makan duduk je la kami memilih duduk paling belakang...
5 Tips Dan Trik Untuk Memahami Dinamika Slot Online

5 Tips Dan Trik Untuk Memahami Dinamika Slot Online

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 207 hits
Permainan telah menjadi fenomena yang populer di dunia perjudian daring Ribuan pemain dari seluruh dunia bermain slot setiap hari mengejar kesenangan dan peluang untuk memenangkan hadiah besar Bagi pemain pemula memahami dinamika permainan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba