Tips Memilih Syarikat Pinjaman Yang Selamat


Ramai yang tak tahu macam mana nak pilih syarikat yang betul, salah pilih seksa dibuatnya. Tak dinafikan memang ramai yang salah pilih syarikat. Nak bayar habis tak boleh, tak tahu berapa lama tempoh nak ikat dan macam-macam lagi masalah.
Masa nak pinjam tak selidik , yelah masa tengah terdesak atau kecemasan memang tak sempat nak ambil tau semuanya.Apatah lagi kalau pertama kali nak pinjam nak tanya kawan pun segan.
Berikut iza nak share beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk memilih syarikat pinjaman
1- PASTIKAN TAHU NAMA SYARIKAT & LOKASI SYARIKAT
Yang ni ada setengah orang pun tak tahu.Bila ditanya apa nama syarikat pun tak tau nak jawab apa.Alasannya hanya berhubung dengan orang tengah.Tak pasti syarikat tu kat mana.Apa-apa urusan dalam whatsapp je...
Jangan buat macam ni tau..! Bahaya.Umur kita tak tentu sampai hari ni atau esok.Seeloknya catatkan detail hutang, lokasi syarikat, jumlah hutang dan nama orang yang kita hutang tu untuk dihubungi. Ini memudahkan waris ..taklah nanti waris tak tau tiba-tiba ada orang cari kat rumah tuntut hutang..
Eh iza ni...cite bab mati dulu..
Ye ..benda ni nampak ringan tapi kesannya besar.Bukan soal kematian je..kita wajib tahu lokasi dan nama syarikat bagi memastikan syarikat yang kita pinjam tu bukan Ah Long dan nanti kalau ada apa-apa masalah akan datang kita tau mana lokasi syarikat untuk kita buat urusan...kan penting tu
Jadi make sure sebelum nak ambil loan tahu Nama Syarikat & Lokasi syarikat

2- SEMAK NAMA SYARIKAT DALAM WEB KPKT
Bila dah dapat nama syarikat dan lokasi langkah ke-2 pastikan semak nama syarikat dalam website KPKT untuk memastikan syarikat tu wujud. Bukan syarikat tipu atau yang tidak berdaftar.
Memang wujud syarikat persendirian yang tidak berdaftar dengan KPKT memberi pinjaman. Sebelum tu nak bagitahu apa itu KPKT sebab ada yang tak tahu apa tu KPKT
KPKT - Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Kementerian ini yang mengeluarkan lesen dan memantau aktiviti Syarikat Pinjaman Berlesen dan Pajak Gadai di Malaysia. Bukan Bank Negara ye yang kawal syarikat pinjaman berlesen.Jangan salah info.
Untuk buat semakan syarikat dengan KPKT anda hanya perge ke website KPKT ikut langkah seperti di bawah :-


Klik ke Webiste Emaps KPKT >> https://emaps.kpkt.gov.my/emaps/emaps/
tekan bahagian CARIAN PEMBERI PINJAMAN
Masukkan nama Syarikat kat ruangan atas tu
Akan keluar detail Syarikat kat situ. Tekan kat situ nanti akan keluar lebih detail lagi
Tadaaaa.. keluar detail syarikat seperti no lesen, tempoh lesen, alamat dan no tel

Mudah je kan nak semak nama syarikat Pinjaman ni. Jadi jika ada orang mengaku dari syarikat pinjaman berlesen boleh tanya nama syarikat mereka dan buat semakan terlebih dahulu.


3- MINTA UNTUK TENGOK JADUAL BAYARAN & TANYA KADAR FAEDAH SEBULAN
Untuk mengelakkan kita tak tahu berapa yang kita akan bayar nanti.Pastikan mintak tengok jadual bayaran. Berapa sebulan yang perlu dibayar, berapa kadar faedah sebulan dan berapa tempoh pinjaman akan selesai.
Semua ni anda perlu tulis siap-siap untuk rujukan akan datang.Seba tak semua syarikat akan buatkan jadual untuk anda. Kadang-kadang ada yang hanya buat kiraan di atas kertas sahaja.
Walaupun dalam iklan mereka dinyatakan kadar faedah 1.5% tapi iza yakin bila anda ke office atau jumpa dengan wakil mereka rate dah jadi lain..percayalah..
Ini contoh plan bayaran syarikat iza..5% dan menurunBayaran setiap bulan menurun tak banyak syarikat sanggup buat !

4- TANYA BERAPA TEMPOH MINIMA UNTUK BUAT SETTELEMENT AWAL / BAYARAN AWAL SEBELUM TAMAT TEMPOH 
Yang ni pun ramai yang tak tahu.Anda perlu tahu ada tak KONTRAK atau MINIMA tempoh bayaran sebelum anda boleh bayar habis kesemua jumlah pinjaman anda.
Let say, anda buat pinjaman lepas 2-3 bulan anda nak settle ada setengah syarikat tak benarkan!. Anda kena tunggu sekurang-kurangnya 6 bulan baru dapat bayar habis.
Perkara ni juga penting kalau anda nak tukar syarikat lain.Anda perlu settlekan dengan syarikat sekarang sebelum boleh apply di syarikat lain yang mungkin syarikat tu mempunyai lebih rendah kadar faedah atau mempunyai pakej lain yang lebih menarik.
Kalau anda dah terikat dengan syarikat sekarang anda tak boleh lari melainkan bayar dan ikut syarat mereka.
5- TANYA KIRAAN UNTUK BAYAR AWAL
" Boleh saya tahu ,kalau nanti nak settle habis macam mana ye kiraanya "
Biasanya jawapan akan diberikan
" Nanti kita akan bagi diskaun..."
Jawapan biasa yang selalu anda akan dapat..
Sepatunya anda minta detailkan berapa jumlahnya..bukan setakat diskaun..mungkinkah diskaun itu hanya RM1 dari jumlah keseluruhannya...?
Ada sesetengah syarikat buat kiraan begini:-Cth :
Loan RM5000Bulanan RM600 X 24 bulan
Anda dah bayar 3 bulan , ada duit nak settle habis..jadi baki 21 bulan
RM600 X 21 bulan = RM12,600
Diskaun mungkin 10%,20% atau sedikit sahaja..jadi anda tak mungkin bayar habis sebabnya jumlah menjadi terlalu tinggi dan tak masuk akal pun !
Tetapi kebiasaanya, syarikat hanya mengenakan antara 1-3 bulan penalti sahaja..kiraan bergantung pada syarikat masing-masing.
Ini bukan rekaan, atau sekadar nak takutkan tapi memang wujud dan terjadi sepanjang iza mengendalikan pinjaman beberapa tahun ni..inilah yang iza pernah jumpa.
Pentingnya untuk anda tahu berapa jumlah itu bukan hanya fokus jumlah pinjaman yang bakal anda dapat sahaja.
Ini antara screenshot yang iza simpan client yang terkena dengan syarikat mengarut
Ini contoh yang kena, tak boleh settle awal minima kena bayar 6 bulan
Yang ni pula nak settle tak tahu macam mana syarikat sana kira.
Samaada anda percaya atau tidak ini realiti yang berlaku. Iza hari-hari terima WhatsApp dan menguruskan pinjaman client dari pelbagai sektor.Pelbagai masalah diceritakan setiap hari.
Pilihlah syarikat yang betul.Nak cari yang sama sistem dengan bank mungkin susah.Tapi minimakan risiko yang ada lebih baik.
Bagi yang baru nak meminjam iza cadangkan cuba ikhtiar lain terlebih dahulu. Pinjaman dengan syarikat mudah jika anda tahu menguruskan hutang anda.Tetapi akan jadi lebih susah bila anda tiada peningkatan sumber pendapatan atau tiada plan bayaran yang betul.
Bagi iza, cuba pertimbangkan samaada loan itu betul-betul perlu atau boleh ditangguhkan dulu.Kalau dah emergency sangat baru ambil TETAPI fikirkanlah PLAN seterusnya bagaimana nak cover semula hutang-hutang tu. Jangan buat hutang untuk menutup hutang lama-lama hutang akan membukit.
Cuba juga tambah sumber pendapatan supaya kewangan akan makin stabil. Dan akhir kata iza doakan semoga semua yang mebaca sentiasa dilimpahi rezeki yang banyak dan bebas daripada hutang ..InsyaAllah.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://expressloanbyiza.blogspot.com/2019/11/tips-memilih-syarikat-pinjaman-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Memilih Domain Dan Hosting Untuk Membuat Website

Tips Memilih Domain Dan Hosting Untuk Membuat Website

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 349 hits
Memilih Domain dan Hosting adalah langkah awal membuat website baik web pribadi maupun website lembaga perusahaan ataupun web e commerce Tanpa domain dan hosting website tidak akan bisa diakses orang lain melalui internet Sebelum ke tips me...
Kenapa Syarikat Pinjaman Tak Buat Autodebit

Kenapa Syarikat Pinjaman Tak Buat Autodebit

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 470 hits
Soalan ni memang ramai yang bertanya kat iza Kenapa tak buat potongan autodebit je Kat sini iza nak explain kepada anda supaya anda boleh faham kenapa syarikat pinjaman taknak buat potongan secara autodebit Seringkali Syarikat Pinjaman ni d...
Hingga Oktober Fintech Asetku Salurkan Pinjaman Rp 850 Miliar

Hingga Oktober Fintech Asetku Salurkan Pinjaman Rp 850 Miliar

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 151 hits
Perkembangan penyaluran dana tersebut menunjukkan sudah semakin banyak masyarakat yang mengenal hingga melakukan transaksi pendanaan di fintech P2P lending khususnya Asetku Di akhir Q4 Asetku menargetkan bisa menyalurkan total akumulasi dan...
Pln Raih Pinjaman Rp 20 98 Triliun Lewat Surat Utang Global

Pln Raih Pinjaman Rp 20 98 Triliun Lewat Surat Utang Global

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 153 hits
PT Perusahaan Listrik Negara atau PLN menerbitkan Global Bond senilai USD 1 5 miliar atau Rp 20 98 triliun Hal ini untuk memenuhi kebutuhan pendanaan investasi penyediaan infrastruktur ketenagalistrikan di 2019
Pinjaman Jadual Menurun

Pinjaman Jadual Menurun

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 966 hits
Sebelum kewujudan Pakej Jadual Menurun ni rata rata akan membayar bayaran bulanan yang tinggi kalau dulu dulu 7 12 sebulan adalah rate biasaBagi yang dah biasa pinjam memang akan tahu situasi ni Memang terbeban nak bayar setiap bulan Tapi a...
Syarikat Gapsb Beri Rm3 09 Juta Kepada Isa Samad Lepas Terima Salam

Syarikat Gapsb Beri Rm3 09 Juta Kepada Isa Samad Lepas Terima Salam

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 361 hits
Bekas Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau memberi wang suapan berjumlah RM3 09 juta kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selepas menerima salam daripada be...
Facebook News Diperkenalkan Di Amerika Syarikat Hab Setempat Untuk Mengikuti Pelbagai Berita

Facebook News Diperkenalkan Di Amerika Syarikat Hab Setempat Untuk Mengikuti Pelbagai Berita

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 255 hits
Facebook hari ini telah melancarkan sebuah halaman tab khas dinamakan sebagai Facebook News Melaluinya ia menjadi halaman hab setempat untuk rujukan pelbagai berita berita terkini dari pelbagai penerbit Melalui Facebook News pengguna diberi...
Tentera Udara Amerika Syarikat Kini Mempunyai Senjata Laser Untuk Menghapuskan Dron

Tentera Udara Amerika Syarikat Kini Mempunyai Senjata Laser Untuk Menghapuskan Dron

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 336 hits
Senjata laser satu ketika dahulu dianggap fiksyen sains yang mustahil wujud di dunia sebenar Sebagai kanak kanak 80an senjata laser kerap dilihat di dalam siri kartun seperti GI Joe Tiga dekad berlalu dan kini senjata laser telah mula digun...
Cara Semak Baki Pinjaman Maybank

Cara Semak Baki Pinjaman Maybank

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 581 hits
Apa cara nak semak baki pinjaman maybank Check online je boleh ke Semak Baki Pinjaman Maybank ni sebenarnya senang je Pada zaman serba canggih
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah