Tips Menunggang Motorsikal Ketika Hujan




MUSIM hujan datang kembali. Di Malaysia, pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal memang tidak dapat lari daripada hujan.
Menunggang di dalam hujan atau atas jalan basah adalah cabaran buat mana-mana penunggang tanpa mengira apa jenis motosikal dan tahap kemahiran yang anda miliki. Jadi, kami sediakan 10 tip keselamatan mengenai cara mengendalikan motosikal ketika hujan.
1. PERLAHANKAN KELAJUAN
Memperlahankan kenderaan memang sesuatu yang kita wajib tahu apabila hujan. Air yang bertakung atas jalan akan menyebabkan tayar hilang cengkaman akibat disebabkan berlaku situasi aquaplane.
2. …TETAPI JANGAN TERLALU PERLAHAN
Berapa perlahankah kita harus menunggang? Jawapan spesifik bergantung kepada jenis tayar, keadaan tayar, jenis motosikal, kuasa enjin, bantuan elektronik, tahap skil penunggang, dan sebagainya. Secara am, kita harus menunggang pada kelajuan yang membolehkan kita mengawal jentera dengan sempurna dan tidak terlalu perlahan.
Ini ialah roda motosikal menghasilkan daya giroskopik (gyroscopic force) ketika berpusing. Daya inilah yang memberikan imbangan kepada motosikal untuk bergerak secara menegak atas dua roda. Jadi, motosikal lebih stabil jika ditunggang lebih laju kerana menghasilkan lebih daya giroskopik dihasilkan.
Jika kita bergerak terlalu perlahan, motosikal berisiko tumbang jika menempuh sesuatu rintangan seperti lopak air dalam. Juga, motosikal akan rasa berat dan tidak senang dikawal apabila terlalu perlahan, terutama motosikal besar.
Selain itu, roda yang berpusing menghasilkan daya sentifugal (centrifugal force) pada permukaan tayar untuk mengaut air daripada permukaan tayar supaya dapat mencengkam jalan. Jadi, tungganglah pada halaju stabil dan mampu memberikan anda respon kawalan terbaik.
3. TUNGGANG SECARA LANCAR
Semua pergerakan harus dirancang awal. Ini membolehkan kita tidak memecut, membelok, membrek atau menukar gear melulu. Kelancaran tunggangan memberikan masa untuk tayar bertindak seperti sepatutnya.
4. PANDANG JAUH DAN LUAS
Kami berpendapat ramai pengguna jalan raya tidak menggunakan deria pandangan dengan betul ketika memandu atau menunggang. Ini bukan salah kita sebab kita tidak diajar teknik penglihatan yang betul di sekolah memandu.
Kita harus alihkan perhatian kita dan bukan hanya menumpukan  satu kawasan di depan. Sebaliknya, gerakkan pandangan ke beberapa tempat seperti pandang ke depan sejauh boleh. Selain itu, gerakkan pandangan ke sisi sebelah kanan dan kiri.
Jadi mata seperti radar untuk mengimbas jalan di depan, dan jangan lupa periksa cermin pandang belakang. Ini membolehkan anda menjangka sebarang situasi berbahaya dengan lebih awal. Ingat petua nombor tiga tadi?
5. RELAKSKAN BADAN
Menungganglah dengan relaks, terutama siku dan pinggang. Ini membolehkan casis dan suspensi motosikal berfungsi sebetulnya. Sebaliknya, motosikal sukar dikawal jika menunggang dengan gaya mengeraskan badan (mungkin sebab kesejukan). Malah, akan rasa lebih cepat penat dan stres. Ini membuatkan ramai penunggang tidak suka menunggang dalam hujan.
6. APA KENA BUAT KALAU TAYAR MENGGELINCIR?
Tayar yang menggelincir (sliding) bukan maksud tiada harapan lagi kerana tayar itu sedang mencari cengkaman dan posisi yang stabil. Apa perlu buat adalah kekal relaks dan tidak melakukan sesuatu secara mendadak dengan mengekalkan posisi terotel.
Kita boleh tegakkan motosikal sedikit ketika dalam selekoh. Jangan sesekali terus lepaskan terotel atau tekan brek! Jika anda sedang laju dan tayar mula menggelincir, tutup terotel dengan lembut.
Di sini, petua nombor 5 adalah penting. Jika mengeraskan badan, tayar motosikal akan menggelincir lebih teruk hingga menyebabkan kita hilang kawalan dan terbabas.
7. TEKNIK REDAH BANJIR
Ghairah tengok gambar motosikal advencer meredah banjir? Itu boleh dilakukan kerana mereka sudah tahu tahap kedalaman air dan sebarang rintangan dalam air sebelum  beraksi seperti itu.
Jika terpaksa menempuh air yang dalam seperti banjir, tunggang perlahan, guna gear rendah (2 atau 3) dan pulas terotel berterusan. Jangan pula main-main pulas-tutup terotel. Biarkan terotel dipulas secara konsisten, dan gunakan brek belakang jika hendak perlahankan motosikal.
8. JANGAN KHAYAL
Berkhayal adalah perbuatan paling berbahaya ketika menunggang. Anda mungkin terlalu penat selepas seharian bekerja, tetapi harus kekal fokus. Gunakanlah petua nombor 4 supaya fikiran sentiasa aktif. Lebih baik nikmati masakan isteri apabila selamat sampai rumah daripada terlantar di wad hospital akibat terleka kerana memikir isteri masak apa.
9. TAHU FUNGSI ABS
Sistem Brek Anti-Kunci  (ABS) ialah 'kawan baik' motosikal jika kita terpaksa membrek atas jalan basah atau licin. Ini kerana ABS berfungsi melepaskan tekanan brek supaya tayar tidak terkunci dan menggelincir, serta mencengkam kembali selagi kita menarik dan menginjak brek.
Tuil brek bergetar adalah tanda mudah ABS motosikal anda berfungsi. Jangan pula terkejut sampai lepaskan brek tiba-tiba.
10. PASANG LAMPU
Bagi motor yang bukan auto pasang.. kalau tak pemandu lain seperti kereta dan lori tak nampak kamu nanti.
11. PAKAI VISOR JERNIH
Untuk mengelakkan pandangan mata terganggu kerana angin, air hujan
12. PASTIKAN JARAK SELAMAT
Minimum satu meter dari kenderaan depan. Permukaan jalan basah membuatkan tahap cengkaman tayar berkurangan. Elakkan membrek mengejut kerana boleh menyebabkan anda terjatuh atau terlanggar kenderaan depan.
Ketahui 50 Rahsia Penjagaan Kereta Yang Ramai Pomen Tak Nak Anda Tahu



Sekiranya Tips Ini Bermanfaat Sila Share Kepada Rakan Anda

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blogtipsauto.blogspot.com/2021/10/tips-menunggang-motorsikal-ketika-hujan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Enggan Berdiri Ketika Lagu Kebangsaan Berkumandang 7 Diperintah Bela Diri

Kes Enggan Berdiri Ketika Lagu Kebangsaan Berkumandang 7 Diperintah Bela Diri

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 342 hits
PETALING JAYA Mahkamah Tinggi Kuching memerintahkan tujuh individu yang sebelum ini dibebaskan atas tuduhan enggan berdiri ketika lagu kebangsaan berkumandang dalam satu acara untuk membela diri pada 28 Okt Keputusan itu dibuat setelah mahk...
Dijemput Ketika Sujud Semoga Husnul Khotimah Untukmu Saudara

Dijemput Ketika Sujud Semoga Husnul Khotimah Untukmu Saudara

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 137 hits
Antara impian seorang muslim sejati adalah hendak mati dalam keadaan husnul khotimah atau pemergian yang baik Kalau boleh hendak dipanggil pergi dalam keadaan bersih dari dosa apatah lagi bila dapat pergi dalam keadaan sedang beribadah kepa...
Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Ambil Pukat Di Sungai Padas Kuala Tomani

Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Ambil Pukat Di Sungai Padas Kuala Tomani

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 331 hits
Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Padas petang tadi Foto BOMBA Operasi mencari dan menyelamat dihentikan petang tadi kerana cuaca tidak mengizinkan TENOM Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mengambil puka...
Tak Pakai Baju Ketika Bersenam Di Gim Lelaki Ini Bingung Diganggu Lelaki Lain

Tak Pakai Baju Ketika Bersenam Di Gim Lelaki Ini Bingung Diganggu Lelaki Lain

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 298 hits
SEORANG pengunjung gim dipuji apabila dia berani berhadapan dengan seorang lelaki yang merakam aks1nya sedang bersenam dalam keadaan tidak berbaju Nick Nush dari Pennsylvania Amerika Syarikat sedang bersenam di sebuah gim sebelum menyedari ...
Pilihan Raya Atas Nama Demokrasi Ketika Negara Masih Diancam Covid 19 Tidak Wajar

Pilihan Raya Atas Nama Demokrasi Ketika Negara Masih Diancam Covid 19 Tidak Wajar

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 213 hits
Tidak wajar pilihan raya diadakan atas nama demokrasi ketika negara masih dilanda ancaman pandemik COVID 19 Justeru kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya disaran mengambil pendekatan dengan melaksanakan strategi tertentu sekiranya mahu meng...
Tak Perlu Pakai Pelitup Muka Ketika Bahas Speaker

Tak Perlu Pakai Pelitup Muka Ketika Bahas Speaker

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 183 hits
Tak perlu pakai pelitup muka ketika bahas Speaker Ahli Parlimen kini diberi kelonggaran untuk membuka pelitup muka ketika berbahas Kelonggaran itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun susulan tiada kes Covid 19 direkodkan sepan...
Dukung Selamatkan Ibu Lumpuh Ketika Rumah Terbakar

Dukung Selamatkan Ibu Lumpuh Ketika Rumah Terbakar

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 211 hits
Mohd Zaiham menemani ibunya Bidah yang terselamat daripada kebakaran di Kampung Batu 48 Dungun hari ini DUNGUN Seorang wanita warga emas yang lumpuh separuh badan nyaris maut selepas rumah sewa didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung B...
Rakaman Mat Salih Santai Pakai Sarung Kain Batik Dan Selipar Ketika Konferensi Raih Perhatian Ramai

Rakaman Mat Salih Santai Pakai Sarung Kain Batik Dan Selipar Ketika Konferensi Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 443 hits
Kain batik dianggap sebagai simbolik kepada personaliti wanita Melayu yang sopan dan klasik Sehingga kini tradisi memakai kain batik masih lagi dikekalkan dan menjadi kegilaan ramai Bercakap mengenainya baru baru ini tular satu video yang m...
Polis Siasat Dakwaan Kematian Lelaki Ketika Ditangkap

Polis Siasat Dakwaan Kematian Lelaki Ketika Ditangkap

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Polis sedang melakukan siasatan terhadap kematian mengejut seorang lelaki disyaki pengedar dadah yang meninggal dunia semasa tangkapan ke atasnya dilakukan di sebuah rumah pangsa dekat Taman Dato Senu Sentul petang semalam
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told