Tips Mengawal Gula Dalam Darah Oleh Dr Zubaidi


 Assalamualaikum & Hi Semua!
Credit image: Lark Health
Makin meningkat usia, semakin perlu kita menjaga pemakanan dan mengawal pengambilan gula. Kerana semakin berusia seseorang, semakin meningkat risiko untuk terkena penyakit berangkai seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya. Mari sama-sama amalkan diet seimbang dan cara hidup yang sihat seperti bersenam, beriadah dan sebagainya. Berikut sis kongsikan tips dan cara mengawal gula dalam darah oleh Dr.Zubaidi.


CARA MENGAWAL GULA DALAM DARAHMenurut Dr. Zubaidi,
Bagi pesakit diabetes, pengambilan makanan faktor penting bagi mengawal tahap gula dalam darah. Ini kerana pesakit kencing manis mengalami masalah dalam proses metabolisme, yang sepatutnya karbohidrat diproses dapat dijadi gula (glukos) dan ditukarkan kepada tenaga.
Bagi pesakit kencing manis, metabolisme ini tidak berlaku. Gula yang dihasilkan tidak dapat digunakan menjadi tenaga kerana penghasilan insulin yang tidak mencukupi atau masalah insulin yang ada tidak dapat digunakan akibat kerintangan insulin (insulin resistance).
Maka berlakunya pengumpulan gula sehingga terlalu tinggi (hyperglycaemia) dan akhirnya mendatangkan komplikasi seperti kegagalan ginjal, kebutaan dan sakit jantung.
Oleh sebab itu, pesakit kencing manis harus mengurangkan pengambilan karbohidrat yang berproses kerana ia menghasilkan gula dengan segera. Ia dapat dikenalpasti kerana bacaan Glycemic Indexnya yang tinggi.
Ramai di kalangan pesakit kencing manis yang keliru dengan pemakanan (diet) yang terbaik untuk mereka. Pada hal ia penting bagi mengawal paras gula (glukosa) dalam darah.
Dengan pengambilan makanan yang betul, mereka mampu mendapat berat badan bersesuaian dan mengelakkan komplikasi kencing manis.
Saya selalu memberikan perkongsian tentang tiga perkara iaitu apa yang hendak dimakan, bila waktu makan dan jumlah komposisi makronutrien makanan yang perlu diambil oleh pesakit kencing manis.
Bagi memberikan kesan positif dan berpanjangan, terdapat tiga kumpulan makanan untuk pesakit diabetes iaitu makanan perlu dielakkan, makanan perlu dihadkan serta makanan yang bebas dimakan.
.
1. Makanan yang perlu dielakkan :
Makanan yang mengandungi karbohidrat berproses yang akan menghasilkan gula ringkas dengan cepat seperti nasi putih, gula putih, biskut, cookies dan roti putih. Banyak makanan yang diproses dan dibungkus mengandungi "gula tersembunyi". Ia dilabelkan sebagai maltosa, sukrosa dan fruktosa yang mungkin terdapat dalam sos, kicap, buah-buahan yang dikeringkan.
Makanan atau minuman yang manis selalunya mengandungi gula ringkas (dan akan meningkatkan tahap gula di dalam darah ¬dengan kadar cepat). Ini termasuk minuman yang menggunakan susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, jem dan semua makanan bersalut gula.
.
2. Makanan yang perlu dihadkan
Makanan mengandungi karbohidrat kompleks boleh diambil dalam jumlah sederhana kerana ia akan diserap perlahan-lahan dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah secara mendadak.
Oleh itu, pengambilan makanan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari, bukannya dimakan sekali gus dengan banyak.
Antaranya nasi perang dan nasi dari beras rebus, bijirin, kekacang, susu segar, pasta dari sayur-sayuran, ubi-ubian, buah-buahan dan sayuran berkanji seperti labu, jagung dan serbuk coklat.
.
3. Makanan boleh dimakan
Ini termasuk air kosong, air mineral, kopi/teh (tanpa gula), air barli (tanpa gula), jus limau nipis (tanpa gula), sayur-sayuran, ulam-ulaman, sup daging dan tulang (yang kurang lemak).
Pengambilan banyak serat dalam makanan sangat baik kerana ia melambatkan penyerapan gula ke dalam darah.
Serat pula boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air) dan serat tidak larut (tidak dapat dihadam sistem pencernaan namun membantu mengelakkan sembelit).
Serat tidak larut digalakkan untuk diambil untuk mengurangkan berat badan kerana mencepatkan rasa kenyang dan melambatkan rasa lapar. Pengambilan serat larut pula membantu melambatkan penyerapan gula dan kolesterol ke dalam aliran darah.
Contoh makanan mengandungi serat termasuk sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, jagung dan pasta.
Selain menjaga pemakanan, pesakit kencing manis juga digalakkan melakukan senaman ringan setiap hari seperti berjalan kaki, turun naik tangga atau berkebun.
Bagi mendapatkan teknik pemakanan terbaik bagi mengawal diabetes, boleh hadir ke ceramah kesihatan saya untuk mengetahui teknik pemakanan yang lebih sempurna.
Saya juga mencadangkan pesakit diabetes mengambil minyak sihat (healthy fat) bagi mendapatkan tenaga yang mencukupi setelah mengelakkan pengambilan karbohidrat yang berproses. Lemak sihat akan memberikan tenaga dalam bentuk non-sugar yang tidak menaikkan tahap gula dalam darah.
#HealthDrZubaidi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nadhiewueen.blogspot.com/2020/08/tips-dan-cara-mengawal-gula-dalam-darah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Gejala Gula Dalam Darah

Tanda Gejala Gula Dalam Darah

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 1142 hits
Anda mungkin ingin tahu apakah gejala gula darah tinggi yang mungkin berlaku pada tubuh kita Sebenarnya ada beberapa perkara yang boleh berlaku akibat gula darah tinggi dalam tubuh Kebanyakan daripada gejala yang berlaku ini tidak disedari ...
Mcdonald S Malaysia Menyokong Kempen Derma Darah Yang Disarankan Oleh Kerajaan Tarik Lebih 500 Orang Penderma

Mcdonald S Malaysia Menyokong Kempen Derma Darah Yang Disarankan Oleh Kerajaan Tarik Lebih 500 Orang Penderma

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 676 hits
Sentiasa menyokong dan berusaha memberi yang terbaik kepada masyarakat sekelilingnya dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sekali lagi untuk tahun keempat McDonald s Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan Kementerian Kesihatan ...
Pelancaran Meet In Malaysia Oleh Datuk Seri Nancy Shukri

Pelancaran Meet In Malaysia Oleh Datuk Seri Nancy Shukri

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 332 hits
Satu langkah untuk memperkasakan industri pelancongan domestik pihak Pelancongan Malaysia menganjurkan pelbagai aktiviti selepas dari kelonggaran Kerajaan Malaysia ketika PKPP Kemuncak dalam masa terdekat ini adalah majlis Pelancaran Meet I...
Polis Tak Tolak Panggil Saksi Lain Atas Kenyataan Tidak Jaga Solat Oleh Asri Janggut

Polis Tak Tolak Panggil Saksi Lain Atas Kenyataan Tidak Jaga Solat Oleh Asri Janggut

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 365 hits
Berhubung dengan isu Asri Janggut yang mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa anggota polis dan tentera tidak menjaga solat pihak polis menyatakan bahawa mereka tidak menolak untuk memanggil saksi lain untuk membantu siasatan atas kenyataan...
Simbol Perjuangan Palestina Sheikh Raed Salah Kembali Dijebloskan Ke Penjara Oleh Pemerintah Israel

Simbol Perjuangan Palestina Sheikh Raed Salah Kembali Dijebloskan Ke Penjara Oleh Pemerintah Israel

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 330 hits
Simbol perlawanan perjuangan Palestina Sheikh Raed Salah memulai human penjara 17 bulan atas tuduhan penghasutan pada Minggu Hukuman itu semula dijadwalkan dimulai pada Maret tetapi ditunda karena wabah virus corona Salah adalah pemimpin ca...
Syarat 5k Memilih Jodoh Oleh Rasulullah Saw

Syarat 5k Memilih Jodoh Oleh Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 295 hits
Anda tak yakin dengan bakal pasangan hidup anda Bagi menghilang keraguan bolehlah cuba ikuti tips syarat 5K memilih jodoh yang dikongsikan oleh baginda Rasulullah SAW ni Mungkin berguna untuk menilai bakal pasangan hidup anda 1 KenalRasulul...
Sembilan Tahun Alami Sakit Teruk Elyana Dedahkan Dia Menerima Mikrofon Yang Berharga Ribuan Ringgit Oleh Seseorang Ini

Sembilan Tahun Alami Sakit Teruk Elyana Dedahkan Dia Menerima Mikrofon Yang Berharga Ribuan Ringgit Oleh Seseorang Ini

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Senyuman terukir di bibir dan pergerakan lincah tidak membayangkan penyanyi Elyana Emrizal 33 berdepan dengan sakit teruk limfoma tahap empat
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah